06 Ogos 2010

Sembang letup versi paksa dan klise pelakon2 Badut



Kalau tak de tsunami, esok (Sabtu, 07-08-2010), berlangsung acara gilang gemilang acara wayang pacak indie dalam kalendar pelancongan Malaysia anjuran Sindiket Sol-Jah. Jadinya, nak tunggu wartawan Melodi interbiu memang tak akan jadi, gua belasah interbiu sendiri ikon2 Kuala Lipis ini yang mana begitu true melibatkan diri dalam pembikinan filem pendek arahan gua yang sulong, BADUT. Kumprinx (K), Ismail Othman (IO) dan Hatta (H) antara yang sempat ditemubual.

1- Bagaimana saudara boleh tiba2 terlibat dalam pembikinan filem pendek Badut ni ? Teruk tak audition ?


H : Owh, kebetulan gua pun tak bekerja jadi gua telah dilibatkan secara paksaan. Audition takde, janji bawak prop Gunx nak je.

IO : Disebabkan saya seorang suadara lah saya terlibat dalam filem ni. kalau saya ni seorang suadari, mungkin tidak. Mesti lah atas sebab tolong kawan kawan,kan?. kalau Gunx ambil rohsham no, apa pulak kata kawan kawan nanti. Audition?. Hari tu Gunx ajak wab cam, nak audiiton katanya. saya malu.. lepas 2 jam chat, gunx pun dah mengantuk, jam lebih kurang pukul 4 pagi. last last kira kautim je. lagi pun kalau nak wab cam audition dengan Oss, memang tak patut, kan?

K : Pada mulanya saya tak tahu bahawa saya terlibat dalam ini gambar. Tapi sehari sebelumnya Mael ajak pi town cari baju/prop. Pastu baju tu pulak ukur ikut body saya, jadi saya paham-paham sendiri je la. Baju tu skang saya ambik terus buat pakai gi melepak malam-malam.

2- Gunx ni ok ke jadi pengarah filem ? agak2 boleh fight dengan Z Lokman tak ?

H : Gunx ni muka iras-iras Razak Mohaideen jadi boleh fight la dengan Z Lokman rasanya.

IO : Kena arah 2,3 filem lagi lah saya rasa. baru dapat tune. tapi oklah, dia pun stail boleh terima pendapat orang lain, tak keras kepala. kalau dia nak fight, kita fight. saya sokong. err.. fight macam mana ni? one by one ke apa?

K : Wookeyy.. Saya selesa bekerja dengan beliau. Waima vision beliau untuk sesuatu scene tu sukar untuk diduga, saya yakin hasil dia kelak will speak for itself.

3- Jika saudara diberi peluang sekali lagi bersama produksi Gunx, apakah watak yang menjadi idaman saudara kesekian kali ?

H : Watak idaman menjadi pemuda yang tidak bekerja.

IO : Saya nak watak orang yang langar world trade center pakai kapal terbang tu. harap harap suadara Gunx boleh pertimbangkan.

K : Saya takde watak idaman sangat. Janji jadi crook ok la ye dak? Jangan jadi ustaz kena baca-baca ayat lazim sudah.

4-Apakah pengalaman pahit saudara sepanjang pembikinan filem ini ?

H : Sherry make-up muka.

IO : pengalaman pahit?. baring atas kencing tikus sepanjang malam.. pengalaman manis tak tanya ke?

K : Takde yang pahit. Masa melakonkan adegan belasah Mael. Saya risaukan keselamatan beliau sebab dia terpaksa baring kat atas lantai yang dipenuhi dengan air kencing tikus. Kes air kencing tikus memang tengah 'in' skang ni. (woi Mael, ko terharu tak ni?!)

5-Beri 2 dalil kenapa Badut harus di tonton semasa Maskara Shorties nanti .

H: Pertama ini hasil Gunx yang pertama (ye ke Gunx?).
Kedua, badut ada mesej yang kuat.

IO: 1. badut kompem tak tayang kat panggung. korang pun tau kan?. jadi, datang je maskara. layan.
2. sebenarnya Gunx dengan prof kita ni, lebih kurang je stail dia. tak percaya? datang maskara kita tengok sama sama. Sama sama. Doakan saya dapat kerja kerajaan tahun hadapan.

K: 1) Isu dalam ini filem kita wajib ambil tahu
2) Ada scene gua hisap cerut


Sekian

2 ulasan:

Hashim Zabidi berkata...

Nasib baik lu orang tak ajak gua saksikan penggambaran itu, kalau tidak mesti hancai punya...ha ha ha...

gunx berkata...

pak cik hashim, keh keh keh ....