Ustazah pulak dari pemerhatian gua, ada pelbagai genre. Pendiam, mulut bertih jagung, pendendam, cantik, muka mamak, suka memberi kata2 semangat , tidak kurang yang memberi kata2 kesat.
Dah nama ustazah , tak kan plak pakai skirt macam pramugari Air Asia, kan? Mesti ayu dengan tudung labuh , lengkap dengan baju kurung yang sedondong dengan warna tudung. Kasut pula semestinya tidak high-heel yang mungkin mengeluarkan bunyi-bunyian seksi. Merbahaya kepada para duda dan semestinya teruna2.
Prrraaaaakkk!!!
Dengan kaki terkangkang ke atas akibat jatuh dari kerusi dengan berada di hadapan 25 orang murid2 , imej ayu seorang ustazah tadi sedikit sebanyak tercalar. Gua di belakang berair mata menahan nafsu gelak. Arghh....patutnya yang jatuh tadi, cikgu displin gua, bukan ustazah comel ni.
Seminggu jugak ustazah tu offline tak masuk kelas.
5 ulasan:
jap...aku tgh pikir nak gelak ke nak tolong ek?
ish.. ish.. ish..
adeh..takleh bayang. berair mata aku...
Hahahhaakkk...lawak siut!
haiya...
manyak najis mughalazah...
ha ha
Catat Ulasan