gambar oleh Ismail Othman
MF : Masalah pertahanan skuad senior Rajagopal ni memang kita nampak sejak perlawanan sebelum ini lagi ketika di pusingan pertama berlarutan hingga ke game arsenal, liverpool dan juga Singapura. Nampaknya Rajagopal masih gagal memperbaiki kelemahan ini sehingga game malam tadi. Apapun saya memuji persembahan penjaga gol Malaysia, saudara Apek semalam. Keep it up.
2-Taktik melewat2 kan game dengan melakukan fake injury dari team Singapura sudah di jangka. Apakah ini sesuatu yang positif yang lambat laun menghilangkan art bola ?
MF : Seperti komen saya terdahulu, perkara seperti ini memang sudah di jangka. Taktik sebegini memang sukar nak di bendung dan boleh di katakan di amalkan oleh sebahagian besar pasukan terutamanya bila berada dalam keadaan yang genting untuk mencapai kemenangan. Ia sama juga dengan teknik menjatuhkan diri di kotak penalti, walaupun ianya memang cilaka namun ia juga adalah salah satu resepi kejayaan. Maka kita harus sedar dan belajar menerima hakikat ini.Tak percaya sila lihat pasukan Manchester United. Haha.
3-Setujukah anda man of the match bagi team Malaysia adalah Apek ? dan siapakah yang boleh ditabalkan sebagai The Barai Player yang menyumbang kepada kekalahan ini ? he he he. Jika boleh detailkan kesalahan2 yang tak patut di lakukan.
MF : Ya saya bersetuju. Apek wajar menjadi MOM semalam. Player yg gagal menjalankan tugas semalam saya rasa ialah Ismail Faruqi, Mahali, Abdul Hadi dan Muslim. Fakri yg masuk juga amatlah barai semalam. Saya tidak tahu mengapa RG suka sangat dengan Fakri dan Ismail ni.
Walaupun rata2 menyalahkan barisan pertahanan namun gua melihat kegagalan midfield semalam adalah punca mengapa kita gagal layak ke pusingan seterusnya. Nyata ketiadaan Shafiq mempengaruhi corak permainan Malaysia. Satu lagi kita hanya bergantung harap pada Safee selepas Nor Shahrul mengalami kecederaan. Pemain gantian yg di cuba ternaya gagal memainkan peranan yang di harapkan.
4-OK, tolak ke tepi taktik2 melewatkan game oleh team S'pura. Di mana sebenarnya kekuatan mereka ?
MF : Kekuatan mereka bagi saya ialah jurulatih mereka bijak menggunakan kelebihan2 pemain mereka dan mencorakkan taktikal yang bersesuaian dengan kebolehan pemain mereka yang tidak seberapa itu. Kelebihan fizikal nyata digunakan secara maksimum di samping hantaran jauh ke dalam kotak penalti Malaysia yg berjaya menjadi kebanyakan gol2 yang mereka hasilkan.
5-Akhir kalam, puas hati dak tengok live kat stadium ?
MF : Ini adalah antara perlawanan bolasepak di dalam negara ini yang mencatatkan kehadiran yang paling ramai sehingga kini. Berada di dalam stadiuam dengan kapasiti sebegini memang merupakan satu pengalaman yang sukar untuk di terjemahkan dengan kata-kata. Walaupun kepuasan menonton tidak sama seperti apabila kita menang 3-0 dengan Indonesia tempoh hari, namun saya berpuas hati dengan kesungguhan dan usaha pemain2 yang mencuba sedaya upaya malam tadi. Akhir kata, memang puas hati pegi stadium semalam terutama bila dapat tgk awek2 hot dah mula datang kembali ke stadium.Lepas ini saya harap awek2 ini boleh la belajar pula menonton perlawanan Liga Malaysia. :)
Akhir kata, majulah sukan untuk FAM.
2 ulasan:
ulasan mezzo mmg bagus!
erk klu awek tak hot?
tak yah tgk bola kt stadium la yek?
keh3
Catat Ulasan