09 Disember 2012

Bicara Bola Bersama Lucius Maximus, Semi Pertama Malaysia Lawan Thailand Edisi AFF Suzuki 2012

Saudara Lucius ni gua dengar kabor seorang penulis sukan mandiri yang pernah masuk rancangan sukan di Astro. Kira kalau dah masuk Astro, power la ye dak ? Telah melepaskan sebuah buku kritik bola bertajuk "Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia" yang telah menimbulkan minat membaca di kalangan kaki bola yang buta huruf. 



1-Harimau Malaya (HM) berhadapan dengan tonggak utama sayap di khabarkan cedera iaitu Wan Zack. Sedikit tempang di bahagian sayap, komen saudara untuk meneutralkan serangan bertali arus Thailand nanti.

Payah, payah. Kita kena lawan Thailand yang setakat ni dah sumbat 9 biji gol hasil sumbangan dari 5 pemain. Dari sini saja kita dah nampak Thailand ada banyak penjaring gol berpotensi, terutama sekali Teerasil Dangda dan Kirati Keawsombut. Mungkin kecederaan Wan Zack ni 'blessing in disguise' untuk Harimau Malaya, sebab kita boleh bermain formasi yang lebih bersifat defensif dari ofensif. Sebab sebenarnya dalam separuh akhir ini bukan kita yang macam Barcelona, tapi Thailand yang lebih bersifat Barcelona. Jadi ada baiknya Malaysia ambil pendekatan bermain macam Chelsea. Apa pun berita bahawa S Kunanllan sudah pulih sedikti sebanyak membantu untuk mengisi ketiadaan Wan Zack tadi.

2."Thailand displayed a brand of football which i described as 'one level above' the south east asia quality of football". Ini antara komentar salah seorang blogger sukan tanah air ke atas Thailand. Saudara ada pandangan lain ? HM di level mana ? 

Ini memang tidak boleh kita nafikan. Walaupun ranking Thailand agak merosot teruk baru-baru ini tapi mereka masih relevan sebagai kuasa bola sepak utama ASEAN. Macam kata K Rajagopal lebih kurang, ranking tidak penting. Tengok saja hasil perlawanan peringkat kumpulan dan kita sudah boleh nampak bagaimana Thailand mudah mengatasi musuh tradisi Indochina mereka macam Vietnam dan Myanmar. Kemenangan tipis ke atas Filipina tidak boleh kita terjemahkan sebagai aksi hambar Thailand kerana kita kena ingat bola sepak Filipina sudah banyak peningkatan. Malaysia pula sebenarnya masih dalam proses kembali bangkit dengan pemain muda, majoriti skuad kita dalam AFF 2012 pun masih bawah 25 tahun. Tapi masa depan kita cerah dan dalam 5 tahun akan datang aku yakin kita boleh mendominasi bola sepak ASEAN. Tapi nak pergi ke Piala Asia 2015 tu aku tak berapa yakin.

3.Rajagopal mengarahkan pemain HM bermain secara relax dan tidak pressure bagi menjinakkan Thailand. Selain ini adalah reverse saikologi bagi menenangkan pemain. Apakah sebenarnya yang harus dan patut Rajagopal lakukan terutama meletakkan seorang mastermind bagi menghubungkan jentera pertahanan ke jentera serangan? Sebagaimana Thailand mempunyai Adul Lahsoh sebagai 'otak' kepada team Thailand. Sumbangan Syafiq Rahim saya nampak sedikit mengecewakan. Saudara setuju ?

Safiq Rahim ni lebih David Beckham dari Cristiano Ronaldo. Takat sepakan percuma bola mati bolehlah dia bengkok atau lencong sana sini, tapi kalau nak bawa, gelecek bola sebagainya memang tak berapa pergi. Malaysia ni sebenarnya dari dulu lagi memang dah tak ada playmaker dalam pasukan, main pun masing-masing jarang guna otak. Nasib baiklah dalam ASEAN ni pasukan negara lain pun kebanyakannya macam tu, pasal tu kita boleh makan. Merujuk pada arahan Rajagopal, aku rasa memang kita ni selalu main tak ada pressure dan 90 minit relax aje pun.

4.Siapa yang perlu di kekang dan di extra kawal dalam barisan Thailand nanti ? Kenapa ?

Dua penyerang utama mereka, Teerasil Dangda dan Kirati Keawsombut. Dua penyerang ini kalau tak dikawal memang boleh buat pertahanan Malaysia kucar-kacir. Selain dari itu barisan tengah Malaysia perlu menguasai barisan tengah Thailand terutamanya Sumanya Purisai dan Adul Lahso. Dengar cerita pemain tengah berpengalaman, Datsakorn Thonglao sudah pulih dari kecederaan dan kalau dia turun malam ini memang Malaysia berdepan tugas berat sebab pemain tengah serangan ini sangatlah merbahaya.

5. Ramalan saudara utk game semi pertama ini ? 

Thailand menang 2-0.

Terima kasih atas interbiu ringkas ini.

Tiada ulasan: