15 April 2011

Cerpen Indie #5 : Pengalaman Cemas Saya


"Sampai kat bank tu kang, terus masukkan duit tuh...jangan di belanja belanja pulok", seru mak dari sudut dapur. Sekali sekala berdesing karipap masuk kuali.

"Baik ibu", sambut gua sambil memakai stokin masam seminggu tak basuh. Yang tu la pegi keje, yang tu pegi main badminton. Dia punya masam memang premium. Silap2 boleh buat senjata. Radiasi dia tinggi orang kabor.

Sedar tak sedar, dah hampir 20 tahun gua hidup di kota New York. Akan tetapi segala adat budaya dan nilai2 estetika Melayu tetap kami sekeluarga junjung. Hujan emas di negara orang, hujan asid di negara sendiri, lebih baik negara sendiri. Gua dan mak gua bukan apa. Merantau ni dah macam darah daging. Mungkin keturunan Merong Mahawangsa gamaknya. Sehingga tarikh ini, gua sudah dapat menguasai 12 bahasa. Bahasa terbaru gua kuasai adalah bahasa Kelantan. Itupun pasal selalu beli burger dia kat kawasan flat gua.

Gua tak merempit. Naik basikal sahaja. Pasal kat New York ni ramai sangat jenis aktivis alam sekitar. Nak jaga lapisan ozon katanya. Sembahyang lima waktu tak berjaga juga.

...
...

Yes! dah sampai. Gua dongak ke atas. Terpampang besar sainbod.

BANK OF ZALILA.

Ini antara bank yang paling kapitalis sekali. Dia punya riba' memang teratas punya. Belakang dia semua orang tahu, semua puak2 Yahudi yang jaga. Kalau dah nama otak Yahudi, lu tahu la dia punya term and condition.

Kendatipun begitu, inilah antara bank yang paling mudah nak buat personal loan. Tidak perlu penjamin. Tidak perlu slip gaji. Isi borang pun online sahaja. 2 hari sahaja dah masuk duit. Tapi kalau lewat bayar sehari, dia punya riba , perghhh.... !!

Yes! dah dapat angka giliran. Dalam 3 minit sampailah giliran gua. Sementara nak tunggu turn, gua pergi main paintball. Ya! Bank Of Zalila ada menyediakan sudut riadah utk para pelanggan membunuh masa menunggu. Ada banyak game. Paintball, badminton, lompat bergalah, lumba basikal dan juga boling. Itu lah antara penyebab ramai orang melanggan perkhidmatan Bank Of Zalila. Dia tahu manusia mudah lalai dengan mende2 nih.

Sedang asyik gua bermain paintball, tiba tiba .. *efek bunyi suspen*

"Dum Dum Dum"

Kedengaran bunyi mesengan bertabrakan di udara.

"Don't you ever think about that", kata seorang yang bertopeng kepada salah seorang staff bank yang cuba nak menekan butang keselamatan. Mesingan di acu kepada kepala staff tersebut. Secara auto, seluar staff tersebut basah di bahagian tengah.

Gua buat muka bengis. Darah Mat Kilau serta merta mengalir deras.

"Ini tak boleh jadi. Mereka belum kenal lagi siapa aku!", getus hati gua.

"Hey you! you with the Chelsea jersey, come over here...", arah anggota bertopeng dengan nada ujub. Gua syak dia ketua pasal perut dia agak boroi dan kedepan. Selalunya boss memang begitu kan ?

"Are you deaf or what??", dia marah.

Sementara itu, anggota mereka yang lain menembak ke arah semua CCTV utk memusnahkan bukti. Kaca2 berderai jatuh ke lantai. Letih la mak cik cleaner nanti.

"Heyyyy!!", gua jerit dengan nada ujub juga. Semua tawanan dalam bank terpegun melihat gua begitu berani macam Mazidul.

Sambil membetulkan kuda2, gua membaca jampi serapah ajaran tok guru Rahimin semasa pertapaan di Gunung Senyum Jengka 25 dahulu. Serta merta, api panas membara keluar dari tangan gua. Peh...sebijik dah macam citer X-Men.

Dengan api2 yang membara itu, gua berjalan ke arah ketua mereka. Ternyata ketua penjahat berundur selangkah ke belakang tanda kaget.

Tak semena mena, kesemua anggota penjahat turut sama mengeluarkan api dari tangan mereka.

Huh! Watdeheyyyyyyy!! gua pulak kaget...Tak kan jurus Tangan Berapi Naga Cini ni orang Amerika pun tahu ???

"Hahahahah.....is that all you get , young man ?? Bring it on !!", ketua penjahat mencabar. Gua sorang lawan 15 orang tangan berapi memang disaster la...

Gua angkat tangan surrender. Gampit betei...

"Ni mesti Rahimin dah uplod kat youtube...."

Bank of Zalila dirompak lagi.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahahahampeh..
tok guru tgn berapi aok mane?
lpas2 kawin senyapp jeee..

Hashim Zabidi berkata...

keh tak reti lalu baca cerpen aok. Apatah lagi nak komen...

Tanpa Nama berkata...

jackie chan tu steady je 1 lawan 30

Tanpa Nama berkata...

Haram x cemas langsung - Bayam

Tanpa Nama berkata...

makcik cleaner - madnormad