23 Mei 2011

cerpen indie #8 : Baru ko tahu aku siapa !

Kayuhan basikal aku terhenti. Aku memandang ke kiri dan ke kanan mencari suara.

"Tolong....Tolong!!". Laungan itu semakin menderas.

"Ini tidak boleh jadi", getus ku.

Gua pun seperti biasa melajukan kayuhan untuk segera ke tempat kejadian, Tidak jauh rasanya, kerana suara laungan tersebut amat jelas sekali. Rasanya kat belakang bangunan tu ajer. Dalam berani2 tu ada juga debar. Maklumlah dah lama tak handle hal2 jenayah di Malaysia ni.Biasanya gua ambil job sekitar New York , Amsterdam, Morocco, Riyad dan kadang2 Guatemala. Bukan gua tak nak ambil job kat sini, cuma agak bosan. Asyik2 ragut, asyik ragut. Kang kalau tak caya ,mesti kes ragut.

"Tolong....handbag saya kene ragut....!!", jerit sorang mak cik berusia 55 tahun tapi masih pakai baju ketat.

Hah kan, betul tak gua cakap ??

"Adik Gunx! Tolong akak, handbag akak!!", dia memuncung mulut ke arah mat rempit yang melulu laju meninggalkan mak cik baju ketat.

"Banyak ke duit dalam tu ?", gua selidik dulu sama ada berbaloi tak gua tolong.

"Resit barang yang beli kat Mydin tadi, Kad pengenalan, slip peksa anak mak cik dan juga henpon Nokia 6300, err...dalam henpon ada contact no Anuar Zain.", jawab dia sungguh2.

"Adik Gunx nak tolong ke tak nak nih ? kalau tak nak ,akak panggil hero lain.??"

"Tak pe la kak, panggil hero lain la, saya tak berminat. Lagipun skang waktu makan tengahari...",

"Ooo...ok2..Tolong! Tolonggggggggggg!!", dia terus meraung utk make call.

Dekat KL sahaja, ada 40 orang adiwira. Skang kat kolej2 ada program ijazah Adiwira sebagai persiapan modal insan. Kadang2 nyampah juga dengan kerajaan ini. Dulu scene adiwira ni macam underground dan rare. Tapi dah mainstream. Mana2 ada adiwira. Kadang power yang gua ada, dekat 5-6 orang juga ada sama. Tidakkah ini merupakan pembaziran sumber tenaga. Adalah lebih baik setiap adiwira mempunyai kekuatan yang tersendiri. Macam dulu dulu. Superman boleh terbang, Ultraman ada kuasa api, Hulk boleh koyak2 baju. Scene adiwira berwarna warni. Tapi sekarang....?

Kuasa api di tangan gua hanya tinggal kenangan. Pak Gad jaga Uitm pun ada. Mamak Restoran Subaidah pun ada. Ustaz motivasi kat TV pun ada. Argh...tertekan juga gua.

"Adik Gunx! Semua engage la skang, Tolong la akak!!", rayu mak cik baju ketat tu tadi.

"To longggg lah...!...nah ! ambil la rantai akak ni..yg lain akak tak heran cuma no phone Anuar Zain tu akak sayang !!!"

"Ye lah...Ye lahh....", sambil bermalas malasan gua ke basikal. Telinga gua kembangkan sedikit utk men-scan arah peragut lari.

Dalam masa 15 saat, gua dah tersenyum riang. Dengan keadaan bertshirt dan jean bundle , gua merempit ke arah tempat persembunyian peragut2 ni.


...
...
...

Suasana kawasan pelupusan sampah agak tenang cuma busuk sikit. Bukan busuk sikit, boleh pitam juga kalau duduk lama2.

"Hoi...!! Bagi kat gua balik handbad tu! Kalau nak rasa api dunia, buatlah degil tak nak dengar cakap", gua jenis tak nak sound lapis2. Cakap terus terang je.

"Ha ha ha ... Betul ke hero ni...tak da gaya pun ! Hahahha..."

Cilakak! dia ingat gua ni jenis boleh sabar gamaknya.

ZRasss..........!! Sepantas kilat 2 ekor peragut tadi terangkat rambut. Baju dah tinggal sipi2. Seluar kompem tak de. Spender tinggal 30% aje.

"Bagi balik handbag tu! Tu baru api dunia. Lu nak lagi ? Kalau tak nak , pegi cepat ambil wudhu', Zohor dah masuk nih !!"

"Cepattttttttttttt!!"

"Tapi bang.."

"Tapi apa ??"

"Nak solat macam mana , kalau baju ngan seluar tak de ni??"

Cilakak, mana nak cari buku Feqah ni ?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

agak agak la wehh...ko nak aku tarbiyahkan ko pulak ke

Unknown berkata...

amboii....garang nyaa