Jumaat, Ogos 15, 2008

Mendapat bodoh pertama di sebuah kilang di Padang Lalang.



Sejurus selepas SPM, gua merantau ke Kuantan. Seperti pemuda2 kampung yang lain, ingin membina kehidupan sendiri , berdikari dan membantu ibu bapa. Konon nya lah ...

Jasad gua sarat dengan ideologi punk, DIY, death metal, nirvana, seattle-sound dan segala macam unsur2 rebel dan anti establishment. Konon nyer la...

"Nak wat mende kat Kontan tu ?", mak gua sound.
"Keje kilang la mak .."
"Ikut awok la , jangan buat mende2 tak senonoh , sudah...", green light di beri.

Yeahh! Dunia persekolahan sudah tamat. Tinggal masa untuk menunggu keputusan. Rakan2 kampung kebanyakan sudah bekerja. Tradisi kampung gua, paling cempion pangkat 2 SPM, lepas tu apply keje majlis perbandaran Maran. Selang beberapa bulan, sudah dapat tangkap RXZ. Vrooomm sana...Vrommm sini....

Damn! hati mana tak panas ? Kalau ikut dalam bilik darjah , gua selalu top 5. Apa kes gua masih merempit dengan Honda lampu bulat ekzos kiri ?

Padang Lalang menyaksikan gua register keje satu kilang elektronik. Nawaitu ingin merembat satu motor bagi menyamatarafkan status sosial gua di mata rakan2.

Hari pertama kerja. Mcam biasa la. Terhegeh2. Supervisor garang tak hingat. Hangin dengan kelembapan maksima gua, dengan tak semena-mena...

"Hoii ....! macam tu tak leh buat ke ? Bodoh !!", laung dari jauh melihat gua terhegeh2 mengikat kotak2 berisi alat elektronik utk di angkut ke lori. Sayup2 gua lihat , kiri kanan orang berbisik geli hati melihat sessi orientasi gua di buli.

"Damn la lu !", getus gua.

Selang selepas result keluar, gua berenti keje. Tapi itu "Bodoh" sampai sekarang bersarang di hati.

Khamis, Ogos 14, 2008

Ritual yang perlu diteruskan oleh sang suami.



"Nak ke mana tu bang ?", si dia curious melihat penampilan gua.
"Ngeteh jap...", lucutkan kain pelekat dan pekene seluar jean lusuh tapi ori.

"Ngeteh ! ngeteh ! tu je la keje nyer....", kutbah bermula.
"Kejap je ... ", gua capai kunci.

"Ngeteh kat mana ?", siasatan bermula.
"Alaa...kat kedai mamak depan tu je .. jumpa ghodong* jap"

Pabila di sebut ghodong , sudah terbayang akan kelibat Sen , Bayam dan Emran.
Set sosial mingguan gua.
Isu2 semasa perlu dibentang dan di bahaskan. Tidak lupa gosip2 semasa.
Paling into rahsia2 dan masalah2 rumah tangga. Semua ini perlu di table dan di bahas mengikut kerangka seorang lelaki. Pemikiran yang mengutamakan big picture. Ha ha ....
poyo la ko gunx !

Malam terasa bagitu pendek.

*ghodong= slang orang Pahang yang bermaksud rakan atau sahabat.

Selasa, Ogos 12, 2008

Single Mother.



"Antara perempuan dan lelaki siapa yg kuat ?", tanya Dr Harlina.
Lelaki diam.
Perempuan sibuk mengipas anak kerana kepanasan.

Cuaca hari itu agak panas. Sepanas topik yang dibincangkan.

Gua duduk di pinggir sambil on-kan telinga.

"Kalau di ikutkan kudrat memang la laki yang kuat. Suruh angkat beras 10 kilo, laki memang cempion la kan ...", ujar Dr.

"Tapi yang ke hulur ke hilir membawa budak sampai 9 bulan ..."
"...yg boleh tahan sakit , lahirkan anak..."
"...yang boleh bangkit malam2 buatkan susu anak...."

"cuba kalau laki yang buat ??", provokasi di lontar.

Badan gua rasa kebas.

Gua tak leh imagine single mother kat luar sana. Cari rezeki sudah tentu. Nak handle anak2 lagi.

Badan gua rasa kebas.
Tabik spring kat kakak gua.

Cuaca hari itu sungguh panas. Sepanas topik Dr Harlina.

Khamis, Ogos 07, 2008

Misteri Iskandar.



"Nak naik dengan Iskandarr...!!",teriakan tahap king menerjah seksyen 7 , kota damansara pagi itu. Gua menyirap pun tahap king.

"Iskandar pergi dengan ayah dia", gua memberi keterangan.
"Nak naik dengan Iskandarr...!!", itu saja balasan yang diberi oleh seorang kanak2 yang hampir mencecah 4 tahun di depan gua ni.

Iskandar merupakan rakan sedarjah AY di tadikanya. Ntah mengapa dia begitu 'in' dengan ini budak. Mungkin beliau seorang pendengar yang baik berbanding gua.

"Nak naik dengan Iskandarr...!!", terjah lagi AY melihat tiada respon.

"Dah la tu bang ! ", si dia mencelah setelah melihat tiada resolusi.

"Meh la saya bawa Iskandar tu sekali.....".

Hari itu gua berhenti sejenak membawa AY ke tadika. Saat emas gua merempit bersama anak membelah angin pagi tiada lagi.

Iskandar !! Wa hangin sama lu ... !!

Rabu, Ogos 06, 2008

Apa kes masuk Sinar Harian ? Hek elehh ?



"Bang ... beli Sinar hari ni ?", sapa si dia tatkala waktu pejabat.
"Sal ?", soal gua sebagai tindakan refleks.

"Si Merah masuk surat kabar...hehhe...", gelak kecil
"Oh ye kee ?", gua buat2 dah biasa.

"Balik kang , abg beli ye Sinar?", si dia bertegas. Mungkin bangga suami kesayangan masuk dalam surat kabar. Tampak tampan sekali dengan all-in-red. Dah macam hero tamil barangkali.

"Ye la .. ye la ...", gua buat2 macam biasa.

"Jangan lupa tahu..."
"Yerr .. Yerr....", gua buat2 macam biasa.

Petang itu, dari Cyberjaya ke KD, tampak jelas di kotak akal akan surat kabar tahap wajib dibeli.

"Deyy.., Sinar satu ", gua acung jari tanda transaksi mahu di pateri.

dan ....
gua buat2 macam biasa.

Hek elehh..kecoh la lu bro !!

Selasa, Ogos 05, 2008

Amacam ? Goyang tak Saleh Kamil ?



kredit kepada Danny

Lihat video dari klip lain, ihsan dari pak ngah.

Isnin, Ogos 04, 2008

"Adek Puteh Abang Puteh " : Teater Yang Diangkat Ke Pentas.


ahli pasukan teater "asal boleh". dari kiri : shah , gunx, azza , adik aliya , adik asraf , mus afro

Minggu yang menyakitkan. Bermula dengan kehilangan 2 watak utama iaitu Zorro Hitam dan Ibu , gua makin pesimis. Adakah ada sinar ?

Seperti biasa , gua dan last2 minit memang tidak dapat dipisahkan. 2 hari sebelum pementasan, kekosongan dapat di penuhi. Maka hari2 berbaki gua bersama ahli pasukan dicuba sebaik mungkin menutup lubang2 kecacatan lakonan.

Adik Aliya dan Asraf kadang mengeluh kerana terlalu penat dengan komitmen. Ya ! gua akui, ini amat sukar bagi mereka yang masih kecil. Mereka teramat 'hijau' utk ini , namun dengan bantuan ahli pasukan, kami sama2 ketawa menghilangkan duka yang melekat. Itulah ubat.


adik aliya (kiri) dan asraf yang tampak comel di 'make over'

Antara yang paling getir adalah pada malam sebelum persembahan. Bermula dengan keengganan parent mereka membenarkan anak mereka ke lokasi rehearsal. Kami agak kaget ttp dengan bantuan ahli pasukan, masalah dapat di atasi. Diam tak diam, jam sudah berdentum 11 malam. Kak Ana, pengarah program semakin gelisah.

"Zal ! parent derang dah call, cepat pi hantar balik...."
"Hehe....", gua senyum pahit. Terasa malam cepat berlalu. Latihan terasa amat tidak mencukupi.
Gua akur.

"Esok, 8 setengah kene ada sana", arah tegah sang tuan direktor.
Ahli pasukan angguk tanda setuju tidak teramat.


gua makin gelabah. mus afro mencuri perhatian dengan zorro look a like

Ahad nan indah. Angin sejuk tidak jemu menjamah badan. Terasa amat segar membalun lembut walaupun anak mata tidak puas melelapkan diri.

Adrenalin makin rancak merembes. Gua cuba mententeramkan orang lain supaya gua tampak tenang. hek elehh!! Dari kejauhan tampak YB Haniza sudah sampai.


Mus dengan aksi selamba. Kanak2 sukakannya.

Direktor petik jari tanda masa bersolek sudah sampai. Masing duduk berlonggok di belakang surau mewarnakan diri sendiri. Pabila tubuh badan penuh dengan warna2 aneh, maka tidak hairanlah kami di kerumuni kanak2. Tidak ketinggalan penduduk2 flat Tmn Medan Cahaya. Mereka berbisik2. Sama ada kagum atau mengutuk. Apa kes publisiti murahaan nak cat2 badan.
Tapi kami akur, ini lah perjalanan anak seni. Ha ha ha ... !

"....dari grup teater Asal Boleh, mempersembahkan teater Adek Puteh, Abg Puteh....."

Let's hit it , baby !

Video akan di rilis dalam masa terdekat. itu pun kalau ingat.

Kredit :
Director .. Iswardy
Kuning .. Shah
Hitam .. Mus
Ibu .. Azza
Adik Putih .. Adik Aliya
Abg Putih .. Adik Asraf
Merah .. Gunx

Jurugambar : Danny
Lokasi Rehearsal : Little Azhar Pre school
Penganjur : Jemaah Islah Malaysia (JIM,PJ)

About me

  • I'm gunx
  • From Malaysia
  • orang tua yang perasan muda. peminat setia Salih Kamil dan S Kadarisman.
My profile

Iklan la pulak !

Gugel

Google Docs & Spreadsheets -- Web word processing and spreadsheets. Edit this page (if you have permission) | Report spam