Siku Vovin berteleku tenang. Sayup2 ikan lumba2 berenang harmonik. Ritma renangan ikan ini memang mengasyikkan kalau diperhati dengan mata hati.
"Subhanallah", kata Vovin sambil mulut tak henti2 bertasbih merenung langit.
"Hey!!" , rakannya Pipiyapong Inderawan dari NGO Indonesia menyapa bahu Vovin.
"Kenapa ? Fikirkan keluarga barangkali ya ?.. ha ha ", Pipiyapong berserkap jarang.
"Itu kedua. Aku fikirkan apakah kita bisa menjejakkan kaki ke sana. di bumi Gaza. Hmm...", Vovin menghela nafas panjang. Jika bisa di ukur renungannya sejak usai solat Zohor berteleku di hujung sudut kapal Mavi Marmara, barangkali sudah mengelilingi 2 kali dunia.
Vovin, seorang wartawan Utusan Melayu merupakan anak jati Ipoh. Nama sebenarnya Nazri M Anuar. Dahulunya nama itu sering menjadi penghias dada2 majalah hiburan bukan sahaja di Malaysia, malah di Brunei, Indonesia, Thailand dan juga Filipina. Filem Karipap2 Chinta, karya beliau telah mengaut hampir 80% tropi semasa Festival Filem Malaysia ke 28 . Tidak menang tangan beliau naik di atas pentas memberikan ucapan sehinggakan terpaksa mengupah Dean Sham untuk naik ke pentas mengambil hadiah bagi kategori Pengarah Harapan Terbaik. Itu dahulu.
Namun, beliau secara tiba2 menghilangkan diri. Akhbar2 tabloid ada yang membuat spekulasi Vovin lari ke Amerika untuk bekerja dengan James Cameron untuk filem Avatar 2. Ada juga gosip mengatakan Vovin terkena santau oleh bekas kekasihnya. Tahu2, Malaysia dikejutkan beliau menyertai konvoi flotilla kedua ke Gaza.
"Argh...usah bimbang dong...kita pasti selamat, Allah kan ada...!!" , Pipiyapong menunjuk kelangit sambil tersengih2. Vovin hanya mendiam sambil membetulkan ikatan serbannya.
"Yokk, kita ke atas sana. Pemandanganya pasti enak , yokk!!", berlari Pipiyapong memanjat anak tangga.
Mereka beriringan ke atas. Langit perlahan menggelap. Magis sekali warnanya berubah2. Tidak ada pelukis yang bisa melukis secantik ini.
30 September 2011, 2 pagi.
Pap! Pap! Bantal ditepuk 3 kali. Usai solat tahajjud, Vovin merebahkan badannya. Terkelip2 dia melihat langit. Mavi Marmara seolah2 terasa lambat pergerakannya. Jika dia bisa terbang, pasti digunakan kuasa itu untuk ke Gaza berulang alik dari Ipoh. Sekali sekala terbayang wajah isterinya, Maya Karin. Maya Karinlah sebenarnya membuatkan dia mengambil keputusan semua ini. Selepas itu, terbayang wajah rakan kongsinya, Dean Sham. Dia tahu Dean Sham telah menikam dia dari belakang. Habis semua karya2 nya diciplak oleh pesaing dia di dalam industri filem iaitu Tok Rimau. Vovin menutup mata berpasrah.
Sayup2 dari tempat tidurnya, kelihatan kelibat rakan sukaralewan Vovin , Sinaganaga ditemuramah oleh stesen tv Turki. Sekali sekala terdengar dia ketawa. Itu lah penghibur Vovin semasa di atas kapal ini. Kalau nak di harapkan rakan2 dari Timur Tengah, semuanya serius. Kalau di buat lawak pun, tak masuk sangat. lawak Malaysia dengan lawak Jordan barangkali tidak sama. Lawak bagi kita, serius bagi mereka.
"Kah ! Kah ! Kah !", Sinaganaga ketawa lagi.
Vovin menyeringai sambil menutup mata.
"Naga ! Naga! Tak ubah2 perangai..."
30 September 2011, 4:31 pagi.
"Allahu Akbar!"
"Allahu Akbar!"
"Allahu Akbar!"
Dang!Dang!Dang!Dang!Dang!Dang!
Kelihatan dalam kegelapan itu, 5 buah helikopter Apache di atas terbang rendah.
"Ya Allah!", sepantas kilat Vovin bangun sambil melihat kanan dan kiri. Dadanya berombak kencang.
"Allahu Akbar!"
"Allahu Akbar!"
"Allahu Akbar!"
Dang!Dang!Dang!Dang!Dang!Dang!
Bunyi mesingan bertalu2. Lantai sudah perlahan2 di lumuri darah pekat.
"Apa aku nak buat ni ? Aku tak pernah bertumbuk", perlahan2 rasa menyesal menyelubungi kerana kedegilan dia mendengar nasihat ayahnya untuk menyertai kelas silat cekak Hanafi semasa di tingkatan 4 dahulu.
...bersambung
3 ulasan:
peh, sekarang musim semua tajuk entri pakai nama blogger ke gunx?
gua kalau yang besambung ni lemah...
min, gua ingat gua nak buat jugak laa entri gune nama2 blogger nie hehehe(bkn tiru yak cume mencontohi hehehe)
Catat Ulasan