
1-kenapa minat  menulis  ? sedangkan anda lebih selesa menonton drama swasta atau senitron sahaja ?
Mana aku tau. Daripada  aku pergi memusnahkan hutan dan sungai tak tentu hala, baik aku menulis  sikit-sikit. Sebenarnya aku lebih minat main karom. Kena pulak main  ‘lesen’ tu. Masa nak ‘komfem’ buah merah tu memang berdebar.  Sekarang lama tak main dah. Papan karom pun dah tak ada.
2-benarkan orang  Melayu tak suka membaca  dan mudah terpengaruh dengan budaya2 subversif  ? jika ya kenapa ? jika tidak , tak pe lah
Susah juga nak cakap.  Sebab ramai juga aku tengok orang Melayu beli buku dan membaca.  Kebetulan  mak dan arwah ayah aku dulu pun rajin membaca. Sampai buku latihan  sekolah  aku yang ada garis merah untuk ‘tulisan’ tu pun mereka baca. Buku  yang aku bawak balik dari perpustakaan pun mereka baca. Tapi kalau buka  kedai buku dekat tempat aku ni, nescaya bankrap cepat. Kurang sambutan.  Karaoke memang maju.
3-blog anda mendapat  sambutan , tidakkah ini menambah tekanan ? atau ia adalah sesuatu yang  positif ? 
Tak tertekan pun. Aku  bukan selebriti macam Mazidul. Blog ni alat komunikasi yang murah dan  mudah. Dan suatu hiburan juga kadang-kadang.
4-pendapat saudara tentang arena penulisan buku dan sastera di  Malaysia  ? atau jika terlalu besar.. di Jerantut itu  sendiri ?  sambutan anak2 muda  terhadap bidang penulisan. dengar2 di  Jerantut boleh tahan orang pacak motor.
Sastera Malaysia jika  manusia, dan kita suruh pakaikan atau mekapkan dia; orang ramai akan  mekapkan dia sebagai seorang lelaki/perempuan tua. Kalau lelaki, pakai  songkok, baju batik jawa, berselempang, berjanggut atau berambut  panjang.  Lepas tu baca puisi dekat Angkasapuri. Kalau rambut ‘Dreadlock’  macam Rahmat Haron, orang tak anggap sastera. Salah siapa aku pun tak  tahu. Jerantut memang tak ada sastera-sastera ni. Sini working class  majoritinya.
5-kenapa anda tidak  menggemari politik ? politik sesuatu yg kotor  barangkali ?
Dulu arena gusti WWF  zaman-zaman Jimmy Superfly Snuka sampai ke Ultimate Warrior, Undertaker  dan Paul Bearer, memang dahsyat dan menghiburkan juga. Tapi zaman WWE  ni tengok iklan pun dah tak selera. Kita tahu itu drama saja, tapi zaman   tu tak adalah merepek sangat. Macam tu jugalah politik Malaysia  sekarang.  Makin ke kuat melawak. Bukan tidak gemar politik. Tak mahu campur  sebarang  parti. Tapi ambil tahu juga. Baru sedap nak berborak dan bakar line.
6-kenapa orang kita masih mahu menjeratkan diri dengan skim cepat  kaya ? mungkin ada penyebab terjadinya penyakit ini  ?
Ramai orang nak duit  mudah. Tapi mana ada duit boleh dapat senang-senang saja. Orang merompak   bank tu pun pikir banyak kali nak gadai nyawa. Benda ni mudah saja.  Selagi ada orang yang malas berpikir dan sanggup kena tipu, maka  wujudlah  penipu. Bukan salah penipu yang menipu. Itu dah memang kerjaya yang  dia pilih. Penipu ada di mana-mana dan setiap masa.
7-apa subjek  penulisan  yang paling anda sukai ? sosial ? makanan ? chainsaw ? wanita ? filem  ?
Hampir semua samada  tulis rumi atau jawi, bahasa Melayu atau Inggeris; agama, falsafah dan  fiksyen. Tapi aku suka juga baca hal hal pertanian dan penternakan.  Hal-hal pertanian dan penternakan adalah keseronokan luar biasa. Sebab  itulah benda yang kita hadap hari-hari di meja makan, tapi tak semua  kita tahu macam mana ia boleh tiba ke meja makan kita. Kalau nak seronok   lagi, ada peluang, cuba la buat sendiri. Bagi aku; petani adalah wira  kehidupan.
8-kenapa gambar profile anda di facebook bersifat abstrak ? 
Hah? Mana ada…
9- setujukah anda jika jawatan PM Malaysia diberi kepada bukan Melayu   ?
Tak kisah sangat siapa  pun. Asalkan dia beragama Islam dan memerintah dengan amanah dan  bertanggungjawab.  Sebab majoriti rakyat Malaysia beragama Islam. PM yang pernah memerintah   Malaysia ni semua Melayu original ke? Atau Melayu spicy?
10- sedikit mengenai Palestin, adakah anda setuju bahawa HAMAS adalah   merupakan parti politik yang betul2 menjiwai perjuangan pembebasan bumi  Palestin ?
Setakat ini; HAMAS (Ḥarakat al-Muqāwamat al-Islāmiyyah/Islamic   Resistance Movement)   berada di landasan yang meyakinkan walaupun usianya relatif muda. Sebab  PLO dan Fatah yang dah lama berjuang tu pun tak menampakkan harapan  padu pun. Macam alat pemadam api yang diberi pegang kepada Israel saja  gayanya. Israel yang pegang, bila api nak padam? Merata dia sembur.  Baik pegang sendiri. Hamas tak macam tu setakat ini. Lagi pun Hamas  bukan parti nasionalis kan? Mereka adalah harapan baru. 
 terima kasih kerana sudi di temu ramah. 
Sama-sama. Terima kasih sebab sebab sudi temu ramah.
6 ulasan:
ni idol gua ni..
cayalah Min.
min!saluted!!!moh mari temerloh koi belanje aok air kt old town!
Keh respek bete ke Rahimin neh... Cine bente jaye pun kabor gitu ke keh pasel aok, Rahimin!
Well said Rahimin!
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya mencuci kaki
Kalau sampai umur yang panjang
Sebidang tanah Jerantut saya beli dan jadi petani.
~ JJ
koi sokong pasal PM melayu tu. melayu kaki betine susoh gok
Catat Ulasan