18 Mac 2011

Review Hikayat Merong Mahawangsa oleh Rizal Gunx





Tinggalkan sebentar CGI-CGI kartun itu dan hayati alunan skrip beriringan dengan muzik2 orkestra, anda akan dapat rasa epik buatan tangan Yusry dan sol-jah2nya. Yusry dalam hal2 meneroka genre baru dan segar memang patut di berikan kredit. Mencipta adiwira buatan Malaysia tidak semudah mencipta simbol seks dan juga hero2 lawak menampar2 kepala. hehe...Peh! serius plak gua 'kipas' produksi KRU ni ye dak ?

Rantaian cerita (continuity) gua berikan markah 70 per seratus. Bermula dengan sebuah kerajaan yang sudah established dan penonton di bawa ke belakang satu persatu. Pembinaan watak Merong dari zero satu persatu di top up. Proses 'bonding' Merong dan putera Rom kelihatan ringkas tetapi acceptable. Babak 'perkelahian' ringkas di atas kapal ok lah gua rasa. Cuma sedikit tergantung ketika Merong menunjuk kepada mayat2 bergelimpangan di atas sampan. Ya! simbolik hendak menunjukkan perjalanan itu menempuh lanun2 yang ganas. Cuma lebih umphhhh jika di adakan pertempuran itu. Mungkin faktor durasi.

Yes! 'Che Nin' yang di angkat dari HKLBR dari Mamat Khalid. Dalam filem ini , dia menjadi mangsa antagonis dan anti-outsider. Ada kelas tersendiri. Adakalanya dia kelihatan seperti pelakon Hong Kong yg ternama itu . Dan yes! Rahim 'the Gandaf' Razali. Pembawaan watak beliau , taraf gua nak komen memang bukan gelanggangnya, cuma pasal solekan. Rambut itu terlalu kasar dan tinggi , jika di-lowered sedikit ala2 rambut Fasha Shanda , Rahim Razali tampak 'cool' di samping rokok daun itu. Solekan antagonis bawaan brader Khir Rahman juga tidak mengujakan. Mana mungkin sang penjahat mempunyai barisan gigi seputih iklan Colgate. Mungkin wataknya sebagai kaki perempuan , dia kelihatan berhati2 dari sudut penjagaan gigi. Pada gua, seelok2nya giginya hitam dan berlumut utk melebih2kan kejahatannnya. Anda bersetuju ?

Hasrat murni Yusry untuk memperdagangkan filem Merong ke peringat antarabangsa , gua akui itu sangat murni dan luhur. Cuma jika gua sebagai rakyat marhaen boleh menggelengkan kepala melihat binaan kesan khas CGI itu terlalu kartun. Erhmm...ntahlah kalau mata James Cameron yang melihatnya. D+ untuk itu.

Secara keseluruhan, gua tepuk tangan tanpa berdiri selepas menonton. Sangat bagus jika di gelanggang Malaysia. So-so kalau di gelanggang Asia dan tercorot kalau di gelanggang Hollywood. Tahniah utk team produksi KRU dan Yusry sendiri kerana berani menterjemahkan hikayat epik Melayu ke layar lebar. Tahniah! Lu sudah menebas belukar utk penerokaan baru. Er...kalua gua minta seribu utk projek filem pendek gua, lu kasi tak ? Letih dah gua puji ni. Hehhehe...

1 ulasan:

Adib Ahmad berkata...

overall kalau letakkan filem ni kat arena filem malaysia boleh dikatakan antara terbaik. Cuma ada beberapa scene yang boleh di perluaskan lagi ceritanya dan ada beberapa redundant scene. cth: scene merong masuk gelangang, kurang garapan dari segi character building untuk perkembangan skill ilmu persilatan merong dan juga character development Embi (jehan miskin) dan seorang lagi lelaki yang sepatutnya menjadi hulubalang untuk kerajaan merong. kiranya side kick. dan dalam pertempuran terakhir, kurang menunjukan kekuatan sidekick dan terlalu mudah untuk mati dan aku paling rasa tak best part "cermin Archimedes"...... dari segi CGI lak.... kalau nak compare dgn avatar mmg jauh sebab teknologi sedemikian terlalu mahal but untuk penggunaan AE dan 3Dmax dalam CGI merong ni kira antara yang terbaik di Malaysia.... tapi kalau di Hollywood semestinya lebih kepada feature filem atau B grade movie. durasi cerita ini juga aku rasa terlalu pendek.