29 Mei 2012

Cerpen Indie #24 : Guru Saya.

PROLOG

“Cikgu, nahh...”, Rahimin menghulurkan 3 cebis kertas kajang kepada cikgu Mazanah, guru Bahasa Melayu.

Mengesot2 kening cikgu Mazanah ditambah lagi dengan pancaran terik mentari. Gincu tebal yang menghiasi munggir bibirnya sedikit sebanyak memadamkan kegelisahan jiwa Rahimin, si murid nakal yang bertaman di hati itu.

“Apa ni , Rahimin ?”, cikgu Mazanah menyoal tenang.

“Karangan saya , cikgu ,harap cikgu boleh tanda write dan berikan sepatah dua komen yang membina”, ikhlas jawapan Rahimin.

Bibir munggir Cikgu Mazanah sedikit menguntum senyum.

“Baiklah, nanti cikgu komen”.

Kertas bertukar tangan. Kelibat Cikgu Mazanah sedikit demi sedikit sirna di pandangan mata Rahimin. Rahimin berharap benar karangan epik beliau itu mendapat suntikan semangat. Peperiksaan SPM sedikit hari lagi akan keluar memunculkan wajah. Mungkin ada yang suka tidak terperi. Akan tetapi manusia bernama Rahimin tidak peduli semua itu. Yang penting karangan beliau di tanda oleh cikgu Mazanah. Setelah sekian lama, dia membuat kes demi kes di sekolah, kali ini Cikgu Mazanah tidak lagi bengis dan kejam memberi denda dan penampar kepada murid.

Bak kata orang tua “Jika kita berbuat baik, orang pasti akan berbuat lagi baik dari kita.”
Tak best langsung kan , pepatah tu ? memang lah, gua reka sendiri je....

Dalam memerhati kelibat Cikgu Mazanah yang menjadi rebutan ustaz2 di sekolah Rahimin, Harun menyigung pangkal ketiak Rahimin seraya bertanya.

“Aok hantar surat cinta ke tadi ? “
“Tidak, malah lebih dari itu, malah ini masa depan koi...”, Rahimin menjawab sambil memeluk tubuh kurusnya.

“......”, Harun tidak berkata apa. Mungkin Harun menganggap Rahimin sudah gila.

Rahimin terus berdiri. Karangan yang dia buat sendiri bukan dengan suruhan sesiapa kini berada dalam dakapan Cikgu Mazanah. Dia puas.

BAHARU

"Siapa nama cikgu baru kita tu ?"
"Mazanah tapi kawan dengor dia tu garang nak mampeh, silap sikit nak menampor aje."

Berdesap desup khabar angin berlegar di sekolah menyambut kedatangan guru baru Bahasa Melayu yang dikatakan bernama Cikgu Mazanah itu. Semacam prosedur standard, cikgu yang baru pasti akan di diagnose segarang mana, secantik mana, sesempoi mana, selembap mana dan 1001 spesifikasi yang lain.

Waktu matapelajaran BM telah tiba. Seperti yang di janjikan , Cikgu Mazanah masuk dengan sopan , lengkap dengan aksesori seorang gadis. Bertudung litup, bermekap sederhana, dan ....

"Saya Cikgu Mazanah...mulai hari ini .. saya akan .....kamu semua hendak lah....Baiklah .. kita mulakan .. dengan muka surat....."

Ye! standard sahaja intro dari cikgu baru ini. Mungkin dia baru sahaja keluar dari Maktab Perguruan, maka sekala teori2 hendak di keluarkan. Dan ia menjadi seperti drama kanak2 , tidak neutral.

Rahimin suka akan itu. Dia memacakkan dagu dengan kedua tangan sambil tersenyum memerhatikan gelagat cikgu baru ini. Masa menjadi begitu singkat.

PITAM

"Awak tak apa apa , Rahimin ?"
Rahimin pucat seperti mati.

Perbarisan hari Isnin berjalan seperti biasa walaupun tadi sedikit gempar kerana Rahimin tiba2 pitam lalu terjatuh di tengah2 khalayak. Beberapa orang murid mengangkap jasad kurus Rahimin ke kelas yang berdekatan lalu....

Cikgu Mazanah datang memberi pertolongan cemas. Dia membuka butang2 kemeja Rahimin. Mungkin utk memberi pernafasan yang baik untuk Rahimin.

"Awak semua jangan duduk rapat2 , nanti sudah dia nak bernafas." Cikgu Mazanah menegah beberapa orang rakan Rahimin yang se akan akan mahu menjadi hero padahal tak tahu apa dalam ilmu pertolongan cemas.

Dalam pitam , Rahimin tersenyum senyum.

SENYUM. :)


"Min", Harun berteriak di luar kelas tatkala waktu rehat.

"Ngape weh ?"

"Cikgu Mazanah nak jumpa aok kat bilik guru, ntah mende hendoknya...", Harun prejudis.

...
...

"Karangan awak bagus, cuma ada sedikit point tu macam meleret2 dan kurang isi. Pastikan huraian jangan lari isi utama, Walaubagaimanapun , tahniah saya ucapkan", Cikgu Mazanah menguntum senyum. Dari kejauhan Cikgu Salleh , guru displin menjeling jeling.

"Terima kasih , cikgu ...", ujar Rahimin.

Itulah ucapan terakhir Rahimin kepada cikgu Mazanah sebelum SPM menjelang. Selepas itu, cikgu Mazanah hilang entah di mana. Mungkin bertukar tugas ke tempat lain. Prosedur biasa bagi seorang guru. Rahimin berasa tuhan menghantar cikgu Mazanah untuknya.

Rahimin mendakap karangan ke dada. Selang beberapa minit dia mendongak ke langit.

"Terima kasih tuhan!"

Rahimin tersenyum.

.....
Yg lain lain 
Syarul

1 ulasan:

ieda_nms berkata...

salam..

macam kenal je cikgu salleh tu..
macam kenal je cikgu marzana tu :)