26 Mei 2011

Keajaiban2 dalam membikin filem pendek.

1-Terima kasih kepada isteri tercinta yang memahami akan niat gua ini. Terima kasih tuhan atas keajaiban ini.

2-Pertolongan tuhan menemukan gua dengan bakat2 yang tidak disangka. gua pilih A , tuhan menunjuk B. gua akur dengan kehendakNya. Yang tidak tahu, ditahukan. Saling menunjuk ajar. Tidak ada rasa ingin ke atas memijak2 yang lain.

3-gua secara default merupakan insan yang gersang poket tetapi infiniti kehendak seperti manusia2 lain. namun , dalam projek Lambaian Marmara (LM), gua di ketemukan dengan insan2 yang ikhlas hati menghulurkan sejumlah wang kepada orang yang tidak di kenali seperti gua. Gua rasa ini keajaiban.

4-projek indie sememangnya menuntut akan pengorbanan yang tinggi. Daripada berpanas berkerumun di Ukay Perdana, Kelana Jaya dan juga Kota Damansara sehingga larut malam, maka lebih baik agaknya mereka berlibur melepaskan lelah 5 hari bekerja. Namun......gua di ketemukan dengan manusia2 ajaib ini.

5-Cuaca merupakan satu nikmat. Bagi pembikin filem, hari yang terang dan cerah amat2 di nanti. Namun setelah segala yang dirancang hendak di mulakan, awan berarak kencang, meggelap lalu mencurahkan bumi dengan tangisan alam. Ketika ini , hati siapa yang tidak kerayan. Gua berdoa, tolonglah Tuhan, gua insan kerdil. Hanya ini sahaja kesempatan yang ada. Keajaiban berlaku lagi, cuaca mula menyinar dan hanya rintik2 menghempap pipi.


cilakak, apa gua merepek ni ?

6 ulasan:

makwe joni berkata...

wow!

Unknown berkata...

citah, jangan percaya sangat apa yang gua tulis nih... :)

makwe joni berkata...

ok. fine. gua buat-buat tak percaya. walhal gua percaya 100%.
keh3

Hashim Zabidi berkata...

lu salu sangat merepek, gua tak faham.

Tanpa Nama berkata...

aku rasa dia ni salah aliran la masa kat uum dulu

Rohie Husain berkata...

aliran sebenar dia ni macam faizal husin tu sebenornyerr....