06 Julai 2009

Alim Kuching datangnya dari Kuantan.

Dalam kelas biasanya, gua pekene duduk kat tepi tingkap. Dah namanya budak baik, mesti kene akur dengan perintah 'ketua'. Setiap gerak geri guru yang dicop 'garang' dan 'makan orang' , gua orang pertama yang memberi signal kepada kelas. Sejurus setelah menerima signal atau isyarat itu, murid2 muslimin dan muslimat secara auto, muka akan menjadi jernih dan bercahaya.

Ketua gua, namanya Bob (budak Bukit Cempedak). Ketua kelas tak silap , Harun (budak Paya Pasir). Bob, hatinya tidak segarang mukanya. Silap2, kalau gua jalan sebelah dia, orang boleh tersasul panggil dia pak cik. Si Harun pula, cerdas budaknya. Kalau dalam kelas bahasa Arab, sampai patah lah mata pensel, time tulis karangan. Cilakak ! mana budak2 pompuan tak angau ngan dia. Sebab tu la kot , gua buat2 degil kalau dengan Harun. Kalau dengan Bob, gua on je. Pasal kes jalan sebelah tadi la.

Sebagai kesimpulan, satu hari kelas gua didatangi oleh murid baru dari sekolah ternama di Kuantan. Tak silap , sekolah Ehsan. Kalau dalam scene sekolah agama, Sekolah Ehsan ni kira macam level2 MCKK la kot. Murid2 jadi angkuh tak tentu hala. Perangai macam Sazali citer Anakku Sazali.

Sejurus selepas sesi sual kenal. Gua dan Bob pekene borak dengan dia. Nama dia gua lupa. Tapi gua namakan dia sebagai Kamal. Kamal ni muka dia macam baik. Rambut kerinting ada jambul di depan macam A Mahmud. Dalam hati, gua membuat kesimpulan, Kamal hanya layak berkawan dengan Harun. Apa kejadah punya kesimpulan.

"Aok tahu dok nyanyi lagu Ice Ice Baby?", gua tanya soalan pengetahuan am berbau provokasi.

"Oh...Vanilla Ice tu ek ?", Kamal menjawab.

Gua sedikit kaget. "Ce aok nyanyi sikit...aku buat bunyi latar guna mulut", gua terus memprovok.

Cilakak! Dia nyanyi sebijik macam radio. Patut la dia kene buang dari sekolah Ehsan tu.

2 ulasan:

sayanghasni @ yus berkata...

takkan pasal rap kena buang sekolah..
dulu2 giler jugak bila dengar lagu tu..

beemer berkata...

alim jgn tak alim ... hehehe!