10 Mac 2010

Sembang Letup bersama Sinaganaga Lan Hussain, lelaki urban yang sukakan tapak sulaiman.



1-kenapa saudara begitu obses dengan objek naga sehingga di naik taraf menjadi nick name ?


Gua obses dengan objek berupa naga? Mmm, sebenarnya tidak. Kalau setakat ada dua ketul action figure naga di atas meja – gua rasa itu bukan obses. Dan yang sebenarnya, nick name ‘Sinaganaga’ tu tidak ada kena mengena dengan obses kepada sesuatu objek atau pun tidak.

2-di beritakan saudara beraliran sains , tetapi melihat kepada gaya penulisan seolah2 kamu telah di tarbiyah dengan seni penulisan yang tersendiri. contoh mengulang2 sesuatu rangkap seolah2 ia sebuah korus.

Sama seperti Pipiyapong, kami masuk ke sekolah sains kerana dipaksa oleh orang yang lebih dewasa daripada kami pada ketika itu.

Gaya penulisan yang mengulang-ulang tiada kena mengena dengan belajar di sekolah sains atau di sekolah sastera. Mmm, gua rasa begitulah. Nak cerita lebih-lebih pun… gua bukannya graduan dari Fakulti Penulisan Aswara atau UiTM Puncak Perdana.

3-antara seni dan komersial , mana satu pilihan ?

Gua pilih kedua-duanya.

4-bagaimana rasanya hidup di zaman rambut Afro ? tentangan dari orang tua bagaimana ? persepsi masyarakat terhadap golongan berambut besar ini...

Ibu bapa tidak menentang. Guru pun tidak menentang kerana mereka faham yang budak-budak sekolah asrama cuma boleh keluar ke bandar sebanyak dua kali sebulan. Makanya, tak ada masa nak beli minyak rambut atau nak gunting rambut kat Kedai Gunting Rambut SIMLA. Untungnya gua, rambut gua panjang ke atas dan bukan panjang ke bawah sehingga menyentuh kolar baju. Makanya, cikgu disiplin tak ada kes nak sabitkan kesalahan terhadap gua.

5-entry pertama yang saudara tulis di mana ? di tandas sekolah barangkali ?

Di kertas laporan tentang kajian yang gua buat untuk ACCU, UNESCO dan JICA.

6-di mana kekuatan penulisan Pipiyapong ? atau bagi anda tulisan dia biasa2 sahaja ...

Secara peribadi, gua katakan tulisan Pipiyapong biasa-biasa sahaja. Mat Jan lebih bagus kausalitinya. Gua tak mahu komen lebih-lebih. Nanti ada orang bencikan gua pula nanti. Secara ringkasnya, Pipiyapong – overrated! Dan MatJan pula – sejak kahwin dia dah tak aktif menulis blog – queen control!

Eh, lu pernah dengar nama Bart Ahmad? Ya, Bart Ahmad lebih bagus. Gua sukakan ‘rinci’ tulisan Bart Ahmad. Lu patut baca blog Bart Ahmad, John!

7-filem terhebat yang pernah anda tonton ... dan kenapa ia begitu hebat sehingga di nobatkan paling letup dalam sanubari saudara ?

Children of Heaven. Kerana Majid Majidi berjaya mengangkat topik yang kecil sehingga menjadi begitu besar.

8-saudara tampak nya begitu meminati politik sehingga setiap entry di blog akan adanya metafora bergenre komedi untuk itu . saudara melawakkan politik ? kenapa ?

Terdapat satu daripada pelbagai disiplin penulisan dalam sastera yang dipanggil satira. Gua menulis satira. Satira boleh datang dalam pelbagai bentuk dan tidak terhad kepada kisah politik sahaja. Satira itu suatu yang mempersendakan atau menyindir.

Gua suka politik. Tetapi gua tak suka aktiviti politik. Politik dan aktiviti politik adalah sesuatu yang berbeza kalau lu faham akan makna sebenarnya.

9-saudara merokok utk mendapat idea utk menulis ? asam jawa tak memberikan sumber inpirasi ke ?

Gua merokok kerana gua nak merokok. Ini bukan masalah untuk mendapatkan muse atau hape kebende. Tetapi adalah kerana masalah dalam ‘membuat pilihan’. Ya, gua membuat pilihan untuk merokok.

Asam Jawa perlu ada dalam sambal tumis yang hendak dihidangkan kepada gua. Kalau tak ada – baik lu hidangkan kepada gua masak lemak cili api sahajalah.

10-jika saudara merupakan presiden Israel yang telah di halau keluar dari Palestin. negara manakah pula saudara akan jajah utk di jadikan negara haram ? kenapa ?

Eh, gua nak pergi Shah Alam pun tak lepas ni… inikan pun nak pergi Israel! Haiyah!

10 ulasan:

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Bab Bart Ahmad tu memang gua setuju sangat Jend. Dia memang nombor satu skang.

lorihantu berkata...

lawa baju dia..bundle mana? gaya hisap rokok pun mmg ada klass...kelas 1 kat hospital temerloh...hehehehe

hassan miskam berkata...

apa alamat blog bart ahmad tu ye?teringin nak bace..

sinaganaga berkata...

PP, lu tak kecik hatikan kalau gua cakap lu biasa-bisas saja?

Tapi, apapun, lu memang ramai peminat! Gua tabik lu, koperal!

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Bab biasa biasa tu gua tak kisah, jend. Bab koperal tu gua terasa. Kalau kasi SB kira sedap juga laa gua dengar.

sinaganaga berkata...

Hari tu gua ada gak cadangan nak bagi pangkat SB kat lu. Tapi, tu la tapi... gua suruh amek 'barang' gi bawa ke JB pun lu malas, gua suruh betulkan kepala 'anu' kable pa system hok patah tu pun lu buat-buat pekak 'ja, gua suruh lu gi jual Kekah pun lu kata, "ada lapan orang dah order tapi belum nak bayar, Jen!" - hah, macam mana nak naik pangkat kalu macam ni!!!

Ni belum laksanakan sistem pemberian bonus hari raya mengikut merit ni weh!!!!

Hah!

sinaganaga berkata...

Sebagai jeneral gua terasa gak bila lu buat gua macam tu.

dugongsenyum berkata...

tak tanya pasal tak seleman

patungcendana berkata...

pasal takde perempuan komen disini?

fadz berkata...

whooaaahh, interbiu artis!