29 Julai 2010

Zaleha dan Berjimat Cermat.

Nama cikgu sejarah kami waktu tu adalah Cikgu Zaleha. Tudung dia labuh menutup dada dan tidak berpakaian jarang jarang macam pelakon Bollywood. Subjek yang paling dia into tentulah sejarah macam gua tulis pada ayat pertama tadi.

Tapinya, ada satu kelainan pada dia. Dia suka membebel macam perempuan tua. Tapi bebelannya futuristik. Dia suruh belajar rajin2 agar menjadi manusia berguna kepada nusa dan bangsa. Klise je sebenarnya tapi cara garapan susur katanya tidaklah RTM sangat. Gua kadang2 fikir, dia ni elok jadi perunding motivasi sahaja atau jadi ajen MLM.

Jadinya, pada satu hari, dia berbicara pasal berjimat cermat setelah habis menerangkan pasal sejarah penubuhan parti2 politik di Malaysia. Baru hari tu gua kenal sejarah UMNO, PAS, MCA , MIC , AWAS , API dan apa jadah lagi. Tapi time tu mana gua ambil port sangat. Sejarah ni nak score, hafal je la. Kadang2 gua silap juga hafal. Tapi tarikh kat buku sejarah tu bukannya betul sangat ye dak ? Ntah2 tukang tulis tu pakai petik je tulis. Baper keturunan dok baca mende yang salah.

Cikgu Zaleha pun bercerita la isu berjimat cermat sampai loceng berbunyi. Gua pun hairan juga. Dekat 18 kali gua garu kepala kepeningan apa signifikannya berjimat cermat ni sampai nak cerita dalam kelas sejarah ?

ESOK.

"Pin!..." "Pin..."

Satu kereta Proton Saga bernombor plat CAC masuk ke perkarangan sekolah. Bersinar2 lagi cat body nya menandakan baru keluar kedai. Cikgu Zaleha keluar tersipu2 menunjukkan gigi arnabnya.

"Oooooo..." , detus gua di sebalik cermin besi nako dari dalam kelas.

2 ulasan:

Suhaimi berkata...

perghk.. kalau ceo proton baca.. tentu akan jadi modal utk iklan company derang...

Fadh Rahman berkata...

lu kena fikir positif bro...dia tarbiah lu pasal jimat cermat supaya lu suatu hari nanti beli kereta proton...jgn dewa2kan sgt kereta import...baru laa patriotik nama nye hehehe