13 Julai 2007


Kehidupan Webmaster Terlampau (21sx)

Hampir 3 tahun. Itulah roda pusingan gua berputar. Saban hari sebelum bernafas, perlu difikirkan beberapa item yang berstatus penting, kurang penting dan lek lu !!

gua pecahkan diri menjadi 3. Webmaster Palestinkini, Blogger dan errr.. buruh kasar binari. Pagi2 buta semasa tangan sedap memerah throttle , di pundakku terletak beberapa beban yang perlu di ringankan satu per satu.

Berita2 dari tanah Palestin perlu di sebarkan ke seantero nusantara. Rakan2 dari segenap pelusuk alam yang bersama2ku tidak jemu2 melakukan kerja2 penterjemahan. Gua terharu. Gua tahu , di poket wa sekarang hanya ngam2 membayar minyak dan makan tengah hari serta sedikit acara tidak rasmi di petang hari (baca : dana utk teh halia di Rahim Bistro). Justeru, gua tidak berupaya langsung membayar penat lelah kalian dengan dollar atau pound sterling. Hanya pautan dan kecintaan kita terhadap masjid Aqsa sahaja mengubat hati.

Blog. Ini acara wajib gua. Hehhhe.... tangan gua akan terketar2 dan tidak stabil jika satu hari berpisah dengan Blogger.com. Gua akan serba sedikit akan menggunakan skill lakonan wa semasa belajar teater utk mengelirukan boss gua yang selalu mundar mandir bertanya status. Acting busy. Hik hik hik ...

Lastly , kerjaya gua sebagai buruh kasar binari. terlalu boring utk di kongsi. Jadi noktah sahaja di sini. Hek eleh ....

1 ulasan:

salman ® berkata...

milo ais Rahim's Bistro Nalarekekkkkk machaaa....!!! ehehe