"Siapa abang yang tengah2 antara Jebat dan Tuah tu , papa ?"
"Erhmm...Menurut sejarah , nama dia Roslan Bahri"
"Tapi papa, kenapa baju yang dia pakai tak sama macam Jebat dan Tuah pakai? "
Jelas kelihatan arca gangsa di galeri Hang Tuah menjadi tumpuan ramai. Terutama pelancong asing. Ia sudah di daftarkan sebagai salah satu bende ajaib dunia. Gambar Hang Tuah dan Hang Jebat berjabat salam sambil membuat logo 'Peace' (baca : jari telunjuk dan jari hantu dinaikkan.) Sementara itu , di tengah2 kelihatan watak seorang pemuda duduk bersila , tersenyum manakalanya sebelahnya pula kelihatan seperti sebuah alat mainan atau yang lebih tepat lagi sebuah mesin.
"Itu ayah tak pasti nak, tapi apa yang papa dengar, pihak arkeologi masih lagi mengkaji dan tidak lagi menjumpai kenapa ia terjadi demikian."
"Sudah la , papa dan mama dah lapar ni...jom kita ke kafe ?"
"Ais krim ?", pinta si anak.
"Of course , you can.", si bapa merestui.
Seorang warga emas yang sejak dari tadi berdiri teguh di arca gangsa Hang Tuah perlahan2 mengangkat muka dan tersenyum. Ada sebab dia berkelakukan demikian barangkali. Perlahan2 dia membuka topi dan membuka beg galas nya. Mesin misteri itu masih miliknya.
2011, Pusat Sain Seri Budi.
Kelihatan pekerja sedang serius bekerja sampai tak ingat nak makan dan berfesbuk. Alaa..bos bernama si Prof Roslan Bahri tu ada sebenarnya. Kalau dia tak de , masing2 sibuk update status setiap 10 minit. Kerja tak siap2. Macam harem.
Tersergam satu mesin bersaiz tempat karaoke 'jamban' di sudut tengah.
"OK, ini lah masa yang di tunggu2 oleh dunia.", jerit Prof Roslan hingga mengejutkan semua orang. Memang perangai dia suka menjerit walaupun apa yang dibuat itu tak de la seberapa sangat power dia. Tapi pekerja2 dia pun faham situasi Prof Roslan. Dia mencari semangat bekerja. Projek mesin masa dia dulunya gah kerana mendapat tumpuan kerajaan. Dia mendapat dana 1Belia 20 juta. Habis semua peserta program realiti Satu Impian kat TV3 tu dia tapau. Sampai sekarang jugalah pelakon teatar Fazleena Hishamudin selalu mengeji Prof Roslan dalam laman blog beliau. Tu pasal bengang pasal projek rancangan TV Palaroid dia tak dapat dana la tu.
"Tekan enter sekarang. Kita akan mencuba masuk ke zaman Hang Tuah. Tekan enter sekarang."
Zalila Isa, seorang kerani yang berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Islam menguap2 menekan butang enter. Sudah 2 tahun , kerja dia hanya menekan butang enter. Ternyata dia sekarang bapaklah boring hendak meneruskan kerja bangang lagi sangap ini. Dari jam 8:30 pagi sampai 5:30 petang, itu sahajalah kerja dia. Enter! Enter ! Enter ! sampai orang dah panggil dia Zalila Enter. Tapi dia jenis pasrah. Dalam diam2 , dah berapa ramai pekerja Pusat Sain Seri Budi menjadi downline produk pelangsing badan yang tidak diiktiraf Kementerian Kesihatan itu.
"Ye la ye la ! kejap2 ", Zalila menjawab dalam keadaan bermalas malasan. Dia merenjis2 jari jemarinya dari saki baki kerepek Twistees ke lantai. Ya ! dah setambum sisa2 Twistees kat ruang kerjanya.
Tutt Tuttt.. Phow ! Phow! Tutt....Pe le powwww !"...
Kelihatan asap berkepul ke udara. Prof Roslan Bahri keluar dari mesin masanya dalam keadaan terhuyung hayang. Rambutnya yang panjang mengerbang ke atas seakan2 terkena kejutan elektrik.
Spalsshshhh...!!
Serta merta sebaldi air di simbah. Ya! itu rutin biasa. Ini percubaan kali ke 312 dari Prof Roslan Bahri. Memang dah tahap hopeless sebenarnya. Tapi staf2 dia sebenarnya layan kan aje. Asalkan gaji tak sangkut.
"OK , ini percubaan terakhir dari saya. Jika kali ini gagal, saya nak masuk tarikat.".
Suasana di Pusat Sain Seri Budi hening seakan malaikat lalu. Ini memang dah tahap serius. Staf2 semua berkedudukan 'pause'. Yang mana sedang menuang air, air sudah melimpah hingga ke lantai. Yang mana sedang bergincu, gincu dah terbabas ke pipi. Yang mana sedang berhadas, lupa nak beristinjak. Yang mana sedang update status fesbuk, lupa nak tekan enter. Tu Zalila la tu.
"Gantikan bateri AAA tu dengan alkaline dan sekali lagi tekan enter."
Zalila menukar bateri dan sepantas kilat menekan enter.
Mesin masa berbunyi nyaring tidak seperti biasa. Lampu2 di Pusat Sain Seri Budi terpadam dan menyala berselang seli. Prof Roslan Bahri menggeletar dan serentak dengan itu, satu cahaya berwarna kuning membelit badan beliau. Secara perlahan2 jasad memecah menjadi molukel2 halus dan ......
Zerassssssssssssssssssssssssssssssssssss!!
...
...
"Siapakah gerangan tuan hamba mengganggu urusan kami ? Turun sekarang! Turun! Sunguh tidak beradab sekali tuan hamba"
Prof Roslan Bahri duduk di atas bahu seorang pahlawan. Seolah2 macam acara sukaneka tahunan tadika. Dalam keadaan khayal, dia menggosok mata.
"Kat mana aku ni ?"
"Yeahhhhhh...rasakan jurus hamba ini , Tuah !", seorang lagi seperti pahlawan menerjah ke arah Prof yang kebetulan berada di atas pahlawan yang satu lagi yang di katakan bernama Tuah.
"Hahhh!! What ?? Tuah ??? "
Dalam keadaan bersusah payah mendukung Prof, Tuah melawan.
"Kau ni Hang Tuah ke ?"
"Ye ! Hamba Hang Tuah. "
Memang stailo Hang Tuah boleh menjawab sambil melawan. Macam Lee Chong Wei boleh reply sms kalau lawan badminton dengan Hafiz Hashim.
"Yahoooooooooooo......aku dah berjaya!!", jerit Prof Roslan Bahri.
3 ulasan:
i likeeeeeeeeeeeee....nok share dlm fesbuk. (setiap sepluh menet update status)
sila sila...
sedak...sedak....
Catat Ulasan