Langit kembali memetang. Beransur2 gua memulas trotel motor mahu pulang ke rumah setelah seharian asyik berkeretup keretap dengan papan kekunci. Kerja nya tak siap2 juga. Kalau siap awal awal , esok gua nak buat apa ye dak ? Jadinya , buat man man aje la. Tak jadi jutawan kalau efisyen tahap kerja pejabat Google sekali pun. Kat Malaysia ni , orang tak berapa hargai nilai seni.
Lebuh raya tiba2 menjadi macet. Amat tidak cucuk sekali , di waktu ini sepatutnya gua bermotoran dengan santai lagi lancar.
Satu per satu , keretan dan jentara lain gua pintas. Tidak juga mendapat punca.
"Kemalangan barangkali", hati berdetik. Faktor klise.
Cilakak! Ni apa kes prentan petang2 baru terhegeh2 nak belajar kereta. Tak belajar sosio-budaya ke ? Bukan kah ada waktu seperti 1 pagi ? 2 pagi ? 3 pagi atau waktu syuruk utk belajar memandu ? Jam 5 ni, ibarat menadah baldi mengutip taburan maki.
...
...
2001, 4:30 petang.
Berbekalkan tshirt dan jean bundle , gua menyusur laju ke sekolah memandu Pak Manap di Kelana Jaya. Dengan komitmen yang tak berapa banyak, tidak banyak panggilaan telefon dari isteri , anak, sepupu, mak mertua, abang ipar sepanjang perjalanan ke sana. Gua pun belum berkahwin ketika itu. Umur pun dah lanjut juga, cuma baki akaun kat Tabung Haji tak berapa padu nak petik anak dara orang. Hukum hakam rasanya nak cover terutama bab hadas besar.
"hah ! dah sampai ?", tegur brader driving school segak lingkungan umur awal 40-an . Gua dah terpacak depan mata , nak tanya lagi gua dah sampai ke tak.
"ye bang !", gua jawab sambil tangan seluk kocek ala2 James Dean.
"jom!", ringkas ajakannya. Jika anak murid nya perempuan urban berskirt singkat berkaki panjang, gua tak pasti apakah ayat nya. Mungkin berpantun2 sampai 8 pembayang sambil berbelit2 di dahan pokok. Gua agak je la. Tapi gua rasa dia ok , komited pada kerja dan takut neraka.
Jalan raya menuju ke pusat periksa JPJ di Puchong lancar sekali. Barangkali warga2 kota sudah masuk opis dan jalan raya berbaki sedikit dan mampu memberi ruang kepada kancil kami bergerak seumpama di iringi kereta peronda.
"Ko tengok abang , apa ko nampak ?", tiba2 soalan merepek keluar terpacul dari brader driving school.
"saya nampak abang segak je la.."
"Kamu memang pandai." "Sebab tu , abang kahwin dua. Perempuan suka lelaki yang segak dan kemas. Sebab tu perempuan Melayu ramai ikut Bangla. Ko tengok mamat bangla ngan ko, mana lagi smart ?"
Gua tunduk memandang tuas gear kancil sambil mengancing gigi.
"Ko nak segak, tak perlu duit ribu ribu." "Beli seluar slack dan kemeja berkolar di pasar malam sudah memadai"
Brader driving school semakin galak memberi ceramah perdana. Gua pun tak pasti sekarang, gua pergi test JPJ atau kursus kawin.
....
....
Petang itu, gua gagal test jalan raya kendatipun gua lulus dengan warna terbang untuk test bukit dan parking. Brader driving school tertunduk tunduk melihat jambul pada bucu cermin sisi kancil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan