18 Ogos 2009

Gua bukan tak nak kaya, tapi gua dah 'kaya'.

"Cepat lah gunx! isi borang tuh", akak Hai O bukan main lagi desak gua suh join.

"Kawan akak dulu, keje nurse, skang dah pakai Estima dah. Gaji bulan2 , 15 ribu..", terjuih2 mulut akak Hai O meletup2.

"Kawan akak sorang lagi tu, dah merasa pegi Paris, Dubai..eeee....pendek kata ... memang best la.."

Dia hulur lagi borang.

"Akak tak penah tengok citer Si Tenggang ? Saya ni Melayu , mudah lupa, nanti tak pasal2 kene sumpah jadi penunu bansen , sapa nak tanggung ?"

Suasana jadi hening tak terperi. Gua namakan itu malam sebagai "Hari Kene Getah Sedunia".

ohh....gua jawab tadi dalam hati sahaja. Melayu kan suka cakap belakang belakang.

nota : jika gua buka topik Hai O dalam mana2 sidang mengeteh, sila pijak perut gua.

5 ulasan:

FIRZA berkata...

terjebakkk...

beemer berkata...

hahaha ... siap kena sumpah jadi penunu bunsen tuh ...

Unknown berkata...

firza, keadaan terkawal...heheh...
beemer, heheh...

Tanpa Nama berkata...

kenapa tak kena sumpah jadik tabung uji ke picagari ke termometer ke saintifik sket

Tanpa Nama berkata...

sumpah la jd water filter hai o... hahaha. alhamdulillah (stail iklan hai o)