02 Julai 2009

Enggang sama enggang , pipit sama pipit.

Cuaca pagi tu amat cerah. Gua di bawa oleh cikgu Bidin dan cikgu Yatim ke padang permainan. Dalam hati usah kira baper kali jantung berdegup seminit. Laju macam mesin parut kelapa.

Satu hari sebelum itu.

Berdesunggg....!!!

Nak kata kelajuan cahaya tak patut jugak. Tapi laju patut2 Asia la. melebihi laju budak umur darjah 3 walaupun umur gua memang darjah 3. Bakat dah ada , tunggu nak kene gilap sahaja lagi. Cikgu Yatim menyedari bakat gua, lalu mengusulkan kepada Cikgu Bidin selaku Ketua bahagian jasmani utk menghantar gua ke Sukan Tahunan Daerah Maran bagi sekolah2 rendah. Cikgu Bidin tak usul periksa terus bersetuju memandangkan beliau kenal benar dengan ayah gua. Ntah apa kait hubungan ayah dengan bakat , gua tak pasti. Adat orang Melayu kot.

...
...

"Hah...Rizal! Aok mesti menang tahu...budak2 tu seme sayur je.." Cikgu Bidin memberi kata semangat sambil menepuk belakang leher gua. Bau tengik rokok dari baju Cikgu Bidin sedikit sebanyak memberi sumber inspirasi untuk gua mengangkat nama sekolah Senggora.

Gua berlari2 anak ke garisan permulaan. Abang tukang pelepas sudah bersiap sedia. Gua alih pandangan ke kiri dan ke kanan. Hati gua dah seram sejuk. Tak kan cikgu Bidin gurau tahap ini. Nak kata dia buta huruf lagi tak masuk akal. Nak kata April Fool , kerap nampak dia ke surau. Arghh...hati dah berkecamuk.

Mentol ! Mentol !!
Mentol ! Mentol !!

kedengaran suara tempikan di kiri dan kanan.

Hah...nama pun Mentol !! Cam harem...Sambil2 gua senam pusing kepala, gua ushar. Dah la tinggi , bermisai lak tuh. Apa jenis mamat Mentol ni ? Kasut tak de, rambut keras, betis berurat pejal, tangan berpanau. Arghh..!! Derang import dari Kenya ke budak ni ? Hati gua gusar.

Prittttttttttttt!!!!!!!!!

Gua rasa seolah2 berlari setempat. Jasad Mentol menyusur laju.

...
...

"Apa ni cikgu !! tak cakap lumba dengan orang asli", gua merungut dalam keletihan sejurus terlajak 30 meter dari garisan penamat.

5 ulasan:

bG berkata...

haha nama org asli mentol..

klako3..

Tanpa Nama berkata...

lawak la cite aok nih..haha

beemer berkata...

org asli import tuh ... hahaha!

aida cy berkata...

alah..lalu dah kalah 2, ada je alasan..irg asli la...hump.nama mentor lagi tu..tipu org la nk kencing

salman ® berkata...

sekolah rendah tapi bermisai mmg kebiasaan orang asli. ahahahaha

keting keras beb...kalau tersadung...mau lebam keting kita balik. ahaha