09 Mac 2010

Sembang Letup bersama Rahimin Idris, blogger dari Jerantut.


1-kenapa minat menulis ? sedangkan anda lebih selesa menonton drama swasta atau senitron sahaja ?

Mana aku tau. Daripada aku pergi memusnahkan hutan dan sungai tak tentu hala, baik aku menulis sikit-sikit. Sebenarnya aku lebih minat main karom. Kena pulak main ‘lesen’ tu. Masa nak ‘komfem’ buah merah tu memang berdebar. Sekarang lama tak main dah. Papan karom pun dah tak ada.

2-benarkan orang Melayu tak suka membaca dan mudah terpengaruh dengan budaya2 subversif ? jika ya kenapa ? jika tidak , tak pe lah

Susah juga nak cakap. Sebab ramai juga aku tengok orang Melayu beli buku dan membaca. Kebetulan mak dan arwah ayah aku dulu pun rajin membaca. Sampai buku latihan sekolah aku yang ada garis merah untuk ‘tulisan’ tu pun mereka baca. Buku yang aku bawak balik dari perpustakaan pun mereka baca. Tapi kalau buka kedai buku dekat tempat aku ni, nescaya bankrap cepat. Kurang sambutan. Karaoke memang maju.

3-blog anda mendapat sambutan , tidakkah ini menambah tekanan ? atau ia adalah sesuatu yang positif ?

Tak tertekan pun. Aku bukan selebriti macam Mazidul. Blog ni alat komunikasi yang murah dan mudah. Dan suatu hiburan juga kadang-kadang.

4-pendapat saudara tentang arena penulisan buku dan sastera di Malaysia ? atau jika terlalu besar.. di Jerantut itu sendiri ? sambutan anak2 muda terhadap bidang penulisan. dengar2 di Jerantut boleh tahan orang pacak motor.

Sastera Malaysia jika manusia, dan kita suruh pakaikan atau mekapkan dia; orang ramai akan mekapkan dia sebagai seorang lelaki/perempuan tua. Kalau lelaki, pakai songkok, baju batik jawa, berselempang, berjanggut atau berambut panjang. Lepas tu baca puisi dekat Angkasapuri. Kalau rambut ‘Dreadlock’ macam Rahmat Haron, orang tak anggap sastera. Salah siapa aku pun tak tahu. Jerantut memang tak ada sastera-sastera ni. Sini working class majoritinya.

5-kenapa anda tidak menggemari politik ? politik sesuatu yg kotor barangkali ?

Dulu arena gusti WWF zaman-zaman Jimmy Superfly Snuka sampai ke Ultimate Warrior, Undertaker dan Paul Bearer, memang dahsyat dan menghiburkan juga. Tapi zaman WWE ni tengok iklan pun dah tak selera. Kita tahu itu drama saja, tapi zaman tu tak adalah merepek sangat. Macam tu jugalah politik Malaysia sekarang. Makin ke kuat melawak. Bukan tidak gemar politik. Tak mahu campur sebarang parti. Tapi ambil tahu juga. Baru sedap nak berborak dan bakar line.

6-kenapa orang kita masih mahu menjeratkan diri dengan skim cepat kaya ? mungkin ada penyebab terjadinya penyakit ini ?

Ramai orang nak duit mudah. Tapi mana ada duit boleh dapat senang-senang saja. Orang merompak bank tu pun pikir banyak kali nak gadai nyawa. Benda ni mudah saja. Selagi ada orang yang malas berpikir dan sanggup kena tipu, maka wujudlah penipu. Bukan salah penipu yang menipu. Itu dah memang kerjaya yang dia pilih. Penipu ada di mana-mana dan setiap masa.

7-apa subjek penulisan yang paling anda sukai ? sosial ? makanan ? chainsaw ? wanita ? filem ?

Hampir semua samada tulis rumi atau jawi, bahasa Melayu atau Inggeris; agama, falsafah dan fiksyen. Tapi aku suka juga baca hal hal pertanian dan penternakan. Hal-hal pertanian dan penternakan adalah keseronokan luar biasa. Sebab itulah benda yang kita hadap hari-hari di meja makan, tapi tak semua kita tahu macam mana ia boleh tiba ke meja makan kita. Kalau nak seronok lagi, ada peluang, cuba la buat sendiri. Bagi aku; petani adalah wira kehidupan.

8-kenapa gambar profile anda di facebook bersifat abstrak ?

Hah? Mana ada…

9- setujukah anda jika jawatan PM Malaysia diberi kepada bukan Melayu ?

Tak kisah sangat siapa pun. Asalkan dia beragama Islam dan memerintah dengan amanah dan bertanggungjawab. Sebab majoriti rakyat Malaysia beragama Islam. PM yang pernah memerintah Malaysia ni semua Melayu original ke? Atau Melayu spicy?

10- sedikit mengenai Palestin, adakah anda setuju bahawa HAMAS adalah merupakan parti politik yang betul2 menjiwai perjuangan pembebasan bumi Palestin ?

Setakat ini; HAMAS (
arakat al-Muqāwamat al-Islāmiyyah/Islamic Resistance Movement) berada di landasan yang meyakinkan walaupun usianya relatif muda. Sebab PLO dan Fatah yang dah lama berjuang tu pun tak menampakkan harapan padu pun. Macam alat pemadam api yang diberi pegang kepada Israel saja gayanya. Israel yang pegang, bila api nak padam? Merata dia sembur. Baik pegang sendiri. Hamas tak macam tu setakat ini. Lagi pun Hamas bukan parti nasionalis kan? Mereka adalah harapan baru.

terima kasih kerana sudi di temu ramah.

Sama-sama. Terima kasih sebab sebab sudi temu ramah.

6 ulasan:

Kumprinx berkata...

ni idol gua ni..

roslan jomel berkata...

cayalah Min.

pakcik kordi berkata...

min!saluted!!!moh mari temerloh koi belanje aok air kt old town!

Pipiyapong berkata...

Keh respek bete ke Rahimin neh... Cine bente jaye pun kabor gitu ke keh pasel aok, Rahimin!

Tanpa Nama berkata...

Well said Rahimin!

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya mencuci kaki
Kalau sampai umur yang panjang
Sebidang tanah Jerantut saya beli dan jadi petani.


~ JJ

Afiq Safwan berkata...

koi sokong pasal PM melayu tu. melayu kaki betine susoh gok