27 Mei 2009

Satu senja yang hening, gua mencari-mencari.

KUALA LUMPUR 8 Mac — Lebih 70,000 pekerja Bangladesh dijangka tiba di Malaysia tidak lama lagi untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaaan dan perkhidmatan, kata Penasihat Buruh di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di sini Talat Mahmud Khan hari ini.

Beliau berkata walaupun Malaysia mengalami kejatuhan ekonomi dan peningkatan jumlah pembuangan pekerja, namun pekerja Bangladesh masih mendapat permintaan kerana mereka dianggap rajin, cekap, patuh kepada peraturan, mudah dilatih dan tidak menuntut gaji yang tinggi.

Pekerja Bangladesh juga dikatakan mampu melakukan pelbagai tugas, katanya.

....

Seronok dapat ke tempat kerja dengan berpakaian kasual. Pekena jeans , pekena baju T, pekena kasut jogging. Memang sedak! Saban pagi, gua pasti berdiri menggaru2 dagu memilih tema jeans2 terkini. Maksud gua, jeans tiruan terkini.

"Saya suka bila abang pakai jeans". Kalau dah bini cakap cam tu, memang berkobar2 la. Selain dari alasan kelihatan 10 tahun muda, sebagai seorang yang menjawat jawatan mat rempit atau dalam bahasa sekarang "samseng jalanan", seluar2 sebegini mampu menggalas tugas penting tatkala berlaku insiden2 yang di luar jangkaan. Tapir melintas di kala kelajuan 110km/j umpamanya.

Hampir waktu senja, gua ke kedai milik seorang Acheh di Kota Damansara. Seperti biasa, gua akan membuat aksi default mencekak pinggang sambil menggaru dagu untuk mencari item pembelian. 

"Hey!! Awak mari sini !! Kat mana awak letak mentol kat kedai ni . Puas aku carikk !!", kelihatan pakcik umur seabad menegur gua dengan begitu 'indie' sekali. Boleh tahan dia punya "Azwan Ali".

"Pak cik , saya bukan pekerja di sini", gua jawab perlahan. Selera beli gua dah larik. Gua pecut ke motor lantas melihat cermin. Terus gua up kan rambut menjadi pacak agar kelihatan seperti rakyat tempatan.

...

KUALA LUMPUR 8 Mac — Lebih 70,000 pekerja Bangladesh dijangka tiba di Malaysia tidak lama lagi untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaaan dan perkhidmatan, kata Penasihat Buruh di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di sini Talat Mahmud Khan hari ini.

Beliau berkata walaupun Malaysia mengalami kejatuhan ekonomi dan peningkatan jumlah pembuangan pekerja, namun pekerja Bangladesh masih mendapat permintaan kerana mereka dianggap rajin, cekap, patuh kepada peraturan, mudah dilatih dan tidak menuntut gaji yang tinggi.

Pekerja Bangladesh juga dikatakan mampu melakukan pelbagai tugas, katanya.

4 ulasan:

BoBo berkata...

Hahahaha....
slambe pkcik tu...

bokbon berkata...

apahal pakcik tu..dia ingat lu pekerja bangladesh ke? haha..samseng jalanan betul pakcik tu.

zahirlunatik berkata...

pakcik 2 memang radikal...
ke sarkastik..
aku x pasti

gunx berkata...

bobo ,
tu arr...hehe

bokbon,
gua dah buat muka aron aziz pun kene cap bangladesh...buta seni tul

zahir,
rushing la tu kot...kiri kanan orang kene sembur..heheh