20 Mei 2009

Pengalaman saya dengan minyak rambut tancho.

Gua dekatkan muka pada kaca TV. 

"Ye arr...berkilat!"

Rambut P Ramlee dalam setiap lakonannya tampak berkilat. Kecuali filem Orang Minyak, gua tak berapa nak perasan. Tapi kekilatan tersebut menimbulkan 1001 persoalan. Minyak rambut cap apa dia pakai. Brycream pun takat tahan tengah hari je. Lepas zohor , dah malap.

Pekan sari Ahad , gua pecut ke kedai Watas. Cekak pinggang depan barisan minyak rambut komersial. Di letakkan dalam lemari kaca. Berdasarkan respon dari kutu2, Tancho agak camphion dalam mengekalkan kekilatan dan kekemasan rambut. Kalau tahan tak tidur siang , boleh menten sampai ke Asar.

Esok gua awal ke sekolah.  Sampai ke kelas, gua buat2 buka songkok, buang habuk. Sambil bersiul2 girang, semua orang terpana. Ferrr ....!! Memang fenomena. Gua buat2 cam biasa. Pungkoq tak usah kira dia punya kembang. Awek2 pengawas pun puji. Ni baru aspek rambut. 

Masuk jam 11 pagi , kepala gua pusing. Bila masa gua telan pil khayal ? 
Gua buka songkok. Bau kelas dah macam longkang. 

Esok gua pekene Brycream balik. Cilakak punya Tancho!

5 ulasan:

mulut jahat ada saka berkata...

kalau tak pakai tancho, tak champion. masa sekolah dulu, budak2 yang pakai tancho memang aku rasa nak libas kepala. bau mengalahkan kuil!

zahirlunatik berkata...

hahahahha.
aku tgk kale tancho 2 pon saket ati...
ini kan plak nk pakai

gunx berkata...

saka, hah lu tak kan tak penah guna ? hahah

zahir, hahah...skang ada jual lagi tak ? wa ushar macam dah pupus.

Nani Allen berkata...

aku ni budak perempuan. buat apa aku nak selet tancho kat kepala aku. mau melekat kutu budak india dekat kepala aku. tak terbang terbang dah.

Tanpa Nama berkata...

Tancho ada lagi Gunx.

Kat Kluang ni belambak. Banyak estet lah katakan. Suami saya malam tadi ambil tancho campur minyak zaitun untuk cairkan bau dia.

Saya tersalah beli minyak rambut. Saya terbeli gel follow me.

Jadi terpaksalah satu rumah pakai tancho.