29 Jun 2011

cerpen indie #10 : Alam Fantasi Apakah Ini ?

"Hah! pergi! pergi!", jerkah mak tiri gua, mak cik Zalila.

"Degil macam ntah apa budak ni ? karang makan dek pokok tu padan muka , tak ambil PMR la aok...! tak de sijil la , sapa nak kawin dengan aok te ??", bertambah2 amarah mak tiri gua. Marah macam tak de hari esok. Tak de reserve2 dah. Muka dia dah merah macam warna dia malu. Jelas urat di tepi dahinya. Itu tandanya marah peringkat nirvana.

Gua terjun tingkap. Padahal dah maghrib.

"Mentang2 ayah aok tak de. Aok buat mak ni macam ni ekkk ? Tertekan tahu , tertekan tahu..."

Eleh...gua tahu dia lagi suka kalau gua berambus dari rumah tu. Mentang2 ayah gua kaya. dia kawin pun bukan pasal cinta. Haji Salman, bapa gua sapa tak kenal dalam Kampung Seri Fesbuk ni. Estet beratus2 ekar, ladang sawit lagi, kebun getah lagi. Tu tak campur dengan dusun durian, manggis, langsat, duku, kundang...eh ! tak kan gua nak senaraikan semua kat sini. Tak aci la pulak nanti. Panjang pasal nama buah je kan ?

Jadinya, mak tiri gua skrang ni, dia ni macam berlakon je sayangkan gua depan ayah gua. Semua orang kampung tahu. Tapi ayah gua , macam biasalah cair dengan perempuan. Macam gua juga.

Ntah kenapa mak tiri gua betul2 marah maghrib tadi. Kes nye kecik je. Gua nak layan Doraemon dulu. Tapi mak tiri gua suruh mandi dan solat maghrib. Sebagai anak jantan , gua rebel2 la sikit...tak kan nak ikut juga...

"PEGI MANDI SEKARANGGGGGGGGGG!!", mak cik Zalila meninggikan suara. Kontra sekali kalau berhadapan dengan Haji Salman. Siap bersimpuh lagi kalau nak cakap. Eee....geram2..

"TAK NAK MANDI, PEGI KELUAR SEKARANG.....BIAR TANGKAP DEK HANTU KOPEK KAT POKOK BESAR BELAKANG RUMAH TUUUU...KELUAR ! KELUAR!"

Peh! dengan linangan air mata , gua summer sault ikut tingkap.

"YE ! YE ! biar Rizal mati, biar mak cepat kaya kaut harta ayah...Huwahhh....!"

Umur gua yang masih 9 tahun ketika itu sudah sedikit sebanyak mengenal erti kehidupan. Dengan langkah longlai, gua bersandar pada pokok besar yang di katakan berpuaka itu. Gua ni bab2 mistik kurang into sangat. Jadinya gua buat2 relax je la...sambil tumpukan perhatian pada nangis gua tadi.

Sedang gua menangis , tiba2 ada cahaya.

Tit! tit! Tit! Tit!

Oh sms rupanya. 1 new message. Open.

"Sila taip ON LETUP dan hantarkan ke 32267 utk menaikkan keyakinan diri dengan rambut yang lebat."

DELETED.

Cilakak! sempat lagi iklan produk rambut prentan2 Maghrib ni. Dasar kapitalis.


Pap! tiba2 pandangan gua gelap. Angin tiba2 tune jadi deras menderu. Satu tangan berbulu memeluk dari belakang dan nah! gua di sedut masuk ke dalam batang pokok besar itu.

ARGHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!


...
...

Langit berwarna ungu tenang di atas. Kerbau2 berkaki dua terbang beramai2 membentuk huruf V. Ikan2 berkaki empat mengunyah rumput di ladang. Monyet2 menyelam2 seolah sedang mengejar sesuatu.

Gua menelan air liur dan kali ketiga menggosok mata.

"Ku ku ka ka ki ku ke ke kema ???" , tiba2 gua berdialog dalam bahasa yang asing.

"Hah ? apa aku cakap ni ? ", berkata gua dalam hati. Nasib baik kata hati masih sari kata Melayu.

"Ha mi mu ka ka mis ke" (Ko ni di alam Dora Dora sekarang!), bergema satu suara dari dalam semak. Ntah2 dia pakai mikrofon tak ?

"Ha ki ?" (Ye ke ?), jawab gua sambil menggaru2 kan kepala.

"La ti ku ma sa ka tu ya ?" (Ko tak suka mak ko kan ?), suara itu berkata lagi.

"Ka ka mi ?" (Mana awak tahu ?)

"Hu Hu Hu " (Ha ha ha ). ceh ! dia gelak rupanya.

Semak2 bergegar. Selang beberapa ketika, keluar satu jasad yang begitu membingungkan rupa parasnya. Badan nya setinggi pokok kelapa, berkepala dua , bergigi tiada, berambut ikal hingga ke punggung, berkaki seperti tripod kamera. Apa jadah punya design ni , gua pun tak tahu.

"Ka tu ji me ka ka fa ga nu nu ki ki. Ga ga hu!!" (Walau macam mana jahatnya dia , dia tetap mak kamu. Ingat tu !!)

Sekonyong2 gua seolah2 di sedut ke atas. Pandangan menjadi gelap. Jeritan gua menjadi kelam. Tidak lama kemudian, satu suara sayup2 terdengar.

"RIZAL !! RIZALLL!!! MANA KAU ??"

Ya ! makin jelas kelihatan. Badan gua di goyang2.

"Oh ! anak ku Rizal , mujur ko selamat...oh ! anak ku", mak tiri gua memeluk erat gua tanpa segan silu. Patutlah baik sangat, Haji Salman ada sekali. Selalunya , memang gua kene rotan je.

Panorama pokok itu begitu cantik sekali. Gua di bawa oleh ibu tiri dan ayah gua ke rumah. Gua berpaling ke belakang dan tersenyum.

"Hey! binatang berkaki tripod, esok kita jumpa lagi ye"

THE END.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kureng asam.....jaga...jaga, tunggu serangan seterusnya.

Unknown berkata...

kah kah

Hashim Zabidi berkata...

gua rasa lu punya angan-angan sudah sampai tahak membimbangkan. Beristighafar banyak-banyak Rizal. Kamu anak yang baik.

Unknown berkata...

pak ngah...suka2 je ni....

Tanpa Nama berkata...

lepas ni aku nak wat cerpen rizal di alam fantasi