1. Kekalahan KKK/TBH kepada pasangan utama Korea , jika di ukur di atas kertas sememannya boleh di jangka. Tetapi pada set pertama , pasangan negara ini seakan mendapat rentak namun gagal membuat penutup yg kemas. Komen saudara.
“Too fancy”
Ye…. itu yang dapat saya katakan… jika kita masih ingat lagi sewaktu diawal kemunculan mereka, mereka menunjukkan persembahan yang memberangsangkan dan bersungguh-sungguh didalam setiap pelawanan dan dilihat memandang serius dengan setiap kejohanan dan permainan. Pasangan ini sekali lagi melakukan kesilapan yang sama hampir untuk setiap kejohanan yang disertai sejak kebelakangan ini walaupun mungkin setiap persembahan mereka berstrukturkan strategi tetapi masih gagal mengadaptasikan multi-tactical change apabila pihak lawan mengubah taktik perlawanan disamping pasangan utama Korea tersebut dikatakan “badi” utama pasangan beregu utama negara itu.
2. Apa kelemahan utama pasangan Korea ini jika dapat diperhalusi utk di ambil peluang oleh pasangan negara ?
Bagi saya kelemahan utama pasangan Korea pada perlawanan tersebut terletak pada Jung Jae-sung dimana beliau banyak melakukan banyak unforced error berikutan proses mengembalikan kecergasan, pukulan dan feel kejohanan setelah bergelut dengan masalah kecederaan berbanding dengan Lee Yong-dae yang kelihatan lebih tenang dengan kelebihan pengalaman bermain untuk acara beregu campuran bersama Lee Hyo-jung. Tetapi pasangan negara gagal memanafaatkan keadaan tersebut.
3. Pasangan negara yang pernah mendapat ranking pertama dunia ini sememangnya sudah mempunyai pakej juara tetapi prestasi seperti yo-yo mereka tetap berlanjutan selepas kejohanan di Doha. Pengurusan mental ketika di gelanggang agak lemah barangkali? Komen saudara ?
Secara peribadinya hanya satu yang boleh saya katakan, pasangan ini telah “over exposed”. Semuanya bermula setelah mereka mencatat sejarah memenangi Kejohanan Badminton All-England 2007 dimana Malaysia telah menanti 25 tahun untuk kemenangan berprestij tersebut yang kali terakhir dimenangi pada tahun 1982 melalui regu adik beradik Razif dan Jailani Sidek walaupun hanya digandingkan pada November 2006. Diikuti pula dengan Sukan Asia Ke-15 di Doha, pasangan ini telah mencatat sejarah memenangi pingat emas bagi Malaysia. Kejayaan demi kejayaan yang diperolehi oleh pasangan ini disamping penghargaan luar biasa negara dan penaung mereka (BAM) menjadikan mereka agak bersahaja apabila bermain selepas itu. Faktor ketiadaan pelapis yang mampu menandingi mereka juga menjadikan mereka terlalu selesa dengan kedudukan mereka sekarang. Ya saya bersetuju dengan saudara… pengurusan mental yang agak lemah oleh pasangan ini.
4. Gerakan lambung ke belakang pasangan negara ini seakan2 tidak boleh di buang. Ini memberi lompong2 kepada pasukan lawan utk mengutup mata demi mata. Di samping kesalahan2 unforced error yang sepatutnya dikurangkan pada game semi final Olimpik yang lalu. Ada sisi lain kelemahan regu negara yang dapat dikongsi ?
Sepertimana yang saya katakana sebentar tadi, mereka masih gagal mengadaptasikan multi-tactical change apabila pihak lawan mengubah taktik perlawanan. Tidak seperti pasangan-pasangan regu yang lain sebagai contoh pasangan China yang sangat pantas dan bijak menukar taktik perlawanan pabila ketinggalan. Satu contoh yang perlu diperhalusi.
5. Setuju atau tidak regu utama negara ini dipisahkan ? kenapa ?
Pada pendapat saya tidak untuk masa sekarang berikutan pasangan kedua terbaik negara Lim Khim Wah/Goh Shem hanya berada diranking ke-24 dunia mengikut BWF berbanding ranking Koo Kien Kiet/Tan Boon Heong ditempat ke-7. Jurang tersebut sangat jauh dan untuk menempatkan pemain Malaysia diranking sekarang, pasangan tersebut tidak boleh dipisahkan selagi tiada pelapis yang benar-benar dapat memberi cabaran diperingkat antarabangsa.
6. LCW sudah mempamerkan corak permainan yang sepatutnya selaku bergelar pemain handalan dunia. Namun LD ternyata lebih unggul. Setuju atau tidak kedua pemain ini hampir sama level tetapi LD mempunyai sedikit kelebihan titik perpuluhan . Boleh saudara huraikan ?
Bagi saya, mereka berada didalam kelas tersendiri yang sama. Tiada pemain lain berada didalam kelas mereka mahupun Chen Long. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa perbezaan diantara mereka adalah Dato Lee Chong Wei telah menghampiri kehebatan dalam prestasi permainan dan bagi Lin Dan pula, beliau telah menghampiri kesempurnaan dalam prestasi. Selain daripada itu, Lin Dan memiliki kelebihan dari segi kekuatan mental hasil dari struktur latihan berorientasikan tentera.
7. Adakah saudara optimistik kita bakal melahirkan satu lagi LCW 4 tahun lagi utk Olimpik sebagaiman team China sudah menyediakan Cheng Long ?
Ya.. saya yakin Malaysia bakal melahirkan satu lagi pemain hebat dan bukannya satu lagi Dato LCW. Kita tidak dapat bandingkan kehebatan Dato LCW dengan mana-mana pemain negara lagi buat masa sekarang kerana sememangnya Dato LCW merupakan lagenda. Memetik kata-kata bekas jurulatih yang bertanggungjawab membawa Dato LCW ke peringkat seperti sekarang, Dato Misbun Sidek, Dato LCW merupakan seorang pemain istimewa dan amat sukar dicari ganti. Faktor yang boleh merealisasikan Malaysia melahirkan pemain hebat adalah dengan memberikan pendedahan yang lebih kepada pelapis-pelapis negara. Pengurusan tertinggi badminton sekarang dilihat hanya menumpukan kepada hasil dan kejayaan pemain-pemain tertentu sahaja tetapi tidak kepada pembangunan dan penyediaan pelapis.
8. Misbun kembali ke arena coaching negara utk memberi harapan kepada sukan badminton negara ? Saudara ada pandangan lain ?
Ya… saya amat setuju dengan pendapat saudara. Kita tidak boleh membiarkan satu-satunya jurulatih berpengalaman begitu sahaja tanpa memanafaatkan keistimewaan beliau hanya kerana masalah dalaman pengurusan tertinggi badminton negara. Sesuatu perlu dilakukan oleh mereka dan banyak “pengorbanan” perlu dibuat demi kemajuan sukan badminton negara.
9. Regu campuran pula tidak memberi saingan dalam Olimpik kali berbanding kejohananan dunia sebelum ini. Adakah masih belum cukup pendedahan ?
Ya… pada pendapat saya Chan Peng Soon/Goh Liu Ying masih belum cukup pendedahan kejohanan kompetatif profesional diperingkat antarabangsa walaupun sudah digandingkan sejak 2009. Mereka dilihat mempunyai masa depan yang cerah untuk memberi saingan diperingkat dunia jika berterusan diberi peluang beraksi. Rekod persembahan mereka pada penampilan sulung dalam saingan Olimpik tidak boleh dijadikan alasan bahawa mereka masih belum bersedia tetapi menjadi petanda bahawa mereka boleh berjaya jika diberi sedikit masa lagi. Dapat melayakkan diri ke Olimpik dengan merit dan menduduki ranking ke-8 dunia membuktikan pasangan ini sedang mempersiapkan diri untuk memberi cabaran dan membuka mata pasangan handalan dunia yang lain. Sama-sama kita doakan mereka berjaya kelak.
10. Jika BAM masih berentak sama dalam mengurus, apa yang saudara dapat lihat 4 tahun akan datang dalam sukan badminton ?
Mudah… seperti yang saya katakan tadi, jika BAM masih berentak sama dalam mengurus samada masalah dalaman atau pembangunan sukan, kita tidak mungkin dapat melahirkan pemain-pemain hebat yang lain selain hanya mampu mengerah tenaga lagenda negara. Jangan terkejut jika pada Olimpik Rio 2016 nanti kita mungkin tidak akan nampak kelibat Dato LCW atau mana-mana wakil negara lagi beraksi, siapa tahu.
Mohd Hafis Ahmad merupakan seorang yang makan gaji. Namun begitu tidak menghalang beliau untuk menceburi sukan badminton dan seringkali di lihat memasuki kejohanan badminton sekitar ibu kota. Beliau tetap optimistik untuk melihat Malaysia kembali menjadi gergasi badminton satu hari nanti. Beliau boleh dihubungi di putrahafiyspace@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan