05 Mei 2011

cerpen indie #7 : Hari Bodoh Saya Encekkk !

Jalan jem tahap cipan. Kereta merangkak2 perlahan. Jam di tangan menunjukkan tepat 8 27 minit dan 55 saat. Kereta nasional aku masuk ke kawasan parkir. Berkejar ke lif. Tit! pintu terbuka. Manusia berhimpit2 di dalam terkelip2 memandang aku yang termengah2.

Sreettt.....

8:33:41


"Rizaaaallllllllllllllllllllllllllll"

Suara bos memanggil dengen efek gema dari belakang.


Zalila AF1 , seorang mak cik berusia 55 tahun macam biasa sudah terketar2 membawa kopi Radix di pantri pabila mendengar suara bos gua, Salman AF5. Salman AF5 sebenarnya bukannya terror sangat dalam hal2 mengurus syarikat. Kenaikan pangkat dia secara mendadak telah menjadi terang lagi bersuluh. Ayah dia iaitu Suhaimi AF2 , memang memilih bulu dalam menentukan hala tuju syarikat. Gua yang dah Phd ni pun di pandang sunyi. Nak kata racist , gua pun Melayu juga, tapi kalau lama2 pandang mungkin orang kabor gua ni keturunan Turki. Itu sahaja.

"Mak cik Zalila! boleh tak jangan ketor bila pegang dulang tu ?", jerit Salman AF5. Seperti biasa dia memang kurang adab dengan orang berusia. Gara2 dia terkeluar pada minggu ke enam program AF5 dengan anak mak cik Zalila. Sampai sekarang dendam kesumat dia tak pernah kunjung padam. Malah semakin hari semakin menaik. Gaya macam tak de kiamat.

"Hah mula la tu nak menangis!!", sergahan biasa Salman AF5 kalau melihat mak cik Zalila AF1 mula tunduk terketar2 bibir.

"Waaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!"

Maka meraunglah mak cik Zalila AF1 menutup muka berlari kelajuan sederhana ke pantri semula.

"Hadi ! apa pandang2 , nak kene libas dengan laptop !", Salman mula mencari punca nak kelahi dengan sesiapa sahaja. Hadi AF12 , si peon memang selalu menjadi punching bag dalam syarikat ini. Personalitinya yang mudah memendam rasa dan sangat suka merajuk menjadi penyebab dia antara ngetop di sakat Salman AF5. Hadi AF12 ni asalnya mengaji pondok tetapi ntah kenapa sejak serangan laman sosial , dia jadi berat Justin Bieber. Rambut dah elok cukur mata 1 , dah mula buat2 simpan panjang ke depan. Gua pun kadang2 marah juga dengan facebook ni.

Syarikat AF Bersaudara mula hangat sedikit demi sedikit. Bermula dengan gua yang memang secara normalnya lambat ke opis membawa kepada Hadi AF12 yg nyaris2 kene libas dengan laptop. Suasana hening bagai ada malaikat lalu. Sehinggakan jika ada bulu jatuh pasti dapat di dengari. Kalau kentut, apatah lagi.

Tanpa menghiraukan laungan Salman AF5, gua terus menuju ke pantri membawa tisu.

"Mak cik ! Jangan di biarkan menangis terlalu lama, nanti buruk padahnya", gua hulur tisu kepada mak cik Zalila AF1. Gua sebenarnya tak tahu juga betul atau tidak petua tu. Gua tiru skrip Kassim Selamat je sebenarnya.
"Uhuk! Uhuk!", Mak cik Zalila AF1 mula reda menangis sambil menghembus hingus ke tisu dengan begitu padu sekali.

Secepat kilat gua kembali menemui Salman AF5 di bilik.

Daun pintu di ketuk.

"Assalamulaikum !"

"Hah ! Masuk ! Masuk !", jerit Salman AF5 yang masih sibuk bergayut di talian. Tangannya masih berkeretap keretap menaip status FB.

"Apa tajuk kuliah Zohor ko kang ?", tanya Salman AF5. Gua kalih ke FB dia.

"Yes ! Mak cik Zalila nangis lagi".
2 seconds ago


Status FB terkini dia la tu.

"Sumpah laknat dalam perspektif Al Quran dan Sunnah", jawab gua.

Yes! gua Rizal Imam Muda 2. Satu2-nya pekerja yang datang bukan dari AF.

"Steady ! Steady", Salman AF 5 menyeringai sambil menyembul ibu jari ke atas tanda LIKE satu kali.

"ko janganlah kasar2 sangat dengan pekerja, nanti......ko tahu la kan ... orang Melayu, kalau dah berdendam...", sepam gua kasi nasihat.

Salman AF5 mula memuncung mulut.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

black mentor bila report duty? dengor kabor dia bakal jadi peon