17 Julai 2014

Sembang Letup bersama Razaisyam Rashid, pengarah filem CEO.




Sekali pandang tajuk, filem CEO ini nampak seperti klise atau mudah dihadam intipati nya. ya! mesti ada namun selepas  itu. Namun, tenaga muda yang mengepalai projek ini membawa nama nama besar dalam industri filem tanah air, pastinya mengundang sesuatu yang istimewa. Lupakan kutipan yang di katakan kurang murni, kita pegi bertanya sendiri dengan nakhoda projek ini, saudara Razaisyam Rashid

1-At the first place, macam mana ko rasa skrip CEO ni boleh tarik crowd ? atau pun memang kene paksa oleh vovin minta ko direct kan ? atau pun masa first glance tengok skrip, ko dapat rasa filem yg bakal muncul dari kertas skrip ni memang boleh pergi ? kat mana kekuatan nya ?

 aku sebenarnya tak suka konsep filem ni. sebab aku rasa macam samarinda je. orang kaya jadi miskin, orang miskin jadi, gila babi apa punya konsep filem macam ni. so bila vovin dihire untuk buat skrip dan dia pun tulis lah skrip tu. bila baca skrip tu aku jadi suka. sebab aku rasa kelakar, macam vovin buat main-main je, aku pun enjoy bila baca. so instead of buat film yang style, aku kena stylekan film yang tak style. dan dengan bantuan vovin, kami berdua setidaknya berjaya buat "hey boys, look this samarinda kind of stuff boleh jadi cool kalau buat sungguh-sungguh". kekuatan skrip vovin adalah jokenya dan aku sebagai kawannya yang selalu lepak paham jokenya tu. mungkin kalau kami tak kawan, payah kot nak berkolbrasi. wave length tak sama tak akan work

 2-ada vovin campur tangan semasa pembikinan filem ini? mungkin atas faktor apa yg vovin rasa tidak sama macam ko rasa. atau ko dah memang ada freedom utk melakarkan kanvas sesuka hati.

 siapa vovin nak campur tangan? dia tak berhak pun campur tangan dalam proses kreativiti aku (kah kah kah). tapi as for respect, aku selalu tanya dia apa maksud dia ni, apa maksud dia tu. sebab aku tak nak jadi bodoh sombong. seorang penulis skrip tulis dengan sebab dan pengarah patut betul-betul paham sebab tu. lepas aku paham aku boleh buat apa aku nak buat

 3-aku rasa ko mesti bedebor nak direct pelakon2 gred A. macam mana ko overcome perasaan tu ? takut nanti dia pulak yg dictate ko walaupun nego itu memamng perlu. tapi sebagai director , ko mesti lebih arif , mesti ada stand kenapa kita buat itu dan ini dalam filem itu. 

 berdebor lah nak direct pelakon power, sebab selama ni aku buat benda-benda indie je. tapi aku buat-buat cool je, aku buat macam aku power jugak (kah kah kah). tapi kalau kau kerja dengan pelakon yang bagus dan kau dah beritahu awal-awal vision kau, macam mana kau nak shot, macam mana kau nak edit, macam mana kau nak dorang perform, dorang akan ikut sebijik-bijik. so kau kena yakinkan kepada dorang tentang benda kau nak buat. kena firm dengan keputusan kau. lagi satu apa yang boleh orang dengar cakap aku (padahal aku lagi muda dari semua team) adalah dengan control kepala mereka. bila aku kontrol kepala. aku boleh kontrol semua orang dalam team.
Razaisyam Rashid, pengarah filem CEO (ekstrim kanan), Vovin, penulis skrip CEO (medium esktrem kanan), dan gua.
4-ok , baru aku tanya , latarbelakang ko. ko ni latar belakang filem ke atau jurutera yang tiba2 terjun dalam dunia  ini ? cerita la sikit camne ko accidentally terjun dalam pembikinan filem. Hehhe...

 aku belajar film studies kat um. tahun 2007 dulu aku direct indie feature film, My Indie Rock Darling. Lepas tu aku keje bikin tv commercial, awal tahun 2010 aku pindah ke singapore, kerja sana bikin tvc. tahun 2013 aku balik ke kl untuk shot filem ceo. so aku tak rasa aku accidently terjun dalam bidang filem, semua dah aku rancang dari awal lagi dan aku tak pernah kerja dalam bidang lain, ni je bidang aku video/film. mungkin sebab dari sekolah aku minat dengan visual, sastera dan film kot, so aku pun kejar lah apa aku nak buat. so kalau orang tanya aku macam mana nak involve dalam film industry, jawapan aku mudah je. TOUGH %*%%*&* @##!

  5-Scene mana yang paling ko rasa nak mati nak direct ? tahap take sampai 15 kali ? ada tak ? apa solution utk isu tu ? 

 tak ada scene aku rasa nak mati nak direct, tapi rasa susah gila ada lah. yang paling problem untuk aku adalah scene office. semua scene office. sebab aku tak ada location office!. location patut aku ada kena cancel, production manager tak dapat cari location baru. so dalam masa singkat aku dan krew kena mock up office kat rumah. payah gila babi sebenarnya nak hidupkan scene office kat rumah, banyak benda nak kena re-design balik

6-Terakhir, apa pendapat ko tentang filem Melayu sekarang. Apa alternatif utk overcome isu2 konon di kata kan filem Melayu lemau , rempit, hantu dan sebagai nya ?

 pendapat aku tentang industri filem melayu sekarang simple je, kita terlalu banyak filem untuk dihidangkan kepada jumlah audien yang sikit. banyak filem yang tak best keluar, tapi banyak juga filem yang best sebenarnya. cuma bila ada filem yang teruk keluar, audien dah hilang kepercayaan kepada industri filem kita dan mana yang rasa tertipu dengan kualiti yang teruk tak akan sokong lagi filem tempatan. thanks for interview bro!!

2 ulasan:

bofoyengfeng berkata...

ok. mintak interview david teo plak bang....

Unknown berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)