Gua terjaga dari lenaan tidur di meja piano buatan Itali 1934. Capai talipon pintar dan periksa panggilan masuk.
Cilakak ! 13 miscall dari Encik Mark Zuckerberg.
2 pesanan ringkas turut kelihatan.
"Thank you Dato' Rizal, nice dealing with you."
"Hey, where are you ? been waiting for 3 hours. please buzz me, urgent! ".
Sms pertama dari Dato' Robert Kuok. Terima kasih itu kerana gua secara rasminya secara suka2 membeli kepentingan beliau sebanyak 70% dalam perniagaan gula di Malaysia. Sebelum itu , masih dalam mode suka2 , gua turut membeli kepentingan Dato Ananda Krishnan dalam Astro dan juga Maxis. Kedua2 jumlah transaksi itu sahaja membawa perbelanjaan kira2 50 billion. Entah kenapa, cita2 gua dari kecil hendak menjadi hiasan cover majalah bulanan Forbes. Jadinya, jalan pintas gua beli sahajalah perniagaan yang sedia ada. Bijak bukan ?
Dan yes! sms kedua itu sudah tentulah dari Mark Zuckerberg. Dalam usia beliau yang sudah menjangkau 27 tahun tetapi masih mahu membujang, gua kira itu sangat malang. Jadinya , gua sajes pergilah backpakcing dan tinggalkan facebook. Atau yg lebih tepat jual sahaja facebook. Mungkin dia dapat tahu kekayaan yang gua miliki dari Google, makanya dia friend request kat gua. Semalam gua accept dan hari ini sepatutnya gua dinner dengan dia. Lantaklah , gua kan Melayu, tak kan dia tak tahu beza janji Melayu dengan janji Yahudi ?
"Salmannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!"
Tukang masak gua sorang nih memang jenis tak berapa dengar tetapi oleh kerana dia pegang title King of Masak 2009 mengalahkan Chef Wan, gua hold dulu pecat beliau. Tunggu dia buat silap je sebenarnya.
"Weiiii, mana ko ? aku nak air kopi Turki!", aku jerit pakai intercom.
"Bbbbaikkk tuan !", suara terketar dihujung talian.
"Ko tidur ek ???"
"Eh! tak tak!! saya solat isyak tuan...."
"Ooo....bagus2...tapi cepat sikit...aku kat tingkat 12."
"Baik tuan!"
"Eh ! mana Suhaimi? suruh dia siapkan jet aku dalam masa 15 minit, kejap lagi aku nak gi dinner . Cepat tahu..."
"Baik tuan!" , akur Salman.
Suhaimi merupakan pemandu jet peribadi gua. Gua assign dia kerana dia anak jati KL. Dia ibarat Google Map dan Garmin. Gua tak suka gajet2 bodoh penunjuk jalan. Gua mahu orang. Sekaya2 gua, tak de la bergantung sangat kepada gajet2 ni sangat walaupun sebenarnya mampu sangat nak beli bangunan Low Yatt tu.
Sementara menanti kopi Turki, gua tepuk tangan dan secara automatik kedengaran lagu Nessun Dorma dari Pavarotti, lagu feberet sejak gua belajar di Harvard lagi. Tiba2 semacam sesuatu yang tidak kena pada sistem audio buatan dari Rusia ini. Selalunya ia perfect dan tip top. Kalau dah audio tak sedap, macam mana nak tarik feel sebelum minum kopi. Argh...ini mendatangkan marah.
"Salmannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!"
Sememangnya Salman menjadi proxy untuk mencari orang gaji gua yang berjumlah 200 orang ini.
"Mana Bayam ? "
"Er...dia pergi berak di tingkat 10 ,tuan!"
"Lepas dia istinjak, suh dia naik ke tingkat 12, sistem audio aku macam tak sedak ni..minta dia periksa. suh dia berak cepat cepat. Urgent!"
"Bbbbaikkk tuan !", suara Salman terketar dihujung talian.
Dari kejauhan , sebuah jet Concorde mendarat di lapangan terbang peribadi gua. Kelihatan isteri dan anak gua turun di sambut oleh orang gaji dari Itali. Anak gua , Ahmad Yassin baru balik dari sekolah agama sessi pagi di Doha , Qatar (baca: sana pagi, sini malam). Petang dia sekolah kebangsaan di Arizona. Malam pula mengaji di Masjid Kota Damansara.
Kedengaran pintu di ketuk lembut.
"Assalamualaikum warahmatulahi wabarakaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tuh!".
"Masuk la Salman!..letak kopi tu kat sana"
Burung2 berkicau lembut. Lagi sedap dari bunyi lagu Nessun Dorma.
"Mana Bayam nih....???"
Versi Salman
6 ulasan:
entry lu mmg best walaupun guna nama gua..cilakak lu gunx. tunggu next Theme. wa dgr ada 'lauk' baru
lu punya terbaik dari yg dua lagi tu...
ni tidur memang tak basuk kaki punya jenis..
gua bukan nak perli,
cuma lu kena ingat sudah berapa kali lu hitung lu punya hari jadi.
Mimpi menjadi-jadi
bikin semua, ketawa geli hati.
salman, kautim laa..
tanpa nama , sila la perkenalkan diri ...
ayobkelubi, kah kah kah ...
pak ngah , deep juga perli tu... :)
Hah....Bill Gate cakap dia nak jemput ko bg ceramah kemanusiaan utk staf dia ko setuju ke?
Catat Ulasan