24 Ogos 2009

Pengalaman saya di zaman kanak2 mengimarahkan Ramadhan.

GEDEGANG!!

"baling! baling", kedengaran Iza (sekarang anggota keselamatan ) selaku kapten pasukan kami memberi arahan agar terus menyerang pihak lawan di kawasan bawah bukit. Pasukan kami agak bernasib baik berkedudukan tinggi. Agak mudah menyerang tetapi harus di ingat pasukan lawan di bawah bukit tidak jelas kelihatan posisi sebenar mereka. Kemungkinan mereka sudah dekat dan bila2 menyerang balas dengan taktik gerila.

"Hah..macam mana ni ?", gua bersoal cemas melihat pasukan gua semakin kehabisan peluru. Muka masing2 dah pucat macam team Malaysia nak lawan MU.

"Tak pe2, kita tunggu serang balas dulu", jawab kapten dengan yakin sambil membetulkan pintalan kain pelekat. Makin besar pintalan gua nengok. Makin singkat pulak kain pelekat. Dah berat ke gaya tentera Belanda. Seluar dalam confirm tak pakai tu gua syak.

Dari kejauhan bebola api menghala ke arah kami. Bersepai kami lari. Prinsip tolak tepi, nyawa lebih penting.

Selesai perang olok2 kami bersalaman tanda ukhwah tersemai. Peluh pejuang menitis perlahan. Perlahan2 kami bertolak pulang ke rumah pekene makan. Mana2 lebih mercun sederhana bahaya buatan China kami simpan utk perang esok malam. Sayup2 terdengar jiran bertadarus mengisi malam barokah.

Nasib baik tak terbakar masjid atas bukit tadi.

5 ulasan:

FIRZA berkata...

bijok

gunx berkata...

firza, ??

beemer berkata...

ala-ala cite combat 70-an gitu ... hehehe!

Tanpa Nama berkata...

kampung boy

gunx berkata...

beemer, ada la pengaruh sikit2, tapi ini versi Asia

tanpa nama, hah...mesti lah!