26 Julai 2011

cerpen indie #12 : Debaran

Bintang galak berkelip2. Karim menyepak daun tingkap dengan skill Bruce Lee. Hampir tercabut ikatan ensel tingkap akibat libasan Karim itu.

"Kenapa tu ? Tahunya nak menjahamkan tingkap ??? Kerja nya malas, bangun tengahari, balik nya Subuh..." . Ibu Karim , mak cik Leha bertegang leher berseorangan di dapur. Tangan nya ligat memukul2 adunan tepung utk jualan karipap esok pagi. Itu ajalah pekerjaan yang mampu di lakukan sekarang. Nak masuk Zon Kilaun Emas , dia hanya tahu mengaji dan sedikit lagu Saloma. Itu pun lagu raya. Nak nyanyi pun kene pegang kertas. Dah tua2 mana nak ingat lirik.

Karim merenung bintang seolah2 mahu mengeluh sesuatu. Dan setiap kali itu juga dia melihat2 jam loceng nya.

"Gampit! dah pukul 11 mlm...tinggal beberapa minit lagi.."

Rasa menyesal tak payah nak cakap la...dia yang gatal ,dia yang cakap besar. Ini semua sebab Rosli, rakan sepelepakan beliau di bus stand di hujung kampung.

"Kalau berani, aok masuk la KL Got Talent ..."
"Gila! Aku mana reti cakap omputih..."
"Alaa....aok kan Juara karaoke peringat daerah Raub .. malam tu pun aok nyanyi lagu Scorpion kan ?"
"Memang la...satu tu je aku reti, yang lain line2 Wings , Search , Damasutra, Ekamatra , May dan sedikit Exists."
"Hah tu dah kira ok la..."
"Tapi , kalau si Simon Cowell tanya aku ... aku nak jawab apa ? takat level2 UPSR leh la gagah lagi.."
"Apa yang kamu perlukan sekarang ... BERTENANG DAN PANDANG KE HADAPAN!!"

Itulah dia kelebihan Rosli yang tidak ada pada orang kampung lain. Meyakinkan orang tak yakin. Padahal hidup dia sebatang kara sahaja dan kerja biasa biasa. Sekejap wiring rumah orang. Sekejap kerja restoran. Sekejap memondok. Tapi itulah bermula segala disaster ini.

Borang sudah di pos. Tarikh audition pun sudah di umumkan dalam TV. Itu bermakna satu sejarah telah tercipta. Karim menjadi orang pertama dari Kampung Binjai Sebatang yang masuk ke dalam pertandingan ujibakat berbahasa Inggeris.

Sudah lah heboh berita ni ke pelusok kampung, balai raya, surau, kantin sekolah dan kedai gunting rambut.

"Macam tak percaya je .."
"UPSR dia penuh dengan E je wei....tak kemana je anak mak cik Leha tuh..."
"Eeeeeeeee.......dah nak mati gamaknya si Karim tu...keje tak menentu, buat plak keje tak pekdah...malu nama kampung kita ni nanti...."

Stereotype la kan orang Melayu ... mana suka orang naik ? Aku jatuh setangga, ko kene jatuh 2 anak tangga. Tapi Karim lain , Karim ada wawasan. Macam Husin Kampung Pisang.

...
...

Sejurus menunaikan solat Subuh yang jarang2 Karim tunaikan, dia terjun ke dapur mencari2 mak nya.

"Mak ! oh! Mak !"
"Mak dalam bilik air ni .. Ngapenyer ???"
"Pinjam rm20 hinggit mak, Karim nak Kolumpor, nak pegi interbiu jadi kerani"

"Kalau betul hajat kamu itu, ambil lah duit di dalam tudung saji tu, tapi ingat...jangan sesekali menipu, buruk padahnya nanti"

"Alah...sekali ni je aku menipu...", bisik hati Karim memujuk diri sendiri. Bingkas dia memakai seluar dan mencampakkan tuala ke lantai seperti biasa. Tu kang mak dia yang mengutipnya. Hampir koyak tuala yang di beli di pekan sehari di pakainya. Tahi lalat jangan cerita la. Memang tak de.

Sejak dari dalam bas ramai orang kampung tersengih2 melihat Karim. Karim tahu mereka dengki. Mereka tak mahu berubah. Masih mahu duduk di takuk lama.

...
...
...

"Karim bin Saadon, your turn!", jerit petugas KL Got Talent berupa amoi.
"Thank you", jawab Karim bersahaja.
"Peh ! terror juga aku cakap omputih", getus Karim di dalam hati.

"What's your name , sir ?", tanya Simon Cowell.
"My name is Karim and i'm here to sing", jawab Karim dengan skima jawapan yang di beri oleh rakannya si Rosli.
"your zip is open , close it first ", kata Simon Cowell dalam slang American dan mengekek nak ketawa tapi macam di tahan tahan.

Karim menyangka Simon berkenan dengan penampilannya terus mencapai mikrofon. Auditorium gamat segamat gamatnya.

...
...
...

Sehingga kini video audition Karim di Youtube telah mendapat hit ke 3 juta di Malaysia sahaja.
"Mak dah kabor dah...jangan tipu , jangan tipu , kamu degil", leter mak cik Leha sambil melipat kain depan TV. Rancangan Gerak Khas kegemarannya baru bermula. Adegan segerombolan polis berjalan kaki ke kantin sambil memetik statistik jenayah memang menjadi feberet mak cik Leha.

Karim menyepak tingkap lagi.

3 ulasan:

Hashim Zabidi berkata...

Karim tak lulus interviu, balik kampung menyepak tingkap lagi. Tahap beraninya kian menipis. Kabor ke dia suruh datang ke Lepih, biar ku ajar dia mengaji.

Unknown berkata...

kah kah kah ... baiklah pak ngah !

Tanpa Nama berkata...

hahahah..