20 Mac 2011

Kelaput 3030

"Mamak! teh tarik satu!", pesan gua dari peranti hologram di kedai mamak Subaidah. Udara pada tanggal 2 Januari 3030 begitu segar. Segarpun hanya sesetengah tempat sahaja sebenarnya. Radiasi merata-rata. Tak kene gaya, gua boleh jadi hensem, tak kene gaya jadi mutan. Itu pasal skang MPPJ melesenkan pencucian radiasi dan juga lesen ceramah2 ustaz. Teknologi klon ustaz begitu berleluasa sekarang. Ramai anak2 muda dah barai akidah. Pagi mengucap,petang melingkup minum todi.

"Sen, aok kat mana te?", gua brain-to-text sahabat lama sejak dari tahun 2000 lagi.

Tit!

"on dewe on dewe...", dia jawab 15 menit kemudian. Sependek itu jawapan memerlukan masa begitu lama. Yes! penyakit Parkison beliau makin kronik nampaknya. 2 bulan lepas mengeteh, dia ambil masa 10 menit. Ini menunjukkan lambat nya dia reply berkadar langsung dengan kadar kronik Parkinson beliau.

Lagi satu , sejak berkawan dengan gua, dia makin fasih bermuamalat dalam loghat Pahang. Dengar2 dulu dia minat Siti Nurhaliza, penyanyi tersohor dari Kuala Lipis itu. Siti dah meninggal tahun 3001. Sakit tua. Akhir hayat , dia banyak into dengan scene ceramah motivasi IPT.

OOO....ada 2 orang lagi...

"Mana? Mana ?", gua brain-to-text dalam versi kumpulan. Sapa lagi kalau Bayam dan Salman. Dekat 2 bulan juga tak ketemu mereka. Padahal tinggal satu tempat je. Rumah Orang Tua Cawangan Kelana Jaya betul2 berhadapan dengan kondominium Kelana Puteri. Kelana Puteri atau singkatan Kelaput merupakan habitat pertama kami semasa mula2 mengenal Kolumpor dari kacamata dewasa. Kolumpor dari kacamata sekolah rendah hanya berkisar dari Zoo Negara membawa ke Muzium Negara. Paling handal pun setakat tengok2 kasut di Sogo dan Pertama Kompleks. Tidak lebih dari itu. Kami kebanyakkan anak2 kampung dan felda kecuali Sen. Dia anak jati Kolumpor. Mujur juga ayah dia garang. Jika tidak dia jadi lagenda kongsi gelap sekarang agaknya. Agaknya laaa..

Macam biasa , 2 orang ni lagi kronik. Jenis tak reply sms. Tak de kredit la tuh. Elaun khas warga emas jenis tak reti nak berbelanja. Time derma jumaat, habis di letak semua dalam tabung maya masjid. Tabung itu secara auto akan lalu di hadapan jamaah, dan akan scan mata lalu data dari akaun bank akan di capai. Sistem boleh membaca maklumat dari niat, dan cara utk confirmkan adalah dengan mengelip mata. Jika niat derma rm5 , kelip mata, duit akan di deduct secara automatik. Setiap hujung bulan, masjid akan email surat penghargaan kepada penderma2. Dan tiap2 bulan jugalah , mereka cepat kehabisan wang kerana telebih spirit dengar ceramah. Dari muda membawa ke tua.....haii...

Dengan efek fatamorgana, gua lihat sen memimpin bayam, salman dengan kerusi rodanya. Gua geleng2 kepala.

"lllaaammaa dahh aaokkk ssss sssss sssaammaaapaiii ?", kata mereke serentak terketor-ketor.

"Hahh...duduk la...ni hahh....koi dah order air suam ...ubat ada bawok dok ?"

"Haa' aaa laaaaaaaaaaaaaa... LUPAAA!!",kata mereke serentak.

"Aku dah agak dah!!", dengan pantas gua capai kunci Virago dan melompat deras atas motor. Dengan memakai spek Ray Ban ori , lengkap dengan jean Levi's serta baju petak koboi, gua bersuara tegas.

"Aok tunggu sini...koi ambil ubat jap.."

Perlahan2 gua meninggalkan restoran Subaidah milik Pendang , sahabat kami.

"Ngenang ke rodong je nih...", getus hati gua perlahan2.

....

3 ulasan:

Suhaimi berkata...

i like mcm ginih!!!

- sern parkison

Tanpa Nama berkata...

ada kosong lg tak rumah org tua dpn kondo kelaput tu? aku nak jadik penyeri kat situ...ate... kalau udoh jantan semua idok le meriah suasana hari raya nti

Hashim Zabidi berkata...

Tahun 3030 aku dah hidup semula. Carilah aku, kita berbeka-beka...