16 Julai 2007

Rudum

Kalau disuruh memilih nombor, tentu nombor paling popular di Malaysia sekarang adalah 5. Masakan tidak, dengan semangat Malaysia boleh, kita mampu melakukannya. Setiap bibir2 yang menghirup teh di pagi dan petang tentu sekali akan meletakkan topik ini di front page.

Aku yang kaki bangku ini mudah mendapat kawan dan taulan pabila singgah mengeteh. Lontarkan topik ini, aku berani jamin, korang akan mendapat kawan. Kaki bangku paling handal pun bisa melakukan komentar terhadap anak didik Cikgu Jan.

Kini, satu2 nya jalan paling realistik untuk Malaysia pergi ke peringkat antarabangsa adalah menjadi tuan rumah atau paling mesra-kos adalah membuat filem2 tentang bola bersulamkan cinta 3 segi arahan Prof Razak. Ini sedikit sebanyak dapat memeriahkan lambakan filem Melayu Cinta di Malaysia di samping dapat mencungkil bakat2 seni para pemain Malaysia yang rata2 nya sungguh stylo sekali penampilannya.

Aku berharap jika cadangan2 ini direalisasikan , maka terubatlah sedikit 'luka dalaman' para pemain yang sekarang ini terguris akibat serangan media arus perdana dan subversif. Kita patut memberikan peluang kepada stylo2 ini menceburi bidang2 lain selain karier primary mereka.

Sekarang kita patut fikirkan tajuk filem Cinta itu ?

Oh tidak2, gol dan gincu terasa mual sedikit mendengarnya.....

LAUGHING OUT LOUD !!!!!!!!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saranan filem cinta:
1. Cinta Bukit Jalil
2. Oh Azizon, Rambut Ayu..

Saranan filem komedi:
1. ManjaNantha
2. Honey, I Shrunk Hardy's Hair!

TQ