Cuaca di tengahari itu amat panas. Tidak lah sampai macam neraka jahanam. Dalam kitab Tauhid ada dikhabarkan betapa panas pepalehnya neraka ini. Kalau kene secebis kat Superman mahupun Captain Amerika yang lari laju tu pun , nescaya mereka akan surrender. Mereka tu pun sebenarnya mangsa kapitalis juga. Kapitalis suruh spender kat luar , ikut juga.
Babel !!
Tengah hari itu di masa gua bertingkatan tiga lagi. SRP pun jauh lagi. Tinggal lagi 3 bulan. Kalau kira dalam minit , kira lambat lagi la dalam perkiraan budak2. Cikgu Zaleha masih di depan bercerita tentang sejarah Jepun menjadi kuasa kuat Asia. Dalam2 mengelamun tu , gua ada fikir juga sebenarnya. Ikut dari sudut ukur badan. Seluar orang Jepun, gua pun muat pakai. Pendek kata, derang ni pendek je. Pendek2 pun lepas masuk piala dunia. Kita ni segala mende nak libatkan politik dan kuasa raja. Bab2 pendidikan dan sukan biarlah beri kat orang lain ye dak ? Letih dah Hasbullah Awang ngulas sukan negara. Dah nak pencen dah pun. Sukan macam tu jugak lagi. Ntah2 pengulas sukan esok pun orang politik juga. Lantaklah demeh !!
Seminggu sebelum tengah hari yang gua bertingkatan tiga itu, kat sekolah gua ada berlaku pergaduhan tahap lebam2 dan luka2. Dengar2nya budak tingkatan 2. Kecik2 dah pandai terajang orang. Hafal hadis 40 dok lepas2 jugak. Manalah Maran nak maju.
30 minit selepas tengah hari yang gua bertingkatan tiga itu, sayup2 gua melihat segerombolan anak2 muda dalam umur sekitar 20-an masuk ke perkarangan sekolah. Dari gaya lagak jalannya, gua syak hari ni akan jadi hari bersejarah yang patut di catat dalam diari sekolah. Tapi gua pendamkan rasa. Mungkin dia datang untuk membersihkan longkang atau membeli keropok dan air sirap bungkus di kantin.
Gua pendamkan rasa.
bersambung.....
2 ulasan:
365 ari lu jadik budak tingkatan 3,lu citer psl sekerat ari je lu d tgkatan3?cet! :P
relax...relax...gua tengah karang lagi 364 hari lagi ni...
Catat Ulasan