Abang gua berdesup ke hujung kampung dengan motor scramblernya. Biasanya tengahari dia pegi , selang beberapa saat tamatnya azan maghrib, dia akan tersengih2 balik rumah dengan bau badan macam baru lepas nebas kubur.
Gua capai singlet bercop Forest dan seluar pendek. Seluar tu panjang sebenarnya, tapi gua kerat paras bawah sikit dari lutut. Selalunya seluar sebegitu gua bawa ke acara2 bersama masyarakat kampung. Buat penanggah misalnya. Tapi seluar tu sebenarnya banyak hala ke padang bola . Ni semua pasal iklan Milo la.
Jadi, setelah selesai urusan pakaian, gua ke belakang rumah. Belakang rumah gua ada pokok duku gergasi. Besar tak besar, sampai gua upah pendatang Indonesia trim2 kat pucuk. Orang tua2 kabo, nak kasi lagi rendang. Lagi rendang, lagi menaik buahnya. Buah duku kalau serius berniaga , boleh donpemen Datsun Tonggek wei.
Sebenarnya belakang rumah tu ada bengkel mini milik tak rasmi abang gua. Di situlah dia dan bersama rakan2 bermuzakarah bagaimana nak tune enjin scramber agar boleh bertenaga meratah bukit. Hobi ekstrem dia berputik sebelum filem Gila Gila Remaja lagi. Time tu pun Faizal Hussein tengah shooting filem dua kali kanan, dua kali kiri, pandang depan, tarik nafas. Ntah apa kenamanya. Rasanya dia naik BMX dalam filem tu.
"Yes!! " , gua naikkan ibu jari tanda gembira.
"Ada kat sini rupanya", gua bercakap sorang2 serupa orang gila.
--------------------
Petang tu bukan main kepalang gembira gua dengan rakan2 bermain permainan tradisional Kg Senggora iaitu mercun plug.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan