02 Disember 2010

Subuh dan anjing Uncle Wong

Azan melaung padu. Subuh pagi itu boleh tahan dia punya sejuk. Nak ikut rasa setan, memang sedak ternganga depan TV selimut paras dada. Tapi entah kenapa gua rasa nak pekene Subuh hari tu kat surau. Nak kata gua geng surau tak juga. Jadinya, untuk mengisi slot pagi itu dengan perkara berfaedah, gua pecut cari kain pelekat petak2 dan juga baju Melayu Johor utk persiapan berjemaah nanti. Tak elok Subuh2 pekene jemaah pakai Tshirt dan jean. Gaya macam penganggur. Nanti masyarakat pandang sebelah mata. Mesti derang tak nak ajak gi kenduri nanti. Ye lah...orang menganggur mana reti nak salam kokot. Tahu nak mengtekedaroh je kejenya. Lepas makan pecut macam lipas. Bibir berkilat lagi dan melesup hilang. Mana tak naik angin tuan rumah.

Depan cermin, gua kasi setting kain pelekat biar ikut konfigurasi default. Bukan ikut setting kain samping mahupun kain lampin. Terlondeh nanti, orang gelor Haji Letup. Sampai ke cicit bawa nama.

Begitu juga dengan baju Melayu. Elok2 di sarung, biar nampak macam hari raya.

Dah siap, mestilah kene buka pintu dan stat motor biar hidup.

Tang!Tang!Tang!Tang!
Tang!Tang!Tang!Tang!
Tang!Tang!Tang!Tang!

Motor berbunyi sayu. Tengah bulan semuanya sayu. Sayu tahap dewa. Sambil2 tu gua cuba ingat2 surah lazim yang runcit2. Mana tahu, tak de tok imam kang, sapa lagi nak harap. Ada juga gua tanam cita2 nak jadi tok imam. Elaun tok imam sekarang boleh tahan lebat. Tapi kalau nak mengejar duit, dah tak true orang kabo. Dah mainstream. Tak de jiwa nanti. Bab2 agama ni , silap setting , huru hara juga ye tak ?

Pintu pagar gua terajang perlahan2. Nanti ganggu jiran tidur. Tapi kalau jiran tidur pun tak betul juga sebenarnya. Prentan patut kena bangun la rasanya.

Vroommmmm!!......Auk! Auk! Auk! Auk!

Gampit !

Dengan tenaga muda yang masih berbaki, gua pecut motor sambil letak kaki dalam bakul. Sambil2 tu sempat lagi gua repair setting kain agar stabil.

Auk! Auk! Auk! Auk!

Anjing milik Uncle Wong berlari laju sambil menyeringai macam rejim Zionis.

Auk! Auk! Auk! Auk!

Subuh pagi itu gua kelihatan begitu hodoh membawa motor. Kalau nampak dek Ismail Othman mesti dia snap hantar ke wall facebook gua. Jenis licik cari momen sedap.

Anjing milik Uncle Wong terus berlari laju kencang mengejar gua di belakang.

5 ulasan:

Shahrul Yusof berkata...

Sejuk mata orang tua tengok anak muda rajin Subuh berjemaah ni.

Unknown berkata...

sylarius, sekali sekala leh la....hahah

Hashim Zabidi berkata...

Masa kamu brooom laju hampir sama laju dengan anjing yg mengejar, breklah motor serta merta. Tengok apa jadi anjing itu...

rumah_kampong berkata...

klubrekngejut,konfem"wekang"nterkakngkanggunx...

naiba berkata...

last skali camne..dapat lepas dari anjing tu tak?

atau anjing tu kejar sampai surau??

curious ni..huhuhuhu