26 September 2011

cerpen indie #16 : Tap! Tap! Tap!

Tap! Tap! Tap!

Atap zink yang sebahagian besarnya sudah berkarat berkeletuk keletak menerima hukum graviti alam. Sakit pinggang gua duduk dari tadi membuat karipap. Tiba masa gua membuka tingkap. Biar angin malam masuk semahunya. Dengan setting tidak berbaju dan berkain pelekat, gua duduk di birai tingkap melihat bayang2 titik hujan di dalam gelap. Kalau lah hujan bersifat glow in dark, nescaya kucar kacir la dunia. Sesungguhnya Allah Maha Memikir atas setiap kejadian ciptaanNya.

"Buatnya sikit, rehatnya banyak...cepatlah uli tepung tu", teriak mak dari bucu dapur. Berkelechir minyak masak bersilat dengan karipap2 baru. Jika karipap itu bisa bercakap, maka mengadoi ngadoi la ia sakit tidak terperi. Itu baharu secebis panas dunia, bak kata pujangga.

"Alaa...mak! kasi la orang muda bermadah pujangga melihat titik hujan menimpa bumi ini. Arakian sudah lama kita tidak merasai nikmat sejuk sebegini"

"Pujangga kepala Netanyahu kamu!! Esok mak nak berniaga, duit berniaga ni nak tuang minyak motor aok nak ke sekolah, bila aok ke sekolah , aok boleh ambek SPM, bila ambek SPM, aok boleh ke universiti macam anak Cikgu Hassin tu, bila aok ke unive..."

"Ye la Ye laa....saya buat aa nih...."

Dengan gaya jalan teramat malas ya rabbi, gua kembali ke stesen kerja.

"Mak!"

"Mendeeeeeee ??",

"Kalau saya dapat ke universiti nanti, saya nak belajar kat Seattle mak ek?"

Dapur rumah gua makin gamat dengan suara tune tinggi mak pada malam itu.


Tap! Tap! Tap!
Atap zink yang sebahagian besarnya sudah berkarat berkeletuk keletak menerima hukum graviti alam.

3 ulasan:

bofoyengfeng berkata...

pergh..seattle tu...
hehe..terasa sungguh kertkobin..

Unknown berkata...

kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

terbaekkk gunx