29 April 2009

(retro) Bruce Lee di Maran.

Aktiviti wajib sebelum mandi di empang adalah menonton koleksi video pendekar2  dari Hong Kong dan Amerika. Ini utk menaikkan spirit di kalangan ahli agar mempertingkatkan seni mempertahankan diri apabila diserang pendatang2 Indon.

Pedepak!Pedepuk!Pedepak!Pedepuk!Pedepak!Pedepuk!Pedepak!Pedepuk!

Bruce Lee beraksi cemerlang. Habis orang jahat mati di tangannya. Habis kami seme kene tipu itu seme lakonan. Tahap lakonan Hulk Hogan ngan Ultimate Warrior pun gua mati2 percaya. Ini kan pula Bruce Lee. Gua memang terapkan dalam hati , ini seme betul2. Tahap mati betul2 punya. Fer...kalau dah taksub, siapa yang cakap Bruce Lee ni olok2 je tumbuk, memang nak kene boikot.

Rumah Pok De Mael memang menjadi port. Rumah dia dilengkapi dengan alat2 audio visual yang serba lengkap. Zaman tu, rumah yang ada pemain cakera padat, memang dah tahap "Diamond" kalau ikut skima MLM. Masing2 nganga melihat aksi lincah abang Bruce. Sekali sekala wa terterajang rakan yang bersila didepan. Setangkas kilat , wa apply maaf. Kung fu2 jugak, silatur rahim kene jaga, kan ? 

Habis menonton. Gua dengar bunyi2 pelik kat belakang rumah Pok De Mael. Kelihatan Wook (sekarang bodigad Sultan Pahang) dan Basri (sekarang kontraktor kelas F) dah macam ayam berlaga. Ni seme kes main gelor2 nama ayoh. 

Seperti di jangka, pergaduhan mini ini berat kepada jurus abang Bruce. Lantak aok lah...Yang penting..pukul 5 kang, gua kene tirup kat empang.

27 April 2009

Babak "Masam-Masam Manis" yang diadaptasi. #2

Kali kedua gua pecut ke klinik. Badan dah macam larva gunung berapi krakatoa. Sungguh tidak selesa. Rentap kunci, hidupkan kereta nasional lalu bergegas ke klinik.

"Ahmad Rizal"

"Uhuk! Uhuk!...ye saya...", gua jalan menunduk macam orang alim.

"Waahh....sula seminggu...masih tak baik ka ?", doktor Cina muda terkejut dengan progress kesihatan gua.

"Wa takut lu kene denggi ... ini hali wa hamek lu punya dalah...kasi test tengok...",

"ok ok ... uhuk! uhuk!!", batukan suci gua masih tak berhenti.

Untuk mengambil ujian darah , lengan perlu di senseng ke atas,  agar mudah picagari mencucuk  pembuluh darah di bahagian tengah lengan.

Gua dongak ke atas tanda alergik melihat darah.

"Hah...nanti wa kasi lu ubat demam, antibiotik,ubat selsema,ubat batuk dan ubat kurap..."

"eh ! macam lari je tema ubat yang last tu", hati gua berdetik laju.

"Tadi wa check lengan lu ada manyak itu fungus", doktor Cina menjawab soalan hati gua.
Pembantu doktor menutup mulut tanda mahu menahan ketawa.

"Cilakak!".

24 April 2009

(retro) Ustazah yang memang gua tak akan lupa.

Sekolah gua dulu bersepah ustaz. Ustazah lagi bersepah. Ye la kan .. orang kabo, dunia nak kiamat. Pompuan lagi havoc ramai dari lelaki. Perempuan kalau berjenama ustazah memang agak IN di kalangan masyarakat Melayu. Mungkin kerana profession yang bergelumang dengan ilmu dan amal. 

Ustazah pulak dari pemerhatian gua, ada pelbagai genre. Pendiam, mulut bertih jagung, pendendam, cantik, muka mamak, suka memberi kata2 semangat , tidak kurang yang memberi kata2 kesat. 

Dah nama ustazah , tak kan plak pakai skirt  macam pramugari Air Asia,  kan?  Mesti ayu dengan tudung  labuh , lengkap dengan baju kurung yang sedondong dengan warna tudung. Kasut pula semestinya tidak high-heel yang mungkin mengeluarkan bunyi-bunyian seksi. Merbahaya kepada para duda dan semestinya teruna2.

Prrraaaaakkk!!! 

Dengan kaki terkangkang ke atas akibat jatuh dari kerusi dengan berada di hadapan 25 orang murid2 , imej ayu seorang ustazah tadi sedikit sebanyak tercalar. Gua di belakang berair mata menahan nafsu gelak. Arghh....patutnya yang jatuh tadi, cikgu displin gua, bukan ustazah comel ni. 

Seminggu jugak ustazah tu offline tak masuk kelas.  



23 April 2009

Babak "Masam-Masam Manis" yang diadaptasi.


"Ahmad Rizal!!!", jerit pembantu doktor yang berhalkum tajam.

Gua masa masuk tadi jalan mendada kini dah mula jalan tunduk .Untuk menyerikan lagi kesan khas, gua buat muka suci. Dahi berkerut, kulit gatal. Ciri2 orang banyak musibah.

"Sakit apa encik...??", doktor swasta bertanya lembut.

"Uhuk! Uhuk....", gua letak penumbuk pada hujung mulut tanda sedang azab.

"Dah lama sakit encik ?"

"Uhuk! Uhuk!....Uhukk...!!  "adehhh..."

urut dada. kemudian.
 
"Uhuk! Uhuk....Uhuk! Uhuk....""

"Hiskk..teruk dah ni...Nanti saya kasi awak MC yek...", doktor swasta merenung skrin kompiter. 

...
...


"Terima kasih doktor... uhuk! uhuk!....", gua beri senyuman.
Perlahan2 gua menutup pintu. Di sebalik pintu gua menggayakan aksi Piyapong Pue On menjaringkan gol ketika kegemilangan pasukan Pahang satu ketika dahulu sambil berkata "Yes ! Yes !..."

TAMAT BABAK.

Kalau bab2 makan kita mesti bersepakat . No khilaf2 , key ?

Jam 8 mlm. Waktu ideal utk makan sekeluarga.

Ikan masin, daging kicap, sedikit gulai lemak dan air suam. Cukup utk perut2 keluarga kecil seperti kami. Masing2 perbetulkan kerusi. Asma' yang masih berusia 3 tahun, tidak sabar2 menjamah santapan dewasa ini.

"Hah..abg Long, baca doa !", gua kasi satu perintah biasa sebelum makan. Masing2 mengangkat tangan indikasi mahu meminta restu Maha Esa.

"Allah hom maf taf 'alai na hik mataka wan sur 'alai na min ho zaa ini roh maa ti ka yaa ar hamarr roo hi minnn.. Amin !"

Masing2 amin. Justeru, secara auto, nasi2 yang berasal dari sawah ntah mana2, berpindah ke ke gudang2, berpindah ke lori2 pembekal , berpindah ke kedai2 runcit dan sekarang menjadi mangsa lahapan kami sekeluarga.

"Eh! eh !...." , gua sedikit terganggu.

"Tadi , macam pelik je doa tadik...Abng Longggggggggg......baca balikk !!".

Agak buruk doa makan ketika nasi sudah di tahap halkum.

20 April 2009

denzel washington (kiri) dan morgan freeman. Amacam ?

(retro) Panahan petir kemarahan seorang kakak.

Sebagai pemuda2 biasa pabila bergelar belia pasca SPM , aktiviti mengisi borang jawatan kosong kilang2 sekitar Kuantan begitu giat gua jalankan. Tak rock la , duk rumah makan nasi hasil titik peluh orang tua, kan ? Ramli Sarip pun marah.

Sejurus mendapat tahu akan keputusan SPM masih lagi lama, sekonyong2 gua apply satu job di sebuah kilang elektronik Padang Lalang. Nama dia Astec. Sekarang gua dengar kilang tu dah tukar nama. Ntah mana silap gua tak tahu. Yang jelas, boss gua kaki perempuan.

Hari pertama , memang maki hamun sahaja kutu2 senior beri . Budak2 belasan tahun mana tahu sangat gurau2 orang tua, kan ?.  Joke pun berat ke lucah2. Memang tak sihat utk perkembangan minda dan jasad. Tapi bak kata perenggan pertama. Tak rock la , duk rumah makan nasi hasil titik peluh orang tua, kan ? Ramli Sarip pun marah.

Tiba hari gaji , gua pecut ke Jusco. Pelbagai barangan gua beli. Memang kepalang gembira. Gua ketap bibir sambil melinangkan air mata tanda terharu membeli barang2 dengan kudrat sendiri.

Malam itu, akak gua tanya.

"Hah...mende aok beli ngan gaji pertama ni ? Meh nak tengok sikit...."

Gua hulur satu bungkusan.

"Hah ?"

"Aok kala lapor ... aok jilat kaset2 ni seme !!! ...", akak gua menyinga.

Perlahan2 gua atur bungkusan koleksi kaset2 Seattle-sound yang masih berbalut di atas lemari.

17 April 2009

Sayang, abang tahu itu yang sayang maksudkan disebalik gelak kecil itu, kan ?

"Bang ?"
"Ye", gua tekun menjamah nasi. "Kenapa ?"

"Baru gunting rambut eek ?"
"Hah yerr....", gua tekun menjamah nasi. "Kenapa ?"

"Kalau kulit abang putih, sebijik macam Amy Search.", si dia merenung tepat.

"Dah tu...kalau dengan tona warna kulit sekarang...gaya macam siapa ?", mulut gua masih bekerja mengunyah biji2 nasi.

"Hahahhaha....Hahahhaah.....", si dia gelak besar.

"Denzel Washington la tuh..." gua jawab dalam hati melalui indikasi gelak itu.

sneak preview orang putih gelor.

15 April 2009

Sembang letup bersama Abdullah Jones.




1-apa pendapat demeh ttg kabinet Najib sekrang ? letup tak ? ke macam muka2 recycle macam watak2 dalam drama2 swasta tempatan ?

Letup? Saya tidak faham bahasa slanga. Saya tidak pernah kutu. Saya berpendapat kamu mesti utamakan bahasa-bahasa yang betul dalam penulisan kerana bahasa penulisan wajip dikekalkan sebagai itu, yakni bahasa penulisan. Saya amat menekankan pengunaan bahasa yang betul dalam penulisan ini kerana jika bahasa slanga digunakan dalam penulisan,lambat-laun seni penulisan akan mati.Sepertimana matinya ayat-ayat yang menikam kalbu didalam surat-surat cinta yang pernah saya tulis dan terima suatu masa dahulu.

Bahasa slanga boleh kamu gunakan untuk komik misalnya dan saya juga amat suka sekiranya bahasa harian ini digunakan didalam filim-filim atau drama Malaya. Gerak Khas misalnya. Maka dengan itu,kita akan merasa lebih akrab dengan pegawai polis. Tidak-lah nanti kita kekal menuduh mereka kuat rasuah.

Surat cinta yang saya terima hari ini langsung tidak menyentuh kalbu saya. Semuanya berkisar sekitar berapa banyak-kah top-up yang boleh saya beli untuk meniduri kekasih-kekasih muda belia saya. Imbasan pendapat saya tentang kabinet baru ada pada setiap baris jawapan saya. Atau jika kamu buta, saya mengambarkan kabinet baru ini sebagai kebinet SAYA. Kabinet yang SAYA DAHULU baru kamu. Seperti selalu-selalu.

2-fer...soklan pertama gua dah kasi scene politik ..heheh...icebreaking orang kabo..ok..apa pekerjaan demeh sekarang ? kenapa memilih kerjaya itu ? terpaksa kerana tuntutan hidup ?

Datuk nenek saya telah menjadi tentera upahan semasa perang Klang dulu dan sebagai upahnya,datuk-nenek saya telah dianugerahkan 100 ekar tanah.

Walaupun tanah itu kemudiannya dijual sedikit demi sedikit oleh datuk-nenek saya yang terkemudian,harta rampasan perang yang tidak diistiharkan masih banyak berbaki dalam simpanan keluarga kami hingga ke hari ini. Maka, jangan hina keturunan saya bertanyakan tentang apa kerja kami. Kamu ingat keturunan raja Pahang sahaja tidak perlu berkerja?

3-entry2 demeh ada mengkritik ttg pengurusan masjid yang seakan2 berada ditakuk lama. contoh bacaan yassin kepada air dan air itu diminum oleh pelajar2 melayu lantas lulus cemerlang dengan berbelas2 "A".... apa pendapat demeh ?

Ini serius. Pengurusan masid Malaya hari ini lebih mirip kepada pentakbiran gereja-gereja England masa lampau dimana penekanan ditumpukan kepada pemilikan harta benda. Kebanyakan gereja memiliki harta yang banyak malah sebahagian besar tanah di England adalah milik gereja.

Ini berlaku kerana pihak gereja percaya dengan memiliki harta yang banyak,maka gerak-tumbuh agama mereka akan berkembang pesat.

Pendapat ini juga diguna-pakai oleh masjid-masjid dan surau dimana penekanan diberikan kepada pengumpulan dana.Di tempat saya ada terpampang iklan "SUDAHKAH ANDA MENJELASKAN SUMBANGAN BULANAN SUARAU?" Ini adalah bengong.

Jika harta menyuburkan agama, maka hari ini saya dan kamu kekal menyembah kayu.

4-apa beza teluk chempedak dulu dan sekarang ? apa faktor menarik kawasan tersebut selain port couple bermukah di balik batu2. ?

Dulu Teok Chempedak kampong. Sekarang dah jadi bandar. bergantung kepada mana yang kamu suka. Yang suka kampong,tidak suka Telok Chempedak hari ini dan begitu juga sebaliknya.Saya apokalip,kadang suka itu,kadang suka ini.

5-daripada catatan sejarah , mengatakan parti2 leftist seperti AWAS dan API , ahli2 nya banyak bersusur galur dari temerloh, raub dan lipis. kenapa kawasan2 ini menjadi hot spot kepada kebangkitan2 suara2 kiri ke arah kemerdekaan . kalau ada input, kasi la sepam dua....

Orang Temerloh,Raub dan Kuala Lipis memang suka berpersatuan. Mereka tak ada kerja yang lebih baik maka mereka gemar duduk bermesyuarat. Hingga hari ini pun jika kamu perhatikan apa juga persatuan di Pahang ini diunguli oleh mereka. Dan mereka juga rela mati dengan persatuan hatta dengan upah karipap sebiji. Yang kiri,kiri-lah. Yang kanan,kanan-lah.

Kemudian apabila perjuang kurang berAPI,mereka balik kekampong. menanam,memukat.Duduk diam makan pencen.Pencen lambat pun mereka diam.



6-apakah perkara2 yang paling haramjadah yang berlaku di Kuantan sekarang ? manegement MPK yang macam lahanat ? pondan2 belakang pasor yang bermaharajalela ? harga makanan kat benteng macam setan mahal ? hah..apa ye ?

Bandar dan orang Kuantan bodoh.

7-sistem pendidikan sekarang adakah boleh menerbitkan output2 yang marveles ? ditambah lagi dengan pembelajaran sains dan math dalam BI ? di mana demeh berada dalam isu ini ?

Sistem pembelajaran dalam apa bahasa pun akan berkembang jika sekiranya semua yang terlibat bersungguh untuk meningkatkannya dengan cara betul. Jika murid kita bodoh,cari cara untuk cerdikkan mereka,bukan turunkan gred peperiksaan hanya untuk nampak pandai.

Pernah dengar cerita bangau minum air dalam botol? Cerita itu tidak ada kena mengena dengan jawapan saya.

8-setiap tahun, sebelum pesta mengira tarikh 31 ogos , media2 akan mempromosikan tokoh2 pejuang kemerdekaan malam dan siang ? kenapa media masih takut mempromosikan "unsung heroes" dari parti2 kiri. jika di tinjau dalam buku2 sejarah rasmi utk sekolah pun, masih sedikit info utk itu. kenapa ?

Jika unsung heroes dinyanyikan mereka,kamu tidak akan ada hero.Tak rebel pula kamu nanti.

9- pendapat demeh ttg kebanjiran blogger2 di internet sekarang yang mampu memberi kesan kepada situasi politik, seni dan pelbagai lagi....jika dahulu, mungkin suara2 anak muda hanya terhad kepada terbitan2 majalah2 subversif dan mungkin impaknya agak minima. ttp sekarang...ia mampu menumbangkan media perdana ... bagaimana demeh melihat keadaan ini ?

Berapa kerat blogger yang mahu menulis mengenai politik? Ramai yang asyik menulis mengenai kehampaan kote pujaan beralih ke tangan.Blog hanya dairi umum. Jangan percaya kata UMNO kalah sebab blogger.

berhentinya penerbitan makalah DIY adalah sesuatu yang malang.

10-soklan wajb keh .... apa pendapat demeh ttg isu Palestin ? nyatakan apa sahaja dari sudut2 yang disenangi.

Perang lagi sana? Tak dah kot. Tak ada berita kat mana-mana pun. Dah aman tu. Kamu tidak perasan agaknya.

Gua ada jugak akal nak bikin radikal macam ini, tapi kang apa orang kata ?

14 April 2009

Perihal bakat gua.

Gua dari kecil mempunyai satu perangai positif tetapi kekadang mempunyai kesan negatif yang melarat sampai nak tendang dinding bilik berdegang degang.

Gua sangat into menyertai peraduan mengarut2 dalam surat kabo. Sebut sahaja. Teka bola, teka takraw, melengkapkan dialog lucu melalui petanda gambar lakonan, peraduan bambino sampai kepada peraduan mecari bakat kartunis Gila Gila. gua hantar juga , walaupun gua tahu lukisan gua memang 'kayu'.

Tapi , macam biasa, tak pernah menang.

Hah, ni sebelum Najib form kabinet, patut buat peraduan slogan kerajaan baru. Gua memang pakar cipta slogan. Buat keje tak pandai. Ngeh ngeh !

09 April 2009

Gua nak jugak merasa mende2 kampus ni. cilakak !

Malam tu semua ahli keluarga berkumpul. Ada yang bersila , ada yang dok atas kusyen , ada yang bersidai kat tepi tingkap melihat jenglot.

"Macam mana ni ?", sorang bersuara.

"Koi rasa ... tak payoh la kite hantor dia kat Kedoh nuhh...banyok duit nnt nak pakai..aok dah la cam ni....". Merujuk kepada pendapatan runcit2 ayah gua.

"ye tak ye jugak...".

"Mahai nak bayor nnt , yuran macam2...huishhh....", muncung mulut sorang ni...

gua membatu dalam bilik.

"TAK KASI PEGI , AKU LARI DARI RUMAH...!!!", gua jerit2 manja.

Gua bukan nak join taliban. Takat nak merasa sepam belajo dalam bilik macam velodrom.
Pagi esok, gua meluncur ke Sintok.

08 April 2009

Hidup di bandar memang memenatkan. Hidup perlu terus.

Jam 7:30 am sepatutnya punggung gua ni sudah berada di Sunway atau paling kacip di Puchong semata2 mahu awal ke pejabat. Dengan sistem manusia bukan main lagi mengejar masa, ye ?

Perkara paling tak suka waktu pagi adalah mencari stokin. Oleh kerana saiz objek dia terlalu renek dan kecil seperti Shiela Majid, gua kadang2 terpaksa membuang 2-5 minit masa menggeledah.

"Cepat la yahhhh!!", anak sulong gua sudah menjerit kemalasan. Bosan dengan perangai ayahnya yang selalu lalai dan leka.

"Ye ye !!", gua masih meraba mencari stokin. ye ! dah jumpa... Zrasss....!! errkk ?

...
...

"bukan nyer nak tengok dulu...main belasah pakai je !!", bini gua agak berang petang itu.
Gua buat2 tak dengar. Terpaksa beli armguard baru kat mydin nampak gaya wiken ini.

06 April 2009

Kekosongan jawatan guru. WANTED dengan kadar segera.



Jawatan : Guru pembantu taska / tadika (perempuan sahaja).
Lokasi : Tadika Little Al Azhar , Seksyen 16, Petaling Jaya.
Gaji : eh! ni gua tak berapa pasti. lu kene call Puan Rohana (013 232 0821).

Apply segera !

03 April 2009

Allahyarham Hj Manaf dalam kenangan.



Malam itu , gua dan gerombolan dari utara betul2 dalam desperate mode. Kalau suh makan pasir pun kami sanggup. Kereta separa mewah milik Nyet betul2 mencabar kejantanan kami. Perjalanan dari Changloon agak lancar, namun setiba di Temerloh dia sudah mula merajuk dengan reaksi memberontak.

Kerosakan kereta di tengah2 hujan lebat adalah sesuatu yang tidak ideal sama sekali. Dengan peralatan komunikasi kami yang agak ortodok ketika itu menuntut kami berpecah. Gua bertindak menjadi penjaga kereta bimbang di rampuk orang. Nyet dan Mizi 'kambing' bertindak mencari bantuan di celah2 kegelapan malam.

Dalam kebasahan gua beranikan diri. Ayat2 suci Al quran versi pendek sipi2 kedengaran. Ada sedikit kecederaan pada tajwid namun bibir terus mengalunkan. Gua paling trauma dengan filem sekitar 70-an Toyol dan Bachuk. Cilakak! gua ushar ibu jari kaki ..kot kot...lah.

Bantuan tiba dalam sejam lebih. Saudara Bayam , proksi dari Temerloh datang membantu.
Malam tu , gua pekene tidur di rumah Hj Manaf. Petah dan kelakar sapaan membuatkan hilang keletihan kami . Sembang punya sembang, kami di hulur alat bantuan tidur bernama bantal.

Bersepai tido macam baru balik operation Gaza.

Pagi itu, Hj Manaf sekeluarga terus memberikan bantuan logistik demi memastikan misi balik kg kami terlaksana. Petang itu segala-galanya selesai. Alhamdulilah.

Kini, 2009. Haji Manaf pergi menemui Maha Esa. Budi baiknya tetap kami sematkan dalam dada. Al Fatihah utk Allahyarham Haji Manaf. Moga rohmu ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.

02 April 2009

Apa rasa kalau tali leher kene sumbat dalam mulut hingga mencecah kerongkong ?

Gua buka sikit tingkap. Udara di pusat pengajian utara tanahair yang mempunyai jumlah tali leher terbanyak ini memang sedap lebih2 selepas hujan lebat. Bau2 dari tanah segera menerobos ke dalam lubang hidung. Bau yang membuai perasaan. Membawa diri terbang bersama memori2 nan lalu.

Telinga gua ketika itu ntah kenapa tidak berapa menjadi menangkap jisim2 bunyi. Terasa sakit2. Agak2 inilah akibat daripada mendengar keterlaluan genre2 'bawah tanah'. Pagi grunge, tengah hari industrial , petang brit pop dan malam death metal. Ntah apa nak jadi. Melayu mudah lupa.

Gua tendang engkol motor pinjaman seorang pelajar bumiputera. Menghala ke klinik.
Sesampai di kaunter, gua pass dengan yakin kad pelajar. Pada kad tertera gambar spesifikasi IC. Mata tepat mengadap kamera. Lengkap berbaju petak dan berambut kilat belah tepi.

"Ahmad Rizal...!!! ", jeritan nurse comel memeranjatkan gua.

Ktuk! Ktuk!Ktuk!, gua ketuk pintu tanda mahu masuk.

"Hah..duduk...", doktor separa tua sibuk mengadap kompiter. Daripada pemakaian, gua syak dia ni doktor pelatih tetapi berlagak pakar.

"Err....", gua cuba describe kesakitan gua.....

"Awak tahu tak polisi universiti ni ?", tiba2 doktor ni bersuara.

"Err...pasal apa doktor ?", gua garu bahu berkali2.

"Universiti ni perlu memakai tali leher apabila mahu berurusan dengan apa jua jabatan termasuk klinik ini...sekarang awak pergi balik, pakai tali leher dan datang balik ke sini...", doktor meninggikan sedikit suara tanda marah barangkali.

Dengan appearance gua petang itu ala2 ahli Pekida, gua berdiri atas meja. Lalu , dengan sepantas kilat, gua tuding jari telunjuk pada hidung doktor.

"Hey orang kerajaan !! gua datang sini pasal telinga gua sakit...mana logiknya tali leher berada dalam ini cerita....lu nak merasa makan lutut gua ke ?", gua meninggi suara macam si Tenggang.

Desyummm!! gua kasi figure-four-leglock pada doktor. Dia mengerang kesakitan. Perap! perap! kedengaran tulang2 patah akibat aksi ganas gua.

Justeru, setelah gua agak2 macam puas hati, gua pulang dengan hilaian ketawa berdekah2.

nota : suku akhir cerita ini gua reka je. petang gua repeat datang ke klinik dengan tali leher tersergam indah di dada.

Agak2 kalau gua apply jadi jurugendang Kitaro lepas tak ?

01 April 2009

Kenapa gua leh caya dengan salesmen bertali leher itu ?

Gua dari kecil memang telah ditanam dengan ideologi duit memang payah nak cari. Bukan macam sekarang, nak kaya pun senang. Orang hantar flyer itu ini tunjuk nak kaya sehari semalam sahaja. Sebegitu mudah.

Kalau urusan lain, ayah gua memang tak de hal leh kautim tetapi dalam bab duit, ini agak leceh. Red tape bersepai ! Memang minima 3 soalan kene tanya.

"Aok baca ke dok buku tu esok ?", ayah gua dah mula main 'line panas'.
"Hah..baca baca", gua tunduk sambil jeling2 berita tv dari penyampai Hashim Embi dan Wan Chik.

"Nah 5 ringgit, ada belen pulang balik...", ayah gua bertegas.
"Ye ye ...", gua ambil sopan wang saku.

...
...

Siang sebelum itu.

"Ye adik2 , dengan buku ini adik dapat menggunakan sampai sekolah menengah, dan buku ini pula ada cerita2 rakyat ., ye adik2.. adik dapat memperkayakan perbendaharaan kata..amat berguna nanti ketika menjawab peperiksaan", yakin sekali abang bertali leher 'menjual minyak' pada pelajar2 darjah 2. Gua masa tu memang aim buku2 hantu dan mistik. Tetapi demi menunjukkan gua dahagakan ilmu, gua selit aim satu buku poket bertajuk "Buku Pengetahuan Am". Tajuk pun sedap2 dia reka.

....
....

Gua santai atas katil. 2 buku di sebelah. Gua ekori ayat demi ayat. Klise juga ending dia. Dah nama citer mistik. Mesti hantu tu akan mati akhirnya. Tak kan dapat dia kahwin dengan puteri raja.

Pap! gua campak lalu gua kuis buku satu lagi ya'ni Buku Pengetahuan Am. Saiznya yang agak kecil membolehkan gua membaca sambil berbaring. Bantal kasi up 2 kali ganda kat dada. Baru posisi kepala sedap2 mengadap. Sambil2 tu gua kuak sikit pintu kolonial bilik gua. Kasi pengudaraan maksima. Ini buku ilmiah kena kasi kondisi 'champion'.

Percaya atau tidak, gua dah hampir separuh muka surat. Macam2 gua dapat tahu. Daripada peribahasa, sampai kepada siapa pencipta telefon sampai kepada negeri yang paling kurang air di Semenanjung Malaysia.

Petang tu gua sembang lebat kat kawan2 gua yang sememangnya kurang pengetahuan am. Mandi empang je tahunya.