Kelibat manusia dalam gerobok kelas gua pagi tu tiba2 jadi kemas dan penuh orang. Selalunya kalau tiba kelas Cikgu Zul memang macam tengok berita RTM. Bapak tak sedap langsung. Ajar pulok mata pelajaran Alam Dan Manusia. Double tak sedap.
Kementerian Pelajaran time tu ntah kenapa kene rasuk dek National Geografik gamaknya. Nak suruh orang masuk hutan tahu perangai binatang segala. Kalau nak cari babi hutan, gua buka je pintu belakang rumah, kasi pweee witt sekali, keluar la dua tiga ekor jenis kepala berbulu tak pandang kiri kanan kalau melintas jalan. Jadi, janganlah marah kalau melintas tak pandang kiri kanan tu, orang gelor babi ye dak ? Metafora sekali sekala.
Tapi memang double pelik hari tu, budak laki2 macam gelisah Cikgu Zul lambat masuk kelas. Perihatin luar tabii. Cikgu Zul kalau nak kira memang sibuk orangnya. Gua dengar2 dia banyak projek luar. Ntah ke jadi kontraktor F gamaknya tapi pakai kete Iswara je. Kalau Pajero kuat juga serkap jarang gua. Apa2 pun dari segi prestasi mengajar, dia memang tergolong dalam berjiwa cikgu. Paling gua nak menangis, dia pernah kasi gua latihan tambahan matematik agar gua mendapat 5A dalam UPSR. Tapi sayang , time tu surat khabar Sinar Harian tak de lagi. Kalau tidak, memang muka gua masuk slot Berita Maran pegang hadiah bekas pensel sebelah dengan YB. Bapaklah sombong gua time tu gamaknya.
Cikgu Zul masuk tepat jam 10 pagi selepas kelas Ustaz Salleh. Setelah upacara memberi salam orang Islam dan duduk, Cikgu Zul bersuara tenang.
"Buka muka surat 34, hari ini kita belajar bab haiwan mengawan".
1 ulasan:
kui3,subjekmenariktue...
Catat Ulasan