23 September 2010

Di satu tengahari , gua berlari lari

Loceng sekolah arab Maran berbunyi kencang. Belum ustazah Zainab bagi salam perpisahan gua dah letak kerusi atas meja tanda komitmen nak tinggalkan sekolah secara prosedur.

"Jangan lupa lagi fasal mufrad, muthanna , jamak tu ...siapa lupa, ustazah kasi rotan satu kali...", ustazah Zainab memberikan penegasan. Memang dia garang tetapi anak perempuannya yang sama batch dengan gua pun cantik juga. Mungkin ustazah Zainab semasa usia remajanya ada iras2 Maria Menado, primadona pujaan ramai zaman Salleh Kamil.

Gua dengan seorang rakan yang tak ingat siapa ketika itu bergerak pantas. Seolah2 lumba jalan kaki lagaknya. Tapi kadang2 kalau tengok sukan tu macam lucu juga. Macam tak cukup sifat. Nak lari, lari je lah. Kalau nak jalan, jalan je la. Ni macam konflik antara jalan dan lari. Macam tak de pendirian. Dalam sukan pun tak de pendirian , apatah lagi dalam perkongsian kuasa politik ye dak ?

Gua stop kat hujung corridor. Gua panjangkan leher sebanyak 30cm. Melihat keadaan sekeliling. Di tangan gua tersemat kemas 3 keping kertas A4. Setelah letih panjangkan leher, gua tanya rakan sebelah.

"Ada ke dok dia ni ?"
"Selalunya prentan ni, dia ada lah..."

Sayup2 kelihatan sesusuk tubuh bergerak perlahan. Lebih perlahan dari labi2.

"Cikgu!! Cikgu!!!", gua jerit dengan kadar2 biasa.

"Apahal rizal ?"
"Cikgu tolong cek karangan saya ni , boleh ?"
"Boleh , boleh...."

Jasad cikgu Mazanah berlalu pergi. Hilang di bawa hembusan bayu tengahari. Dalam hati, gua harap dia dapat kasi 3 atau 4 bintang karangan "Punca Gejala Sosial Di Kalangan Remaja" gua. Kalau zaman sekarang , 3 atau 4 like la ye dak ?

SPM makin menerjah tiba.

7 ulasan:

Rahimin Idris berkata...

ah, aok sekoloh arab kat simpang bawah te ke?

Unknown berkata...

ye, SB min.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
hyer greveieor berkata...

gile. mendebarkan siot plot cite.. stail2.. hu hu

Kasut But Ceri Merah berkata...

best..best :)
5 like!

Unknown berkata...

gee, tq

Abdul Munir Sanusi berkata...

agak-agak ilmu Arab aok ada lagi ke di dada?