29 Jun 2009

Mat Gunx bercerita tentang dunia kugiran. Jangan ambil port sangat.

Malam pesta muda mudi semakin hampir. Dia punya malam , bukan style laga beer tepi kolam renang dengan wanita2 berpakaian singkat. Ini malam apresiasi seni. Seni la sangat kan?

Seperti biasa, sebagai pemuda yang bertanggungjawab, sejurus selepas kuliah, gua terus pekene homework. Dia punya tekun memang lain macam. Tersedu jugak la Nik Nur Madihah kalau tengok. Satu persatu soalan Matematik gua selesaikan dengan tenang. Gua kesat air mata tanda sayu melihat kecekapan gua merungkaikan permasalahan2 rumit Matematik. Memang lain macam perasaan time tu. Rasa macam duduk dalam zaman Renaissance.

Tiba2 ...

Kelepaanggg !!! Daun pintu di buka keras. Hampir tertumpah air teh panas kesayangan gua.

"Gunx, Hang ikut aku sat...", perintah rakan dari Kedah berambut kurang subur.
"Pi mana ??", gua soal.

"Hang jangan banyak tanya...." rakan dari Kedah berambut kurang subur menarik keras tangan gua. Tercelepup jatuh pen Kilometreco.

Gua dibawa ke dalam satu bilik. Cepat2 rakan dari Kedah berambut kurang subur menutup pintu. Macam besar je misi gaya nya ni. Hati gua berdebar laju.

"Gunx! Hang kene jadik vocalist. Posisi gitar utama dan bass hang jangan risau. Seme dah redi", sungguh2 rakan dari Kedah berambut kurang subur membuat penjelasan.

"Aku ok je. Tapi aku line2 dari Sudirman je...", gua terangkan genre pilihan.

"Hah ! tak pe ... tak pe..". Sampai azan maghrib jugak la gua rehearsal. Rasa time2 tu jugak nak ke Pasar Seni. Busking dua tiga pam , boleh tahan income orang kabo.

....
....

Esok petang saringan bermula. Apa punya akal, band gua masuk final. Gua punya girang pun boleh tahan. Tanya la Barthez time dia dapat save goal. Seperti biasa, kalau dah gembira, homework2 seme kene tolak tepi. Orang Melayu tak leh minum arak, jadi gua laga cangkir berisi teh panas. Yum Seng !!

Gelak dan kutuk band2 yang kalah. Bangga baru sehari dua rehearsal, dah masuk final.
Yum Seng lagik !!

Band2 lain tak seni langsung. Mana urban, band pakai baju kena sama. Ini bukan pop yea yea. Ini grunge. Kena jadi diri sendiri. Yum Seng lagik dan lagik !!

...
...

Malam final, sejurus korus, suara gua pecah. Gua salahkan penulis lirik Tetamu Senja dari Kopratasa.

perenggan dua tu, gua reka je. Apa gila lepas kuliah buat homework!

3 ulasan:

beemer berkata...

rakan dari kedah berambut kurang subur? pak mud ka bro?

Unknown berkata...

bukan. pak mud .. gitar ngan biola pun boleh konpius.

beemer berkata...

tu la psl wa konpius ... pak mud mana leh jamming ... hahaha ...