Kereta berkuasa elektrik gua meluncur laju. Sambil2 tu radio galak meluahkan berita2 terkini melalui teknologi RSS Bersuara. Pantang ada update, ada la suara berformat mp7 melalak memenuhi ruang dalam kereta. Sedikit sebanyak gua agak terganggu.
"Kuala Lipis under attack!! Beware of Zionis Cyborg!!"
"Kuala Lipis under attack!! Beware of Zionis Cyborg!!"
RSS Bersuara membuat loop membaca kepala berita.
"Klasik Nasional", arah gua.
Serta merta, bunyi gendang, percussion, dram2 berentak perlahan berbunyi enak.
"Yesss...like!"
Tertera pada skrin radio, Klasik FM mendapat 89 kali like. Radio Era, Sinar dan Hotz masing2 telah berkubur 20 tahun dahulu akibat pemberontakan dari extremist bahasa, Sinaganaga. Gua dengar nama beliau dari atok gua , Rizal Gunx, director filem epik tersohor zaman 2010-an. Pernah satu hari, atok gua, RIzal Gunx menyebut...
"Aok tahu dulu, Naga tu penah buat lukakan hati atok...huk! huk! ", atok gua , Rizal Gunx berbatuk2 menahan marah. Dengar2 nya dulu, dia kecik hati filem berkos 20 ribu hasil loan dari bank islam, ditayang oleh Sinaganaga tatkala penonton telah pulang. Masakan tidak, ketika itu jam telah mencapai 2 pagi. Ketika itu acara Maskara Shorties. Nama pun ntah apa2, tapi sebenarnya dari situlah titik tolak atok gua diberi penghormatan oleh pihak Hollywood membuat sekuel Transformer 13. Dari situlah nama Malaysia melonjak di persana dunia selain selepas kemenangan Piala Thomas 1992.
"Benta....20 minit lagi ke Kuala Lipis", alat GPS yang tertanan di halkum gua berbunyi. Sebenarnya bukan alat GPS sahaja yang tertanam di badan gua.
MP7 Player, keybod, sim kad, printer, e-book, e-LHDN, maybank2u dan juga DSLR turut tertanam. Teknologi tanam2 ini hasil kajian oleh Mahaad Tahfiz Pasir Tumbuh, Kelantan. Ini bagi mengelakkan kes2 terlupa. Pada tahun 2060 ini menyaksikan bangsa yang paling pelupa adalah Jepun di ikuti Rusia. Melayu menduduki tangga ke 2 paling peringat selepas India. India ketika ini sudah hilang identiti sebenarnya oleh kerana kebanjiran PATI dari Indonesia dan juga
Kalimantan.
"Perdan Menteri Malaysia, Datuk Seri IR Haji Sinagaga telah merasmikan pusat penternakan penguin di Sepang awal pagi tadi.... ", RSS Bersuara membaca kepala
berita.
"Extremist!!", bentak gua.
"Kuala Lipis!", alat GPS bergema dari halkum.
"Srettttttt!!...", tingkap menurun selari dengan gerak hati gua. Bandar Kuala Lipis kelihatan teruk. Seperti zon perang.
"Sudah ku agak, Sol Jah ini sebenarnya Zionist Cyborg." Pap! gua pasang cermin mata celik malam peringkat 1. Jam menunjukkan 12 tgh mlm. Kelihatan cucu Amar berlari2 di tengah malam Kuala Lipis. Sebijik macam atoknya.
"Te baa boww !!", gua tembak satu tiang. Tiang itu patah dan tumbang. Serta merta tiang itu bertukar menjadi Mat Jan.
"Dasar Cyborg !!", gua herotkan bibir ala2 Stallone.
Gua lajukan langkah kerana misi ini harus di langsaikan segera.
"Celaka! mereka telah menunggu ku".
Dengan effect fatamorgana, kelibat Sinagaga di apit Tok Rimau, Vovin dan Pipiyapong berjalan dengan gerak perlahan agak kelihatan dramatik. Perlahan2 mereka mencair dan bersatu membentuk satu raksasa hodoh lagi ujub.
"Ngggaaaummmm......!!!"
Gua perkuatkan kuda dan mengeluarkan senapang bercat silver berlaras dua. Lubang laras itu sebesar kepala Pipiyapong.
"BRING IT ON!!!!!", jerit gua sikit lagi nak sama dengan suara korus penyanyi Sil Khannaz.
Kuala Lipis 2060 makin tenat.
5 ulasan:
dalam banyak-banyak versi 2060, gua paling suka yang ini. kah kah kah.
Terbaiklah brader lu punya imaginasi macam dewa-dewa.
p/s-Aiseh, Malaysia tak menang-menang ke Thomas sejak dari 1992. Aiseh.
apasal atok lu si rizal gunx tue boleh tua sdgkan sinaganaga, pipiyapong dll tue xtua2 pun?
Teknologi tanam2 ini hasil kajian oleh Mahaad Tahfiz Pasir Tumbuh, Kelantan.
hahahahaha!!! cibai kelakar.
fadh, cyborg mana tua. Keh keh
Catat Ulasan