18 September 2007

The Ultimate Day

Tak ku sangka, budak kampungan macam gua leh rasa hamek skrol bersalaman dengan seorang pakcik berpangkat Datuk. Itulah hari paling ultimate sekali dalam sejarah hidup gua sebagai penge'teh tegar (PT).

Perlu di ingat, gua memangku jawatan sebagai PT sejak dari sekolah menengah setelah mendapat didikan informal dari ayah gua. Seni menge'teh deras mengalir dalam diri gua.

Mata mak gua berkaca melihat anak jantan sorang ni memakai jubah gelombang biru serta topi petak. Hatinya berwarna-warni bak pelangi petang. Satu ketika , anak jantan ini pernah meluka hatitnya. Gua tahu , sebagai insan biasa, jasad ini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam menempuh universiti kehidupan.

Gua masih ingat, mak berkeras tidak mahu gua berhenti sekolah dan bekerja di kilang hanya kerana desakan rakan2 kampung. Namun, sebagai anak muda, kadang2 hati ini mahu membangkang kerana tandus dengan pengalaman.

Oleh itu ....

buat ibu dan arwah bapa. I LOVE U. jasamu tidak dapat ku bayar.

1 ulasan:

GenYong berkata...

Ur blog is so nice!!
I very like ur blog!!
Come on visit my blog also!!