11 April 2011

Malam Keliwon Itu.

Kereta gua menyusur laju di lebuhraya LDP. Kiri kanan jalan sunyi sepi. Macam ada pertandingan akhir Muzik Muzik gayanya. Semua komitmen depan TV. Isnin depan TV, Selasa depan TV sampai ke malam Isnin depan. Jantina jiran pun tak tahu. Termasuklah gua sekali sebenarnya. Kerja gua sekarang agak padat. Sebenarnya sokmonya padat. Keluar awal pagi, balik lewat pagi.

Suasana awal pagi terasa agak horror. Secara default , jari gua tukar cenel IKIM.fm.


"Anda masih lagi bersama saya , Maher Zain dalam rancangan Buat Haji Bukan Dengan Tabung Haji.."

Gua sengih2 sendirian. Maher Zain dah tak glemer sekarang. Dia pencen menyanyi. Album ke 30 dia bertajuk "Apa guna berjanji?" tidak mendapat sambutan. Peminat hardcore satu dunia boikot kerana album dia 100% bahasa Melayu. Sebagai menyambung mata pencarian, dia apply keje DJ dekat IKIM. Tak pasal2 , IKIM.fm sekang boleh pintas Hitz.fm. Sampai dah jadi trend. Dengar2 skrang derang tengah kautim dengan Sami Yusuf.

Sreeeeeeeeeettttttttttttttttttttttt!!!!

Kereta gua terbabas di bahu jalan. Salakan serigala bertalu2 di hujung benua. Burung hantu berbunyi garang dengan rentak samba. Walaupun bunyinya agak panik sebentar tadi, tapi keadaan terkawal. Perlahan2 kereta Mustang gua parking di bahu jalan yang sepi itu. Gua turunkan tingkap. Peh! gelap gelumat.

"OK para pendengar , sekalian, kita berhenti seketika utk berita politik negara"

Tup!!

Gua tutup siaran radio. Bukan anti politik, tapi ada perkara lebih utama sekarang...!!!

Turun dari kereta, gua ushar tayar. Pancit. Zasss!! Bonet belakang di buka. Capai tayar spare. Capai spanar , capai apa sahaja yang bisa membuka tayar. Suara garau2 serigala semakin tinggi pitching menandakan mode seram nak bermula. Tak dramatik la kalau bunyi ayam berkokok tiba2 keluar hantu penanggal. Nampak sangat hantu penanggal tak pakai jam tangan, kan ?

Dengan bunyi runut seram, kelihatan satu bayangan putih melintas dari belakang dengan laju, seolah sedang menaiki skateboard semasa gua terhiling2 lupa nak arah jam ke lawan jam kalau nak buka nut tayar. Gua bukan pomen macam Pipiyapong. Mana nak ingat. Kalau suruh ngasoh parang bangkong , boleh la sikit2.

Dengan efek lampu suluh di bawah, muka jembalang menjelma sekonyong2 kendatipun gua tak redi lagi pasang kuda2. Mengerikan dengan ulat2 mengeruit.

"Arghh...."

Lembaga itu menerkam ganas terus direct attack kat leher gua nak pekene hirup darah.

"Woi ! Woi ! Woi !! Relax...! "

Mata lembaga itu beralih ke atas melihat muka gua yang relax santai sambil boleh lagi memasang tayar.

"Eh! tunggu la sampai aku setelkan tayar ni dulu...", sambil tu mulut gua terkumat kamit membaca ayat jampi macam dalam filem Ahmad Idham.

"OO...ye ke ?", lembaga tu terus undo attack leher gua. Terus di betulkan kain putih dia agar kelihatan kemas.

Dia membatu di sisi gua. Seolah2 cuba merahsikan seribu rahsia. Dalam takut2 tu , gua tetap buat stedi. Kalau gua takut, nanti dia jadi berani.

"Ehemm, nama awak siapa ?"

"Er...Al Tantuya...nama awak siapa?", jawab Al-Tantuya sambil membetulkan rambut panjangnya. Sekali pandang macam Zalila Isa pun ada, classmate gua dulu.
Eh ! dia boleh berbahasa Melayu la.

"Nama aku tak penting, Ok, jom ikut aku.", peh ! tak sangka sampai ke tahap tu beraninya gua.

***********
***********

Bukit Antarabangsa, KL , 2:30 pagi.


Al Tantuya menekup muka menangis teresak-esak. Gua merenung sedalam-dalam cahaya bulan.

"Begitulah kisahnya...saya harap awak merahsiakan perkara ini daripada sesiapa", kata Al Tantuya yg masih lagi teresak2.

"OK, don't worry".

"...tapi ", sebelum Al Tantuya nak terbang.

"Kalau awak nak adaptasi kepada drama swasata atau filem, saya halalkan...", sekonyong2 Al Tantuya terbang ke udara sambil mengilai2. Tobat seram. Tak sempat pulak nak rakam guna henpon. Kalau tidak, mahu letup2 hit kat Youtube.

"Yes! esok gua jadi king of wartawan", sudah terbayang akan pangkat yang gua dapat bila cerita Al Tantuya ni gua post kat muka depan Harian Metri esok pagi.

Yes! gua tumbuk ke udara.


tema yang sama :

sarul : http://sharul.blogspot.com/2011/04/malam-keliwon-itu.html
salman : http://elemti26.blogspot.com/2011/04/malam-keliwon-itu.html
pelitaminyaktanah : http://pelitaminyaktanah.wordpress.com/2011/04/11/malam-keliwon-itu/
tun adam : http://ceripend.blogspot.com/2011/04/siri-cerita-pendek-isnin-ceripendisnin.html
sen : http://olok2.blogspot.com/2011/04/malam-keliwon-itu.html

7 ulasan:

mae berkata...

aok memang berani dan hantu tu pun sebenonye takde kawan bersembang....

gunx berkata...

mae, hehehe....takut juga sebenarnya...

Hashim Zabidi berkata...

Timbul lagi sebuah hikayat hantu yg entah dari kuala atau dari hulu.
Trend hantu sekarang menjadi kegemaran nombor satu.
Biarpun tak ada mutu
tapi lagunya kena merdu
mersik macam bunyi hantu.
Gunx, jom mengeteh!

bayan berkata...

Hihihi..mai sini jadi hantu betul-betul. Ada ke muka comel saya macam hantu...

Abdul Munir Sanusi berkata...

Aok dah pandai main politik yah!

gunx berkata...

munir, citer seram la ni...heehhe

Tanpa Nama berkata...

ko tak ajak dia ngeteh ke?