08 Mac 2010
The Book Of Eli - Membunuh untuk membaca.
Agak membosankan. Jalan cerita yang biasa.dunia yang sudah ketandusan manusia2 yang tajam fikiran. Dalam erti kata lain, celik huruf. Namun plot cerita berjaya di 'hidupkan' dengan aksi2 ganas. Kadang2 ganas itu seperti terbawa2 dengan pembawaan cara Quentin Tarantino. Tetapi itu ganas yang cerdik. Ganas yang boleh mendatangkan debaran kerana ia tidak di sangka2. Tetapi cerita ini, masih ganas purata.
Pada peringkat permulaan, penonton seperti diberi teka teki dan ini sangat bagus. Buku yang di miliki oleh Eli (lakonan Denzel) kelihatannya penting. Dan secara jujurnya jika tidak di beritahu rakan atau membaca sinopsis , gua akan terpinga2 dalam masa setengah atau satu jam pertama. Tetapi melihat kepata titipan kata2 Eli, kita akan dapat mengagak ia dipetik dari mana.
2 ibu jari kepada (2 thumbs up) kepada para pereka kostum dan juga bandar. Lusuh , karat, kotor dan berdebu. Terbaik. Colouring kepada setiap scene juga menarik.
Cuma...
Storyline secara keseluruhan masih bertahap purata atau menghampiri purata. Gua seakan2 boleh berkata, Denzel tidak layak berlakon dalam cerita sebegini biasa. Roh lakonan nya yang hebat patut boleh di letakkan ke dalam filem yang mempunyai skrip yang lebih 'bernyawa' dan bukannya statik sebegini.
Gua kasi 2/5 bintang. Biasa dan suam2 kuku.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan