27 September 2010

Scene Adi Putra di Maran.

Petang itu bertarikh agak purba. Gua rasa dalam era2 80-an. Erhm....gua darjah 3 atau darjah 4 macam gitu la rasanya. Rumah gua memang banyak buku2 purba era2 pasca penjajahan Jepun. Bapak gua bukannya ulat buku sangat tapi dia jenis suka buku. Suka simpan buku dalam erti kata yang lebih tepat. Tapi satu tabiat harian beliau adalah meng-update diari. Dalam istilah sekarang mungkin update blog atau update fesbuk atau twitter. Masa tu scene tulis diari agak hip juga di kalangan warga pencen.

Kadang2 kalau tak de keje sangat, gua curi2 baca diari ayah gua. Tak de la isu berat sangat dia tulis. Setakat hari ini beli apa, hari ni tebas semak mana, hari ini motor rosak apa , hari ini bayar hutang baper ringgit. Isu runcit2 je. Tapi kalau nak banding dengan isi majalah URTV, isu yang ayah gua tulis lagi akademik rasanya.

Di samping curi2 baca diari ayah gua, gua juga akan buka almari old skol milik ayah gua. Terkandung di dalamnya pelbagai khazanah buku2 pepaleh rare. Tidak lah gua minat sangat baca dari kulit ke kulit. Tapi kadang2 ada juga melekat dua tiga mende dalam sehari ilmu pengetahuan dari luar negeri.

...
...

Satu hari dalam kelas, Cikgu Bidin yang terkenal dengan penampar sepantas cahaya itu bertanya.

"Siapa dapat jawab, dia boleh keluar awal rehat ke kantin"

Murid2 lain seme berpandangan sesama sendiri. Gua macam biasa, belai2 sideburn tanda stedi.

"Siapa pencipta telefon ??"

Kelas diam macam ada kapal terbang Israel lalu atas kepala. Dengan efek bunga api, daun2 kering berguguran dengan gerak perlahan beserta kamera close up ke muka gua.

"Alexander Graham Bell, cikgu", gua jawab dengan lidah yang fasih dan mampan.

Dagu Cikgu Bidin jatuh atas lantai seakan mahu histeria dengan kelicikan gua menjawab. Tengahari itu gua dapat express lane beli karipap dan air sirap.

3 ulasan:

Hanisham Ab Halim berkata...

Hahhahahah... cikgu bidin tu ade fesbuk tak?? Koi nak berkenalan dgn dia.. kah.. kah.. kah...

Kasut But Ceri Merah berkata...

ececehhh, belai2 sideburn... ngade betul.agagaaa.

eh, cikgu bidin ingt takde sape yg leh jawab soalan tu ye?

Hashim Zabidi berkata...

Gitulah kalau rajin selongkar selongkar khazanah lama. ada gunanya yek!