Tertera satu tulisan. Gua amat kenal dengan tulisan itu. Room mate gua punya. Dia memang concern mende2 halus sehalus hari jadi ni. Secara peribadinya , inilah hadiah pertama gua sempena kelahiran gua kali ini. Cilakak, ada rupanya scene bagi hadiah hari jadi kat Malaysia ni rupanya. Ingatkan kat Arab je macam dalam cerita Ahmad Albab. Cuma janganlah sampai dia art sangat beri hadiah gula dan garam. Itu memang tak kelakar la di saat gua tengah barai tak de duit nak ke Alor Setar ni.
OK, secara jujurnya memang keluarga gua tidak into sangat scene hari jadi. Kalau Hari Raya dan Hari Hol Pahang , biasanya mak akan masak lebih sedikit. Kalau beli kek lagi la tak penah. Mungkin asal usul keluarga gua dari keturunan pahlawan agaknya. Kalau keturunan raja2 atau campur bunian mungkin ada la kot jenis2 beli hadiah, agaknya.Mungkin dulu sibuk sangat berperang dengan penjajah , makan pisang , makan ubi, makan nasi seminggu sekali je. Mana ada masa nak tiup lilin dengan pakai topi Harry Porter ye dak ?
OK, room mate gua ni macam gua juga sebenarnya , grunge runcit2 juga. Masa gua masuk2 mendaftar dulu, dia bawa kotak berkoyan2. Gua harap janganlah ganja atau pil kuda. Tak elok prentan belajar jadi usahawan pil kuda. Kotak di buka , perlahan2 dia menyusun kaset2 yang tajuknya tak berapa nak Melayu. Gua rasa 80% dari Amerika, 15% dari Sweeden dan 5% dari Malaysia. Itu pun pasal dia minat Sheila Majid. Bukan Shiela Mambo tahu ?
Jadinya, gua pun hidup la rukun damai dengan dia. Oh ya, kita samarkan nama dia sebagai Boris Becker. Boris Becker orang kedah. Daripada dialah gua tahu sikit2 nak tipu peniaga Bukit Kayu Hitam bila nak membeli baju siam. Kalau cakap slang Maran, nanti dia sembelih la gua. So, cakaplah utara deraih2.
Ada masa gua gaduh, ada masa gua ok dengan Boris Becker. Tapi secara keseluruhannya, Boris Becker ni amat baik dan pandai menyesuaikan diri dengan budak kampung macam gua ni. Saban hari pulang dari kelas, Boris Becker akan memasang lagu2 keras seperti Nirvana, Guns n roses, Hallowen, Iron Maiden dan apa2 sahajalah asalkan bunyinya menderas sampai ke gegendang telinga. Dengan berlatarbelakang pengajian di MCKK, pusat pengajian ternama negara, gua syak dia ni tak penah couple2. Ye lah sekolah jantan, nak couple sama jantan , memang mengundang petir di kala tengah hari la jawabnya.
Akan tetapi, pada suatu hari yang sejahtera, seperti biasa pulang dari kelas, gua terjun tiruk ke katil utk urusan tidur petang. Sebelum tidur , gua angkat kepala ke katil sebelah. Boris Becker sedang termenung dan mengira2 kelopak bunga ros. Pap! dia tekan butang play pada alat mainan kaset. Masa tu mana ada mp3 beb !
Peh...
I Live My Life For You - Firehouse.
"Band grunge mana ni , mate ?", gua buat2 manis mulut memulakan perbualan.
Boris Becker terus mengira kelopak bunga ros sambil tersenyum pada dinding. Seolah2 gua dan dia berada dalam dimensi yang berlainan. Maknanya sekarang , kalau gua seluk poket seluar dia ambil duit, memang dia tak sedar. Tapi sebagai menjaga status Sekolah Agama Maran, gua tahan tak mencuri. Perut lapar juga tapinya. Tak makan kang, menangis mak gua dengar. Tapi anak jantan kena bertahan. Dah adat merantau, kene lah fikir ligat sikit nak hidup ye dak ?
Sebagai konklusi nya , gua syak Boris Becker dah jatuh cinta. Semenjak dari itu, kaset yang 80% dari Amerika, 15% dari Sweeden semakin berabuk dan terbiar. Kini hanya I Live My Life For You - Firehouse di ulang pasang sampai gua pun boleh sing along sekali.
3 bulan kemudian.
Tanggal 23 Disember , hari jadi gua. Gua tak rasa apa2 pun. Sesampai di bilik, gua nampak ada bungkusan.
"Selamat hari jadi mate - Boris Becker ".
Perlahan2 gua buka disertai dengan hati yang berdebar. Dari segi bentuk dah ada gaya2 walkman Sony yang gua sangat idam2kan tu. Tapi relax gunx! relax ! Mana tahu datang gila Boris Becker ni beli walkman Sony.
Cilakak, apa jenis art hadiahkan gua krim pemutih Fair and Lovely nih ? gua syak Boris Becker dah clash , itu pasal dia bergurau tak tentu hala ni gamaknya.
entry peserta lain : (SILA KLIK !!)
zalila : http://bit.ly/l9OMVT
sarul : http://bit.ly/kdIV9S
pelita minya tanah : http://bit.ly/it59vA
hadi : http://bit.ly/mNHHvi
sarul : http://bit.ly/kdIV9S
pelita minya tanah : http://bit.ly/it59vA
hadi : http://bit.ly/mNHHvi
2 ulasan:
sedak sedak...errr...apa hasilnya? sekarang ni garnier pun ada deodrant yg bleh putihkan ketiak... elok gak kalau ko cuba... nti org rumah ckp "eee...abg nmpk comel laaa"
salam..
miza suka amat pakai fair & lovely mase sekolah dulu...aok tak join sekali ke? hihiii
Catat Ulasan