Gua mahu kelainan. Pegi sekolah mesti ada kelainan. Baru 'in'.
Tanpa melengahkan masa, gua capai seluar kaler hijau muda. Huh! sekolah agama agak berlainan warna. Macam kaler askar. Kat kampung, boleh bilang dengan jari , mak bapak hantar anak ke sekolah agama. Boleh tahan ayah gua punya rebel.
Ketak!Ketak!Ketak!Ketak! ..............Siap !
Mesin jahit old skol berhenti bekerja. Keje2 DIY ni kene kasi penuh konsentrasi. Hasil tangan sendiri mahu publish kat public, la katakan.
Gua gigit benang terakhir pada bahagian buku lali. Seluar hijau, benang putih. Benang dia punya pegi pun lurus. Senyuman terukir perlahan2.
.....
.....
Jam 4:30 petang. Gua tidor bersepai di ruang tamu.
.....
.....
Jam 5:30 petang.
"Huh ! ngape dok gi main bola lagi ? " mak gua dah mula pantun suh gua pecut riadah.
"Seluwor ni....Hishhhh....Arghh....", gua tekad tetas benang dari lutut sampai ke buku lali. Hanya jalan ni sahaja, gua leh tukar seluar main bola petang itu. Amat tidak manis bermain bola dengan berseluar ketat ultra.
"Diam la ko Amy!!", jerkah gua pada kelibat beliau yang kelihatan menggeleng2kan kepala di sisi.
Sekarang wa mahu gugel siapa pencipta seluar luar tabii ni.
2 ulasan:
apa kata mak lu? dia tak libas lu petang tu?
mana leh libas...anak harapan ..hahha
Catat Ulasan