12 Julai 2007

Road To Wembley

Darjah 6 ketika itu. Aku sudah bergelar senior. Bangga. Misai hampir2 nak mengeluarkan akar. Hormon kejantanan sedikit2 di rembeskan. Hormon yang menjadikan aku lebih gagah utk err....menyebak bola.

Cikgu Bidin yang satu sekolah tahu kaki bangku tetapi menjadi pengurus pasukan. Berbekalkan tahap kegarangannya yg jitu, kami di asak bertubi saban petang utk menggilap bakat menyebak bola.

Walaupun darjah 6 ttp satu hapah pun dari kelas kami tidak diambil posisi penyerang. Anak Cikgu Hassan yang satu kampung kenal akan kelincahan menggelecek di angkat sebagai penyerang. Jaki tak hingat di dada mengenangkan kami di perlakukan sebegitu rupa.

Perlawanan persahabatan dengan satu sekolah di hujung kampung kian hampir. Kami bertungkus lumus mengemas kini bahagian pertahanan, tengah dan serangan. Segala apa lompang sedaya upaya di tampal agar gerak langkah nanti tidak tempang. Cikgu Bidin tampak berpuas hati dengan kerjasama yang kami hulurkan. Sememangnya sekolah kami kebelakangan ini agak muram di bahagian sukan.

Esok adalah hari perlawanan. Hati berkotak-katik. Jiwa kacau. Buka TV. Hmm...Road To Wembley . Melihat pada kelab2 luar negara beraksi, aku seakan2 di rasuk. Aku mahu mengegarkan jaring. Siap kauuu....!!

Petang itu , keputusan sudah dijangka. 6-0 . Cikgu Bidin dilucutkan jawatan serta-merta. Kesebelasan utama kami berpecah. Ada yang sekolah asrama penuh, ada yang sekolah Arab macam aku, ada yang sekolah menengah dekat hometown. Peristiwa 'hitam' itu tetap terpahat di jiwa kami sampai mati.

Tiada ulasan: