28 Julai 2011

Interbiu Ringkas Pre Match Malaysia-Singapura bersama Pipiyapong dan Mezzo Fauzi






1-Ok, jika Singapore yang memulakan jaringan, adakah Malaysia bisa bangkit, atau akan lebih barai memandangkan kapten tidak dapat beraksi ?


PP : Andai Singapura menjaringkan gol dahulu, secara teknikalnya ia tidak menganggu kerana Malaysia memiliki kelebihan 3 gol di tempat lawan. Tanpa kapten pun kalau semua pemain tahu buat kerja masing-masing Malaysia masih ada can untuk menang dan layak. Tapi kalau Singapura mendahului sampai 3-0, pemain-pemain Malaysia boleh la tanggal but bawak bawak berehat.

MF : Siapa pun yg memulakan jaringan tidak akan membawa sebarang perubahan. Contohnya di Singapura, Malaysia berjaya menjaringkan gol awal tapi tetap juga kalah besar.

Yang pasti, Malaysia perlu mendapatkan gol semangat seawal yang mungkin, dengan faktor sokongan di tempat sendiri yg tak hengat punya ramai malam ni, misi seterusnya ialah menambahkan jaringan. Yang penting bek jangan buat taik macam aritu.

Ketiadaan Shafiq sedikit sebanyak memberikan impak kepada bahagian tengah namun saya percaya Rajagopal sudah berjaya menemui pengganti yang sesuai.


2-Apek di jangka menggalas tugas penting sebagai penjaga gawang. Adakah saudara berpendapat dia dapat melakukan sesuatu dan dapat menyekat serangan kuda tua Singapura ?

PP : Dia boleh menyekat serangan Singapura jika Jejariruncing sentiasa di belakangnya.

MF : .Sehandal mana pun penjaga gol, kalau bek barai mmg tak boleh nak ke mana, namun tidak di nafikan prestasi Sharbinee di singapura agak goyah. Dia jenis lambat buat keputusan dan jarang keluar celen bola.

Diharap kehadiran Apek di samping jeritan2 awek terhadap beliau malam ini akan mampu membawa sedikit perubahan sebagai benteng terakhir skuad kebangsaan.

3-Setujukah anda pertahanan team Malaysia agak kurang mantap dan menerima hukuman yang berat semasa bertandang di Singapura ? atau ada faktor lain seperti padang rumput tiruan ?

PP: Ya, saya setuju. Tidak pernah saya melihat pemain pertahanan yang begitu bangang boleh melihat seorang penyerang di hadapannya berpusing perlahan-lahan di dalam kotak penalti dan menjaringkan gol

MF : 100% bersetuju. Bek mmg barai pada game aritu, tapi saya rasa sekiranya Rajagopal menurunkan defensive midfield yg lebih baik dari Amar Rohidan, keadaan pasti akan berubah

4-Jika anda coach Singapura, apa strategi yg sepatutnya di lakukan utk menyekat kemaraan Malaysia ?

PP : Saya akan mengarahkan pemain memegang bola, membuat hantaran-hantaran pendek dan cuma sekali-sekala menyerang dari tengah, kiri dan kanan.

MF : Kalau saya coach singapore, senang je nak handle malaysia. Saya akan suruh player saya bermain secara biasa tanpa ada tekanan untuk menyerang. Di samping itu saya akan suruh player utk rileks2 buang masa dan provoke player Malaysia dengan buat2 berlakon jatuh, injured dan sebagainya. Sekiranya Malaysia ghairah menyerang, saya akan menggunakan taktik serangan balas dengan meletakkan striker gemuk saya berseorangan di atas untuk menghukum kelalaian pemain malaysia.

5- OK , apa jangkaan jaringan utk mlm ini ?

PP : Saya ramal Malaysia 3-1 Singapura.

MF : Ramalan saya ialah sama seperti apa yang akan tertera di scoreboard SBJ selepas wisel penamat di tiupkan... Sekian terima kasih


Terima kasih utk interbiu ringkas ini.

3 ulasan:

muaz zulkeflee berkata...

mohon kebenaran untuk share...

Shahrul Yusof berkata...

peh.. ulasan pra perlawanan dia sebijik macam game malam ni. dah macam ahlil nujum. sebijik-sebijik predictionnya tepat, cuma tilikan keputusan tu jer yang ada error.

Unknown berkata...

muaz , sila sila