18 Ogos 2009

Zaman tu mana ada lagi Google Translator.

Sebagai pengikut aliran kiri daerah Maran, gua terpaksa bersengkang mata belek kamus nak baca zine2 terbitan kutu2 tempatan. boleh tahan dia punya payah. gampit betul !!

Gua susun zine2 kemas atas para. Buku2 terbitan Preston dengan Sasbadi boleh pulak gua sepah2 bawah kusyen. Time nak buat homework, reti plak nak bertempik kucar kacir cari ....

Zine2 ni bukannya reti tulis manis2. Marah kat TV, marah kat kerajaan, marah kat Hitler, marah kat poser2. Gua time tu terikut2 juga emo. Macam2 aliran ada. Kalau time hamek gambor , muka memasing ... poh palih... bukan main bengis...walau pun alamat band gua tengok kat Jengka jek. ingat kat New York ke ?.

Pap! gua capai zine nama Biogradable Material. Nama pun macam Arnold payah nak sebut. Nipis je, tapi isi dia memang ngam dengan gua punya amarah. Kalau teh tu, ngam2 dia punya campuran teh, air dan susu. Habis satu page, gua bisik dalam hati.

"Damn good!!".

Haiish !!....dalam hati pun , gua leh speaking. Cerah harapan nak ke luar negeri lepas SPM ni gamaknya.

7 ulasan:

beemer berkata...

gampit? tu adik beradik mat rempit ker bro? hehe!

Unknown berkata...

ntah..dulu awal 90-an, glemer sebutan tuh kat Maran, ntah sapa pelopor dia.

FIRZA berkata...

aok simpan lagi ke zine2 haluan kiri tu?.....ganeh la....

Unknown berkata...

firza, tak de dah, zaman2 dulu je..

Tanpa Nama berkata...

dah smpi mana luar negeri ko tu? asal td, mgu lps, thun lps aku tengok ada je ko kat opis

Unknown berkata...

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Semoga ibadah puasa kita bakal diberkati Allah!

Unknown berkata...

VersedAnggerik , terima kasih.